Friday, December 11, 2009

Berkebun dan Beriadah

Berkebun dan beriadah nampaknya pagi ni. Maklumlah hari cuti umum Keputeraan Sultan Selangor. First thing first, berdua2an dengan isteri untuk menamatkan riwayat saki baki buah rambutan kat atas pokok tu, adelah dalam 30 bijik kot. Panjat memanjat dan jolok menjolok, akhirnya selamat, maka togellah pokok rambutan itu. Yang tinggal hanyalah daun2 nye yang melebat, mungkin penangan baja cacing yang saya bubuh dua minggu lepas.

Kemudian saya berkunjung ke kebun depan umah. Dah lama rasanye kebun tu terbiar tanpa arah tujuan. Ok lah pagi ni rasanya nak tebang tebu2 yang dah tua dan ingat karang sambil kel
uar solat jumaat tu, nak terus pi upah mesin kat kedai regular di BS3. Maka 13 batang tebu menjadi mangsa. Pucuk nye sayang la pulak nak buang begitu saja. Maka saya pun clearkan sikit semak2 dan rumput-rampai kat tepi pagar dawai tu dengan cangkul. Seterusnya ambik 'cok betul' buat lubang dan pacakkan pucuk2 tebu tadi. Maka terhasillah semaian 13 batang tebu. InsyaAllah 6 bulan lagi dapat le hasil nye. Betulkah kata fukahak tidak rugi berbudi pada tanah.

Malam tadi Hj Munir ada mengundang saya untuk bermain ping pong pada pukul 9 pagi. So selepas beres berkebun tu, cuma tebu2 tadi belum di risik, maka saya pun pi mandi dan mengenakan outfit riadah. Terus SMS Hj Munir. Maka beriadah lah saya di K3P (Kelab Ping Pong Prima) selama hampir dua jam. Boleh tahan juga skil Hj Munir. Jadi berpeluh sakanlah saya, Alhamdulillah. Ade lah exercise sikit. Maka saya berazam untuk bermain ping pong ini at least sekali seminggu. Balik dari riadah terus ke pergola, relax sat sambil makan buah rambutan. Seterusnya tebu2 itu saya risikkan kulitnya apa yang patut. Isteri pulak mintak tolong gantungkan pokok belalai gajah kat tiang menghala laluan dapur. Menjelang pukul 12:45 tgh, siap semuanya.

Terus saya mandi dan bersiap untuk pi solat Jumaat. Anak saya Amir pula sudah sampai di pekan BS dari UIA untuk balik bercuti mid-semesta selama seminggu. So terus pickup dia kat bus stop untuk ke masjid. Selesai solat terus ke kedai di BS3 untuk mesin tebu. Dapat penuh satu tong biru dan dua bag plastik, lumayan. Upahnye RM5. Balik terus lunch. Isteri masak ikan siakap goreng merah, sayur lemak lobak & kobis, dan goreng daging. Berselera semuanya. Dan air tebu sejuk. Nikmat bin nikleh. Kini time berehat. Mungkin sat lagi terlelap....zzzZZZZ.

@@@

Sunday, December 6, 2009

Keringat Pagi Minggu Ini

Selesai solat subuh, mengadap internet sat, dan setelah breakfast roti planta dan teh panas, ready for outdoor. Niat di hati nak mesin rumput di laman pagi ni. So first clearkan daun2 kering dan ranting2 kayu. Broom....sekali tarik je meisn rumput ini mengaum baik punye. Ambik kira jiran tetangga yang sedang beristirehat dan extended tidor kat umah masing2, maka misi mesin rumput ini dimulakan sekitar 9:30 pagi, ok la kot. Ngam2 habis minyak, saya sempat cover seluruh laman, bersih dan lapang, Alhamdulillah.

Pastu tolong maam trimkan pokok bunga kertas dekat dengan pergola yg tumbuh meliar menadah langit tu. Next ambik kereta tolak (yang tayar nye masih kempis tak sampai seru nak repair lagi tu) untuk di muatkan segala bahan2 buangan termasuklah daun2 kering, daun2 pisang, cantasan pokok kantan, ranting2 bunga kertas tadi dan baki bahan buangan yang terperuk di beberapa port semenjak minggu lepas lagi. Setelah tiga trip ke kaki bukit menolak kereta tolak membuang saratan penuh bahan buangan maka misi selesai. Bila di tenung sekeliling, nampak la sikit terurus laman Impiana Iman ini. Ada rasa kepuasan dalam jiwa walaupun agak penat dan keletihan bermain keringat.

Seterusnya take a shower. Dan ingin beriadah sekejap ke K3P (Kelab Ping Pong Prima) bersama kaki2 pukul regular. Namun sesi pagi rupanya sudah tamat. Maka balik kembali dengan hampa. Mungkin lepas asar karang boleh join depa balik. Well terasa nak pekena 'health food & drink" la pulak. So blend sebijik oren sunkist dengan sehiris tembikai ditambah gula secukup rasa. Hmmm...sejuk dan lazat. Seterusnya saya potong sengkuang dan sebijik epal, di bubuh sos rojak, kicap dan sedikit gula. Yes rojak segera....sedap gille.

@@@

Tuesday, December 1, 2009

Ibadah Korban Di Hari Ke 3

Aku Redha Di Korbankan - Pemergianku Usah Ditangisi

Jom Kita Mulakan - Nak Tunggu Apa Lagi?

Misi Kita - Ikat Kaki & Perebah Ke Tanah

Berjaya di Rebahkan - Bumi ini Jadi Saksi

Aku Pasrah...Allah Hu Akbar

Jom Melapah - Antara Belulang, Lemak & Daging

Toreh Dengan Pisau Sampai Tinggal Tulang

Potong & Timbang Daging Untuk Agihan

Ustaz pengetua menjemput ahli khariah ke majlis korban di pusat didikan akhlak Darul Iman pada pagi Raya ke 3. Darul Iman ini terletak dalam kawasan perumahan kami. Ada tiga lembu yang akan di korbankan. Pak Nor jiran sebelah rumah pagi2 lagi memanggil nama saya untuk mengingati misi pagi ini untuk sama2 membantu di majlis korban itu.

Itulah antara hikmah ibadah korban ini iaitu mendambakan semangat kerjasama ahli masyarakat setempat. Cuba bayangkan macamana agaknya hendak ditumbangkan tiga ekor lembu sasa tanpa bantuan ramai. Saya bersama anak saya Amir mengunjungi Darul Iman sekitar jam 8:45 pagi itu.

Saya sebenarnya tidak berapa sihat, namun di kuatkan semangat. Niat dalam hati kalau tak dapat bantu yang berat2 pun sekurang-kurangnya dapat tolong potong dan timbang daging untuk agihan.

Semoga dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi Hari Raya Korban pada tahun hadapan. Hayatilah ibadah korban ini yang menuntut keikhlasan mengharapkan penerimaan ibadah kita di hadapan Allah. Maka bersedialah kita untuk berkorban apa saja dalam perjalanan hidup kita demi menegakkan tuntutan dan perintah Allah. Carilah redha Allah dalam setiap pengorbanan kita.

@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...