Thursday, January 19, 2012

Musim Cempedak & Durian

Cempedak Power RM3/kg
Ulasnya Besar

Goreng Cempedak

D24 Pahang

Fuyoo Kuning 

Isinya Tebal 

Hidangan Petang

Sekarang ni musim cempedak & durian gamaknya...banyak bebenau teman tengok depa dok jual kat tepi2 jalan dan bawah2 pokok. Hari Isnin lepas teman dgn org umah dan anak sulong pi KKB sebab ada hal. Masa nak balik tu langsung ternampak depa dok jual buah2an ni. Orang umah dok survey la kan. Dua peniaga yg pertama tu agak jual mahal sikit. Peniaga yg ketiga tu nampak agak fleksibel. Selepas tawar menawar org umah pun layan 12 bijik D24...tu dia. Teman lak pi beli cempedak dua bijik...4.5kg tapi akak tu kira 4kg je, stgh kg lagi tu kira sedekah katanya. RM3/kg jadi 4kg kira RM12 la yo. Durian tu pulak org umah kata apek tu letak rega RM30, tapi dapat le RM25 lepas tawar menawar. Balik umah anak jantan tolong kopek, ish..ish memang puah hati. Elok sungguh. Alhamdulillah.


@@@

Sunday, January 8, 2012

Ketupat Sotong

The Best Ketupat Sotong In The World


(Jangan lupa bukak lidi sebelum makan)



Elok Di Pasangkan Dengan Air Kosong Sejuk


Sekali Cuba Mesti Nak Lagi


Hidangan minum petang hari ini sangat istimewa. Isteri saya telah menghasilkan kueh manisan tradisional Kelantan yang merupakan peberet saya iaitu Ketupat Sotong. Anda pernah merasakannya? Di sini mari saya paparkan snapshot Ketupat Sotong itu. Kelazatannya menjilat jari. Namun ia agak manis dan penuh kolestrol, agak merbahaya kepada pengidap ghout dan kencing manis. Tapi sekali-sekala boleh kot.

Bagi para chef yang nak mencuba bolehlah refer kepada resipi dari blog menu ini. Antara tips yang diberikan ialah jangan guna sotong bersaiz besar sangat, takut rasanya tawar tak sepadan dengan kuahnya. Gunakan menisan (gula kabong) kampung untuk warna yang lebih gelap dan rasa yang lebih sedap. Satu hidangan mengandungi 5 unit Ketupat Sotong adalah satu set yang ideal.

Fuyoooo...sedap giler !!

@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...