Saturday, June 6, 2009

Relax Kat Kebun









Sambil dok buat projek serai tu, saya buat housekeeping tanaman2 yang sedia ada. Seronok pula tengok betik lebat berbuah. Tebu pun masih bertahan. Pokok2 pisang kurang subur sikit. Tapi bila di rawat dan letak baja bakar tu hendaknya menjadi balik.

Tambah Serai


Sejak beberapa weekend ni, saya bersihkan kawasan semak kat kebun depan rumah sikit demi sikit. So far dah tiga round. Selesai bersihkan satu kawasan, maka saya pun buat lubang secara tersusun menggunakan cangkul besi 'cok betul' dan letakkan setengah sudu kecil baja biji hijau pada setiap lubang tadi. Kemudian saya ambik serumpun serai yang dah tua untuk buat benih. saya lerai-leraikan bersama akarnya untuk jadi benih induk. Saya potong daun serai bagi kontot menggunakan cutter. First round hari tu dapat tanam 40 lubang. Last weekend tambah 20 lubang lagi dan semalam expand lagi kawasan dan berjaya complete 40 lubang lagi. So total dah dapat 100 lubang yang akan berkembang menjadi 100 rumpun, insyaAllah.


Saya dok congak2 kalau setiap rumpun dapat produce 30 batang serai, maka 100 rumpun dapat le 3,000 batang serai. Kalau 100 batang harganya RM6 maka 3,000 batang serai tu dapat RM180 ye tak? Saya bercadang nak expand 100 rumpun lagi. Campur yang dah sedia ada dapatlah lebih kurang 300 rumpun. Kalau ok dapatlah 9,000 batang setiap 3 bulan iaitu RM540. Ok la tu, sebagai hobi.

Saturday, May 23, 2009

Misteri Awan Di Langit



"Waaahh...papa lihat kat langit tu, cantek nyeee", itu lah antara skrip popular yang sering saya dengar.

"Kalau satu hari mama tak ada, lihat lah kat awan dan ingatlah kat mama", aduuuss. Itulah skrip yang acap kali terungkap buat saya dan anak-anak.

Isteri saya sangatlah teruja untuk melihat awan di langit. Setiap kali menyusur jalanan memandu kereta atau beriadah di hari minggu, selalu keluar kata2 pujian akan kecantekan dan keunikan awan. Tidak pernah sama bentuknya.

Kalau kita rajin memerhati dan berfikir, maka sudah tentu merasa kagum akan kehebatan ciptaan Allah iaitu pelbagai jenis awan di langit dan sudah tentu akan menguatkan lagi rasa taqwa kita. Awan yang tidak pernah sama bentuk dan coraknya.

Allah Maha Pencipta.

Awan tidak sama jenisnya dan selalu berubah bentuk. Awan bergantung pada ketinggian dan suhunya.

Sedikit maklumat yang saya petik dari http://oeank.multiply.com/journal/item/12 mungkin boleh memberi sedikit gambaran akan misteri pelbagai awan yang kita lihat melata di langit luas itu. Awan dibedakan menurut bentuk dan tingginya. Ada 4 kumpulan yang utama,yaitu awan rendah, awan sederhana tinggi, awan tinggi dan awan yang tinggi keatas.

1. Awan Rendah
  • terdiri dari awan Stratokumulus, awan Nimbostratus dan awan Stratus.
  • terletak kurang daripada 3000 meter dari muka bumi.
  • Awan Stratokumulus kelihatan kasar.
  • Awan Nimbostratus gelap dan mempunyai lapisan-lapisan jelas dan dikenali juga sebagai awan hujan
  • Awan Stratus sangat rendah, tebal dan berwarna kelabu.

2. Awan Sederhana Tinggi
  • terdiri dari awan Altokumulus dan Altostratus.
  • letaknya antara 3000 hingga 6000 meter dari muka bumi
  • Awan Altokumulus berkepul-kepul, tidak rata dan berlapis.Awan itu menandakan keadaan cuaca yang baik.
  • Awan Altostratus lebih padat, berwarna kelabu dan kelihatan seperti air.

3. Awan Tinggi
  • terdiri dari awan Sirus, Sirokumulus dan Sirostratus
  • Awan Sirus kelihatan seperti kapas tipis dan awan ini menunjukkan cuaca agak cerah.
  • Awan Sirokumulus kelihatan seperti sisik ikan.
  • Awan Sirostratus ialah awan putih yang tipis

4. Awan yang Tinggi ke Atas
  • terdiri dari awan Kumulus dan awan Kumulonimbus.
  • letaknya kira-kira 6000 hingga 9000 meter dari muka bumi.
  • Awan Kumulus terbentuk kelompok-kelompok bulat
  • Awan Kumulonimbus berbentuk kelompok-kelompok besar. Kelompok-kelompok yang berwarna putih dan hitam ini mempunyai bentuk dan rupa yang beranekaragam. Awan membawa hujan yang disertai dengan kilat dan petir.


Sunday, May 10, 2009

Projek Lada



Last week saya ronda2 kat Fasa Mawar. Saya tengok ada projek tanam lada dalam polybag yg di usahakan oleh Fikri. Sebelum ni Fikri usahakan di laman rumah sewanya. Tapi kini di usahakan secara besar2an. Katanya bagi setiap ekar modal yang diperlukan ialah RM70k kalau upah orang. Tapi dia usahakan sendiri jadi kosnya dapat dikurangkan kepada RM30k (bantuan modal oleh seorang pelabur).

Fikri juga menggaji 2 orang Bangla dengan gaji RM600 sebulan secara sepenuh masa. Pokok2 lada ini di suntik secara sistematik dengan air dan baja sebanyak 5 kali sehari dengan paip2 getah hitam yang disalur ke setiap polybag secara individu bagi menjamin dos yang seimbang.

Pokok2 yg berpenyakit contohnya yg daun menggerutu, daun2 lebar, dan tumbuhan terbantut akan di asingkan untuk di rawat. Pokok2 yng tak dapat diselamatkan perlu diganti baru. Untuk itu lah 1000 polybag disemai untuk standby menggantikan pokok2 berpenyakit tadi. Pekerja2 sepenuh masa pula perlu fokus membuang daun2 kecik, berkulat atau berulat.

Dalam perbualan singkatnya dengan saya petang itu dinyatakan terdapat 4000 polybag yang di bela di tapak berkenaan. Hasilnya boleh di tuai setelah 3 bulan selama 3 bulan berturut2. Jangka hayat pokok lada ini untuk tuaian maksima ialah 6 bulan sahaja. Setiap pokok boleh menghasilkan lada merah sekitar 3kg hingga 4kg dengan harga borong RM6 se kg di Pasar Bukit Sentosa.

Kalau nak di congak hasil maksima semusim 6 bulan itu ialah 4kg x 4000 x RM6 = RM96,000. Setelah tolak modal RM40k maknanya keuntungan lebihkurang RM56,000 iaitu RM9,100 sebulan. Hebat tu. Betul lah kata orang pertanian kini boleh menjana pendapatan yang lumayan kalau kena caranya dan dibuat dgn skala besar.

Untuk itu Fikri telah memohon dengan pejabat tanah Hulu Selangor untuk mengusahakan tanah tapak sekolah sebagai kawasan projek tanaman seterusnya. Saya telah meninjau kawasan itu. Dan ternyata sebahagian kawasan tapak telah diratakan, siap di pagar dan semain polybag juga telah dimulakan.

Tahniah Fikri. Saya juga berminat sebenarnya. Namun bak kata isteri saya fokus kepada tanaman serai dulu. Untuk itu tanah laman rumah kosong depan rumah saya akan saya kembangkan bagi tanaman serai sebanyak 200 rumpun lagi.

Thursday, April 23, 2009

Bermain Di Laman




Pagi minggu itu aku pun meninjau2 laman hijau. Rumput2 liar sudah panjang. Maka aku pun keluarkan mesin rumput F-1 aku dari stor. Dengan sekali start enjin mesin F-1 ku mengaum garang. Ready untuk membaham segala di jalanan. Setelah beberapa ketika laman hijau ku kembali berseri. Hamparan rumput yang dimesin pendek rapat ke bumi itu kelihatan bak hamparan karpet. Rasa bagai hendak ku baring dan menatap langit, namun terik mentari menghalangku.

Hari ni juga rasa ada semangat untuk menabur baja biji di pangkal pokok2 buah. Sudah lama benar tidak berbuah kecuali kelapa dan betik.

Di laman dapur ku renung anggurku yang subur menjalar di jajaran peneduh pintu dapur. Lebat pula daun2 nya. Namun masih belum mengeluarkan buah sulongnya.

Bila berkebun dan manjaga laman menjadi hobi masa terluang di hujung minggu, maka seronok dan gumbira walaupun penat dan letih. Itulah nikmat Allah buat hamba-Nya di lembah prima yang beruntung ini.

Monday, April 13, 2009

Ghostbuster !!

Masih kah ingat filem Ghostbuster yang meletup di box-office lebih dua dekad yang lalu sekitar tahun 1980an. Wa...that long already. Pelakonnya kalau tak silap Dan Akryod, Jim Belushi dan seorang lagi saya lupa. That is one of my favourite movie of all time. Ada unsur humor, jalan cerita yg menarik dan special effect yg canggih. Ia mengisahkan tiga sahabat yang mencipta method dan tools untuk memerangkap makhluk halus atau hantu. Mereka menubuhkan syarikat di New York dan mengiklankan perkhidmatan yang unik itu kepada masyarakat. Di pendekkan cerita perkhidmatan mereka begitu efektif dan "Ghostbuster" menjadi terkenal dan popular di seluruh dunia hinggalah ke Malaysia.

Pada hari minggu lalu, saya telah mencuba tool baru dan terkini saya yang telah dihadiahkan oleh isteri dan anak2 sempena harijadi saya minggu lepas, iaitu Penyembur Racun Rumpai. Paginya setelah bawak anak saya Amir dan Shilah pergi ambik skuter yang di repair dan servis kat bengkel K.Anand, saya singgah beli racun rumpai kat kedai hardware. Harganya RM20, mahal tu, walaupun pek kecik.


Setelah berjaya DIY memasang segala komponen termasuklah memasukkan filter, menyekrukan batang penyembur dan meminyakkan sedikit omboh pengepam tembaga, saya pun ready for action. Maka saya letakkan tangki penyembur tu atas bangku. Saya masukkan racun rumpai secukup rasa iaitu 130ml untuk 10L air. Air dimasukkan dengan bertapis (tapis tu memang disediakan as part of the tool) takut2 masuk lumut ke ape yang boleh menyekat semburan. Ok, so now saya pun mengangkat penyembur racun rumapai ini ke atas belakang, ala-ala bawak beg sandang sekolah gitu. Berat jugak ni. Maklumlah tools tu agaknya dalam 5kg, ditambah pulak dengan air 10L tu. Sakit jugak la belakang aku ni. Jeng Je Jeng....sebijik nampak macam Ghostbuster. Cuma saya tak ada jump suit je. Nevertheless proper attire le jugak, siap seluar track, t-shirt lusuh dan kasut 'power'.

Area of coverage, first tepi pagar belakang rumah yang memang di serang lalang, rumpai menjalar dan 'rumpai daun kapalterbang'. Memang mencacatkan pemandangan view 'resort' kediaman kami ini. Untuk makluman view belakang rumah kami ni mengadap tangki air di kejauhan, bukit-bukau di kiri dgn tasek di lembahnya, dan pemandangan township di sebelah kanan. Rumah kami terletak di atas bukit, jadi angin sepoi2 bahasa memang selalu menjadi teman setia. Kehijauan bumi dan kesegeran udaranya adalah trademark di sini. Jangan jealous ye...he he.

Tidak lupa saya semburkan di sekitar pasu2 bunga, dalam longkang sekeliling rumah, dalam parit besar kat depan dan lalang2 liar di tepi pagar kiri rumah. Habis first round - 10L racun pemusnah rumpai. Cuaca tengahari yang panas mulai mencengkam ubun2 kepala. Mujurlah pakai cap.

Ok, now sediakan second batch, another 10L air bersama 130ml racun rumpai. Misi kali ini ialah memusnahkan rumpai kat kebun depan umah. Cita2 saya ialah untuk clearkan segala semak-samun kat depan tu dan untuk dibesarkan kebun tanaman serai di selang-seli dengan tanaman betik, tebu dan pisang. Misi berjaya. Saya dapat cover the whole area. InsyaAllah segala rumpai dan semak-samun akan mampus secara slow motion sepanjang minggu ini. Dan cuti hujung minggu depan, saya akan buat projek membersihkan kawasan bersama anak jantan untuk di teroka dengan tanaman baru seperti plan tadi.


Harap kan panas sampai ke petang tapi hujan pulak sekitar pukul tiga. Tapi harapnya rumpai2 itu sudah terkesan dan menyerap semburan yang telah dihidangkan untuk menemui detik kemusnahan mereka. Kerana kata orang, hujan boleh meneutralizekan kesan racun rumpai. Harap-harap nya segala usaha saya pagi ni tidak lah membazir. Baiklah itulah saja yang dapat dikongsikan dalam misi "Ghostbuster" ini. Dan malam tadi terserlah betul kepenatan. Siap lepas solat maghrib landing atas sejadah, terus lelap hingga pukul 10 mlm.

@@@

Sunday, April 12, 2009

Betik Power




Betik ni memang power. Seingat aku umurnya dah masuk 6 tahun. Asalnya semai bijik je dari buah betik yg memang best, lupa kat mana dapat. Tumbuh tinggi menjangkau 12 kaki. Berbuah memang tak henti. Setiap dua atau tiga hari ada le sebijik yg masak. Aku la yg tukang potong. Simpan kat peti ais sat. Fuuuh sedap oooo. Buahnya tak le besar. Tapi manis gile. Bijik pulak takde. First class all the way.

Sunday, April 5, 2009

Usia Yang Makin Berkurang



























Usia ku makin setahun berkurang hari ini. Aku lahir tahun 1964 pada bulan April 5 hb, iaitu 45 tahun dulu. Happy birthday to me. Bukanlah untuk di nyanyi2kan atau seronok2kan. Tapi untuk mensyukuri kerana Yang Maha Kuasa masih meminjamkan usia kepadaku untuk hidup lagi. Tidak tahu sampai bila. Kerana ajal maut itu di tentu Illahi. Kalau mengikut sunnah Rasulullah yang wafat pada usia 63 tahun, maka kalau hendak dinisbahkan 63 - 45 jawabnya ada 18 tahun lagi sisa2 hidupku. Setiap ulangtahun kelahiran itu adalah melahirkan hakikat setahun lagi menghampiri titik tolak perjalanan ke alam barzakh pula. Seharusnya melahirkan rasa insaf atas segala dosa dan noda, dan sekaligus bertaubat memohon keampunan-Nya, dan meningkatkan usaha mencari jalan yang lurus, jalan yang mendapat redha Illahi. Semoga di penghujung perjalanan itu ada Syurga Allah menanti ku.

Alhamdulillah atas kesyukuran itu, hari ini isteri tercinta dan anak2 tersayang masing2 bergotong royong menyediakan juadah istimewa iaitu spaghetti special, cocktail delight, kek coklat moist, dan air kelapa muda fresh yang saya petik dari pokok di laman pagi ni. Dimulakan dengan doa yang dibacakan anak sulong Amir Asyraf, kami menjamu selera penuh berselera. Terima kasih, I love you all.

Dan biasalah birthday boy akan mendapat hadiah harijadi. Tahun ni special. Isteri dan 3 anak saya berkongsi wang membeli hadiah istimewa yang memang saya sudah hint kan sejak dua tiga menjak ini...he he. Seronok kerana hadiah idaman itu menjadi kenyataan. Isteri saya terutamanya sanggup mengorbankan wang yang agak banyak untuk membeli hadiah itu. Yes, penyembur racun rumpai untuk keperluan berkebun saya. Isteri memahami sungguh kegemaran suami tercinta nya. Maka dengan tool terbaru ini akan memudahkan saya untuk beroperasi dengan lebih profesional di kebun depan rumah. InsyaAllah ia akan membuahkan hasil yang berlipat ganda hendaknya. Jazakallah.

Sunday, March 22, 2009

Jom Look Around


Hari ni relax la kot setelah penat berkebun semalam. Sebenarnya saya memang looking forward nak relax kat umah sepanjang hujung minggu. Hari kerja tak ada peluang nak relax dan santai sangat. Terkejar2. Entah apa yang dikejar. Keluar 7 pagi balik 7 malam.

Kadang terfikir pulak, kerja ni sebenarnya kerana terpaksa. Kalau tak kerja tak berasap dapur, tak terbayar hutang dan bil, tak tertanggung belanja anak2 sekolah. Itulah hakikatnya. Kalau ditanya betul2 jauh di sudut hati memang nak dudok umah dan bebas membuat apa yang terasa nak dibuat. Mungkinkah hanya saya berperasaan begitu atau ramai lagi yang mungkin punyai keinginan begini?

Baiklah sementalah saya ada masa luang di pagi minggu ini, maka saya pun lepaklah kat laman umah. Jom look around. Saya perhatikan pokok bunga kantan yang subur mencacak, tapi yang di makan hanya pucuknya untuk masak asam pedas.

Saya lihat pokok longan pingpong yang tak berapa subur, mungkin kerana tanah keras dan berbatu kat bawah sana. Tapi ada la keluar jugak buahnya walaupun tak banyak. Pokok kelapa pandan tu pulak memang rajin berbuah, tak putus2.

Rambutan anak sekolah saya pun sama. Ada dua pokok. Daun jarang-jarang. Berbuah kadang-kadang. Tapi semenjak dua menjak tak nak berbuah dia (jadi tempat burung memadu asmara) Pokok rambutan gula batu ada le sebatang, lagilah tak pernah merasa lagi buahnya....belum baligh lagi kot.

Okid isteri saya memang banyak, saya agak dah mencapai ratusan pasu dari pelbagai spesis. Isteri memang minat okid semenjak di bangku sekolah lagi...opps semenjak kat zaman rumah sewa 15 tahun dulu lagi. Standard la kalau nak tengok okid kami klik Seri Orkid.



Saya perhati pokok dragon fruit. Nampak subur la jugak. Menjalar semacam. Tapi tak nak berbuah. Sebijik pun tak merasa lagi. Tak cukup matang ke? Tak cukup zat ke apa?

Namun betik pulak asyik berbuah tak pernah putus. Dua tiga hari sekali dapat le merasa sebijik. Spesis nya pulak memang first class...sedap dan tak ada biji.

Anggur. Yes makin lebat daunnya. Namun bila agaknya akan menghasilkan buah? Hanya Allah yang tau. Saya dambakan anggur hijau atau merah atau hitam yang bergugusan masak ranum dan manis rasanya. Semoga impian menjadi nyata tidak lama lagi.








OK lah....Jom Look Around !!

Keringat di Pagi Minggu


Sudah lama rasanya tidak kekebun saya di kaki bukit sana. Kawasan itu saya pagar elok. Tapi selalu diceroboh babi hutan. Habis pokok pisang dan tebu saya dimusnahkannya. Itu buat saya give-up. Last sekali yang tinggal hanya tanaman serai. Tanahnya berbatu dan tak subur. Saya pulak hanya mengharap air hujan sebagai jirusan. Manalah tanaman nak sihat.

Entah kenapa semalam rasa nak pi jengok kebun tu kejap. Jadi sambil menyorong kereta sorong untuk buang sampah di hujung sana, maka saya pun singgah le kat kebun tu. Memang penuh semak samun. Bangsal tempat berteduh yang saya bina dulu pun sudah ranap menyembah bumi kerana kayu dan papannya menjadi makanan anai2. Lorong ke kebun tu juga penuh lalang. Dengan bacaan berkat Ayat Kursi sebagai pelindung saya teruskan juga melangkah.

Tanpa berlengah saya benamkan mata cangkul ke perdu serai. Saya tarik keluar 5 rumpun serai. Tak berapa gemuk pun tapi bila di pilih2 cukuplah 100 batang tu. Setelah di leraikan dari rumpunnya saya gunakan cutter untuk potong secukup rasa. Haii dekat2 sejam jugak la dok fokus kepada tugasan itu.

Hari tu isteri saya dok pesan supaya jangan lagi masuk ke kebun tu, ye la takut ada binatang2 berbisa. Maka pagi tu memang betul lah, risau isteri saya dibuatnya. Maklumlah tadinya nampak menyorong kereta tolak untuk membuang sampah. Tapi kini sejam kemudian belum balik2 lagi. Air nescafe dan roti bakar untuk breakfast pun sudah sejuk. Macam2 andaian yang tidak baik bermain di kepalanya.

Sekejap tu bunyi skuter manyusul di jalan depan. Anak saya Amir datang menyusul. "Mama suruh balik, breakfast dah ready", laungnya dari atas. "Ok jap", jawab saya. Rumpun terakhir serai tu masih belum beres. Saya mesti cukupkan 100 batang barulah dapat dibawa ke kedai En Harun. Harga 100 batang serai En Harun ambik RM6. Sambil itu Amir parkir skuternya atas rumput di bahu jalan. Tanah tu bercerun, jadi parkir berdepan dengan pokok sebagai langkah berjaga2 takut meluncur turun...naya.

Melihat saya masih rancak memotong serai2 tu, Amir pun join sekali. Kereta tolak yang tadinya saya tinggal di bahu jalan, di tolak masuk ke kawasan kebun. Serai2 yang telah siap dipotong elok dimasukkannya ke dalam kereta tolak, sambil mengira jumlahnya.

Kejap tu terdengar deruan kereta dan bila saya menoleh ke atas kelihatan wira kelabu yang dipandu isteri saya sedang menuju kemari. "Hai, mama risau tu papa tak balik", "Hantar abang pun tak dapat khabar berita he he..". Memang betullah telahan saya. Isteri cukup risau takut apa2 terjadi kat dua beranak ni. "Mama dok terbayang, papa pengsan ke apa dan abang tak dapat nak angkat naik skuter, bla bla...".

Ok lah semua selamat. Sampai rumah setelah breakfast, saya pun terus membersihkan serai2 tadi. Dan di ikat dengan getah setiap sepuluh batang. Yang tak cukup saiz tu saya asingkan. Adalah dalam 20 batang yang lebih, jadi itu untuk kegunaan isteri kat dapur. Isteri pula bertugas menuai pegaga yang hidup subur dan sudah matang. Masalahnya rumput2 liar sama naik bersaing dengan pegaga. Jadi isteri saya terpaksa memakan masa yang lebih lama untuk tugasan mendapatkan daun pegaga itu.

Tugas saya pula ialah membersihkannya. Akhirnya hasil tuaian kami ialah 100 batang serai, sekilo lebih pegaga, sedikit daun kesum dan dua rumpun daun pandan. Sambil berkunjung ke kedai En Harun untuk membeli barang dapur, maka dapatlah hasil jualan berjumlah RM15.50 bersamaan dengan harga ayam 3 kg he he...seronok tu hasil keringat sendiri.

Sunday, March 8, 2009

Jogging Sikit


Weekend ni santai habis. Baca surat khabar dan ulangkaji kitab2 kat rak tu. Jadi petang semalam rasa nak bersenam la sikit. Ajak isteri dan anak2 pi jogging. Cuaca agak redup dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah. Anak2 nak cycling la pulak. Anyway saya dan isteri take a walk. Saya berlari2 anak, berjogging le konon. Boleh tahan jugak, berpeluh. Maklumlah area perumahan kami ni tanahnya berbukit bukau. Jadi satu workout yang menarik. Sambil menikmati kehijauan dan udara yang begitu segar. Pemandangan awan dan langit. Indah sungguh ciptaan Allah. Nikmat yang mana lagi hendak engkau dustakan? Teringat ungkapan2 yang kerap di ulang dalam Surah Al Rahman. Saya dan isteri menghabiskan jarak kurang lebih 1km. Dah sampai rumah tu saya sambung dengan bermain badminton di laman, bergilir2 sparring dengan isteri dan juga anak2. Alhamdulillah satu riadah yang berjaya membakar banyak kalori.

TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...