Saturday, November 16, 2013

Lembah Beringin - What a wonderful world !!



Lembah Beringin di pasarkan pada satu masa dulu oleh pemajunya dengan iklan radio berlatarkan lagu evergreen nyanyian penyanyi blues Louis Armstrong iaitu lagu "What A Wonderful World". Senikatanya sungguh indah dan mudah diingati. Master plan bandar Lembah Beringin ini sangat grand dan exclusive. Namun kelembapan ekonomi di akhir tahun 1990an menyaksikan segala yang dirancangkan ini tersekat.

Namun Alhamdulillah Lembah Beringin masih wujud hingga kini. Kalau kita merentasi highway PLUS maka kita akan temui exit Lembah Beringin sebelum melintasi sempadan Perak ke utara. Eklusiviti Lembah Beringin masih ada. Padang Golf 18 lubangnya masih dikunjungi para peminat golf dari serata negara saban hari termasuklah pengunjung dari Korea dan Jepun.

Kolej UEM iaitu sebuah kolej A-Level bertaraf antarabangsa merupakan satu lagi mercu tanda Lembah Beringin. Kebanyakan kelompok pelajar top student SPM tajaan JPA dan swasta akan melanjutkan pelajaran A-Level mereka di sini selama satu atau dua tahun sebelum di hantar ke Universiti terbaik luar negara.

Kini kedapatan kemudahan sekolah, surau, gelanggang futsal, pusat tahfiz, homestay, restoran, dan kedai runcit untuk diraikan orang ramai. Purata kepadatan penduduknya adalah rendah, justru aura ketenangan dan keindahan alam semulajadi serta terhindar dari hiruk pikuk kebisingan kota menjadikan kawasan ini ibarat sebuah resort peranginan atau gateway heaven kepada penggemarnya. Kelajuan akses broadband internet juga sangat memuaskan.

Saya sekeluarga adalah antara penghuni pioneer Lembah Beringin pada era 1998-2002. Kini saya setia kembali mengunjungi Lembah Beringin pada hujung minggu untuk mengecapi kepuasan di sebuah kejauhan yang mendamaikan. Lembah Beringin adalah sebuah kawasan unik di Selangor. Pemanduan melalui highway PLUS ke KL sebenarnya hanya mengambil masa sekitar 40 minit sahaja. Bagi saya Lembah Beringin masih tetap bersemadi di hati sebagai kawasan yang eklusif, hijau dan segar. 

Gambaran Louis Armstrong dalam lagu What A Wonderful World masih relevan dulu kini dan selamanya. Dan Lembah Beringin adalah sebahagian daripadanya.








7 comments:

suka suka said...

assalam.. saya pun suka lagu what a wonderful world tu!

School Of Tots said...

TQ suka suka. My point here is Lembah Beringin is part of the beauty as potray by the song.

suksol said...

Rumah kata nak juala tu dah jual ke?

School Of Tots said...

TQ Suksol kerana bertanya. Ya rumah itu sudah di jual. Yang tinggal hanya kenangan indah, tinggal di Lembah Beringin satu masa dulu di kala anak2 saya masih tadika dan bersekolah rendah. Bagi saya Lembah Beringin sebuah lokasi indah dan unik yang tidak sama dengan tempat2 lain di muka dunia ini. Hanya jauhari yg mengenal maknikam, tidak ramai org boleh apperciate LB ini. Beruntunglah pembeli rumah saya ini. Saya doakan kebahagiaan dan ketenangan abadi untuknya.

Anonymous said...

saya baru beli rumah di sini.Kalau ada rezeki jun 2018 saya masuk.tujuan utama .nak menikmati
ketenangan yang ada di sini dan udara segar.tempat ini memang ada kelainan .

Anonymous said...

saya baru beli rumah di sini.Kalau ada rezeki jun 2018 saya masuk.tujuan utama .nak menikmati
ketenangan yang ada di sini dan udara segar.tempat ini memang ada kelainan .

LtKol Hj Zulkifli Mohd Said (B) said...

Saya telah menetap lebih dari 15 tahun d lembah beringin. Nyaman dan aman. Alhamdulillah

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...