Sunday, August 8, 2010

MTAA & Jom Halal


Weekend ni anak2 balik dari UIA. Hari sabtu ada karnival Jom Halal anjuran JAIS di perkarangan Masjid As-Salam. Isteri dan Amir anak sulong kami, menyertai pertandingan menterjemah tulisan rumi ke tulisan jawi. Syabas kerana meneyertainya. Saya awal2 lagi tarik diri walaupun sudah mendaftar kerana pada mulanya ingatkan terjemah tulisan jawi ke rumi. Amir mendapat hadiah saguhati.

Saya pula memenuhi undangan Mudir Madrasah Tahfiz Ar-Rahmaniah (MTAA) dalam majlis Khatam Al-Qur'an dan Penyampaian Sijil. Alhamdulillh tiga lagi graduan mereka berjaya menjadi Hafiz 30 juzuk. Para tetamu di hidangkan dengan jamuan buffet termasuklah gulai kambing yang sangat sedap. Saya siap buat satu posting khas buat MTAA.

Paginya saya sempat mesin rumput dan membuat maintenance di laman rumah. Alhamdulillah laman nampak bersih dan terurus. Weekend je lah masanya untuk melakukan segala kerja ini kerana hari2 lain disibukkan dengan urusan kerja ofis dan masa di jalanan pergi dan balik dari tempat kerja di ulu klang.

Petangnya sempat meluangkan masa bersantai bersama kelurga menonton VCD siri kegemaran isteri dan anak2 perempuan kami. Inilah antara masa2 kualiti yang dapat diluangkan bersama keluarga.

Maghribnya saya dan Amir mendirikan solat di surau Al-Faaizeen. Kemudian kami sekelurga ke Masjid As-Salam dan sempat mendengar kuliah maghrib dan mendirikan solat Isyak berjemaah. Seterusnya berkunjung ke Karnival Jom Halal di perkarangan bersebelahan dengan Masjid As-Salam. Kami makan malam di salah satu gerai yang terdapat di situ.

Kemudian persembahan Hijazz bermula sekitar pukul 9:30 sehingga 11:00 mlm. Kami sekeluarga adalah peminat setia Hijazz sejak awal penubuhan mereka. Pada saya Hijazz merupakan salah satu kumpulan yang punyai mesej dakwah yang ikhlas dalam aktiviti dan hiburan mereka. kandungan mesej mereka dalam lagu, zikirullah, persembahan, CD, dan penampilan sangat positif dan punyai karisma. Mereka juga banyak membantu kumpulan2 lain dalam penerbitan album dan penentuan konsep. Zikrullah alunan Munif lead singer Hijazz saban pagi berkumandang di radio IKIM mengejutkan umat untuk bangun solat subuh. Saya doakan mereka diberikan kekuatan dan keberkatan oleh Allah SWT untuk meneruskan usaha baik mereka.

Pagi ini saya sempat menelek majalah Solusi #20, yang punyai banyak artikel menarik. Kami memiliki koleksi 10 volume majalah ini, namun kadang tu sungguh payah atau tiada disiplin untuk membacanya dari laman ke laman. Antara mukadimah oleh editor yang dipaparkan ialah, "Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan. Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan. Yang di tangan itulah yang sebenar. Yang dalam angan-angan itu masih samar. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang telah menjadi memori; masa depan yang masih ilusi. Hidup hakiki ialah hari ini. Itulah relaliti."

Atas semangat itulah, saya sentiasa cuba memenuhi aktiviti berfaedah yang termampu pada setiap keluangan waktu bersama keluarga terutamanya di hujung minggu begini. Terasa kepuasan apabila berjaya menjalani atau menyiapkan banyak perkara yang dirancang atau tidak dirancang sepanjang berhujung minggu ini, Alhamdulillah.

@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...