Monday, November 29, 2010

Natural Air Freshner

Daun Pandan

Di Hiris Halus

Natural Air Freshner

Freshness In A Bowl



Pokok daun pandan yang ada di laman masih hidup subur, terus dominan di celah2 pokok tebu dan pokok limau nipis. Dah nampak macam bonzai. Salah satu fungsi daun pandan yang keharumannya semerbak itu selain dari menjadi penyeri apabila memasak nasi lemak, air sirap dan kueh mueh (e.g. sira & pengat pisang) ialah sebagai 'natural air freshner'.
Cara membuatnya:
  • Ambil 10-20 helai daun pandan
  • Basuh dengan air paip supaya bersih
  • Potong nipis-nipis
  • Jemur sekejap supaya kering
  • Masukkan dalam sarung dan digantung dlm kereta
  • Atau letakkan dlm bekas dan diletakkan dlm bilek air.

Baunya semerbak dan boleh tahan sehingga dua minggu. Baunya sebijik macam bunga rampai yang kita gunakan dalam majlis bercukur jambul atau selawat nabi. Boleh juga di letak dalam almari dan kabinet. Ia juga boleh menghalau lipas. Selamat mencuba. Go green !!

@@@

Thursday, November 18, 2010

10 Zulhijah


Semalam 10 Zulhijah, kita sama2 menyambut Hari Raya Korban. Selesai solat sunat hari raya korban di Masjid BS, saya dan anak sulong terus mendaftar sebagai petugas untuk program ibadah korban. Seramai 140 petugas diperlukan oleh pihak pengurusan masjid. Kami di tugaskan bersama tujuh orang yang lain untuk lembu yang ke 13. Ada 14 ekor lembu semuanya untuk dikorbankan tahun ini. Isteri saya pula menyertai petugas di bahagian dapur bagi penyedian juadah.

Setiap pasukan bertanggung-jawab untuk menyelesaikan urusan korban dari A ke Z, bermula dari merebahkan lembu mengadap kiblat, sembelih, melapah, memotong dan menimbang daging untuk agihan. Walaupun penat tapi ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan.Lembu No.13 ini agak mantap dengan jumlah daging yang berjaya dikumpulkan sebanyak 120kg.

Selesai solat Zohor berjemaah kami sama2 menikmati makan tengahari berlaukkan gulai kawah dan sup tulang. Memang jelira.




Tuesday, November 16, 2010

Laman Suci


Kira pecah rekod la hari ni buat 4 posting sekali gus. Bukan apa snap gambar lepas bersihkan laman tadi rasa banyak kategori la pulak untuk di cantum jadi satu posting je, takut jadi rojak. Jadi elok rasanya di buat 4 posting iaitu Laman Suci, Hasil Tanaman, Koleksi Orkid dan Koleksi Kaktus. Paparan di maya pada buat tatapan anak2 dan orang dewasa. Inikan zaman internet jadi layan je lah.

Anyway hari ni hari rehat sebab semalam kerja lewat buat tender kat ofis, jangan mare ye. Besok kita sama2 menyambut Hari Raya Aidil Adha. Jadi sudah semestilah hari mulia ini akan lebih berseri apabila laman rumah dibersih dan dirapikan penampilan nya. Itulah yang saya usahakan pagi ini. Bermula dengan mesin rumput, buang sampah dan bersihkan semak samun. Setelah tu buat lawatan sekeliling laman sambil snap gambar guna hanfon.

Alang2 gambar 'sharp & clear' tu maka terlebih afdal lah kalau saya buat posting dan kongsi2 kan keindahan ciptaan Allah itu kepada blogger sekelian.

Selamat menyambut Aidil Adha semoga pengorbanan kita ikhlas kerana Allah.















Hasil Tanaman


Sekali-sekala menjenguk tanaman di laman apabila ada kelapangan terutamanya di hujung minggu. Nampaknya tanaman yang berbuah kini hanyalah lemon, lada, longan, cempedak, kelapa, tebu kuning dan limau purut. Minggu lepas saya pergi ronda2 dengan skuter 'ego' saya untuk mengutip tahi lembu kering di jalanan untuk dibuat baja asli. Dapat le satu baldi besar untuk cover sebahagian dari tanaman saya di laman. Tambahan lagi sekarang ni musim hujan jadi membantu untuk tanaman tadi menyerap khasiat baja dengan lebih elok.







Koleksi Orkid


Orkid juga menjadi minat isteri saya. Saya pula teruja melihat kecantekan dan keunikan orkid yang terdiri dari ribuan spesis itu. Seingat saya koleksi orkid kami bermula sekitar tahun 1995. Kerana harganya yang mahal, isteri saya lebih suka membeli 'cutting' untuk disemai. Pokok ini membesar dan mula mengeluarkan bunga secara berkala, kadang2 tu setahun hanya sekali saja. Selebihnya hanya lebat dengan daun sahaja. Isteri saya suka menggunakan 'baja nugget' dan kerang hidup sebagai baja. Kini kami memliki hampir ratusan spesis yang berbeza. Kalau satu pot bernilai RM20 maka anggaran koleksi orkid kami mungkin mencapai ribuan ringgit.

Jom kita lihat koleksi orkid di laman kami khas buat peminat orkid dan seni laman sekelian.











Koleksi Kaktus


Selesai mesin rumput di laman tadi, sambil berehat dan menikmati udara nyaman di laman, sempatlah pula snap beberapa keping gambar dari lensa 5.0 megapixel handset sony ericson 'hazel' isteri saya untuk dipaparkan pada laman web ini. Koleksi kaktus ini sebenarnya adalah hobi isteri saya yang memulakannya sekitar tahun 1998 iaitu kira2 12 tahun yang lalu, hinggakan ada juga yang dijual kepada para peminat. Semenjak tahun 2004 koleksi kaktus ini agak terbiar dan kurang diberi perhatian. Apapun Kaktus merupakan spesis tumbuhan yang unik. Mari kita tengok species apa yg masih kekal dalam koleksi.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...