CLICK my AD

Friday, December 11, 2009

Berkebun dan Beriadah

Berkebun dan beriadah nampaknya pagi ni. Maklumlah hari cuti umum Keputeraan Sultan Selangor. First thing first, berdua2an dengan isteri untuk menamatkan riwayat saki baki buah rambutan kat atas pokok tu, adelah dalam 30 bijik kot. Panjat memanjat dan jolok menjolok, akhirnya selamat, maka togellah pokok rambutan itu. Yang tinggal hanyalah daun2 nye yang melebat, mungkin penangan baja cacing yang saya bubuh dua minggu lepas.

Kemudian saya berkunjung ke kebun depan umah. Dah lama rasanye kebun tu terbiar tanpa arah tujuan. Ok lah pagi ni rasanya nak tebang tebu2 yang dah tua dan ingat karang sambil kel
uar solat jumaat tu, nak terus pi upah mesin kat kedai regular di BS3. Maka 13 batang tebu menjadi mangsa. Pucuk nye sayang la pulak nak buang begitu saja. Maka saya pun clearkan sikit semak2 dan rumput-rampai kat tepi pagar dawai tu dengan cangkul. Seterusnya ambik 'cok betul' buat lubang dan pacakkan pucuk2 tebu tadi. Maka terhasillah semaian 13 batang tebu. InsyaAllah 6 bulan lagi dapat le hasil nye. Betulkah kata fukahak tidak rugi berbudi pada tanah.

Malam tadi Hj Munir ada mengundang saya untuk bermain ping pong pada pukul 9 pagi. So selepas beres berkebun tu, cuma tebu2 tadi belum di risik, maka saya pun pi mandi dan mengenakan outfit riadah. Terus SMS Hj Munir. Maka beriadah lah saya di K3P (Kelab Ping Pong Prima) selama hampir dua jam. Boleh tahan juga skil Hj Munir. Jadi berpeluh sakanlah saya, Alhamdulillah. Ade lah exercise sikit. Maka saya berazam untuk bermain ping pong ini at least sekali seminggu. Balik dari riadah terus ke pergola, relax sat sambil makan buah rambutan. Seterusnya tebu2 itu saya risikkan kulitnya apa yang patut. Isteri pulak mintak tolong gantungkan pokok belalai gajah kat tiang menghala laluan dapur. Menjelang pukul 12:45 tgh, siap semuanya.

Terus saya mandi dan bersiap untuk pi solat Jumaat. Anak saya Amir pula sudah sampai di pekan BS dari UIA untuk balik bercuti mid-semesta selama seminggu. So terus pickup dia kat bus stop untuk ke masjid. Selesai solat terus ke kedai di BS3 untuk mesin tebu. Dapat penuh satu tong biru dan dua bag plastik, lumayan. Upahnye RM5. Balik terus lunch. Isteri masak ikan siakap goreng merah, sayur lemak lobak & kobis, dan goreng daging. Berselera semuanya. Dan air tebu sejuk. Nikmat bin nikleh. Kini time berehat. Mungkin sat lagi terlelap....zzzZZZZ.

@@@

Sunday, December 6, 2009

Keringat Pagi Minggu Ini

Selesai solat subuh, mengadap internet sat, dan setelah breakfast roti planta dan teh panas, ready for outdoor. Niat di hati nak mesin rumput di laman pagi ni. So first clearkan daun2 kering dan ranting2 kayu. Broom....sekali tarik je meisn rumput ini mengaum baik punye. Ambik kira jiran tetangga yang sedang beristirehat dan extended tidor kat umah masing2, maka misi mesin rumput ini dimulakan sekitar 9:30 pagi, ok la kot. Ngam2 habis minyak, saya sempat cover seluruh laman, bersih dan lapang, Alhamdulillah.

Pastu tolong maam trimkan pokok bunga kertas dekat dengan pergola yg tumbuh meliar menadah langit tu. Next ambik kereta tolak (yang tayar nye masih kempis tak sampai seru nak repair lagi tu) untuk di muatkan segala bahan2 buangan termasuklah daun2 kering, daun2 pisang, cantasan pokok kantan, ranting2 bunga kertas tadi dan baki bahan buangan yang terperuk di beberapa port semenjak minggu lepas lagi. Setelah tiga trip ke kaki bukit menolak kereta tolak membuang saratan penuh bahan buangan maka misi selesai. Bila di tenung sekeliling, nampak la sikit terurus laman Impiana Iman ini. Ada rasa kepuasan dalam jiwa walaupun agak penat dan keletihan bermain keringat.

Seterusnya take a shower. Dan ingin beriadah sekejap ke K3P (Kelab Ping Pong Prima) bersama kaki2 pukul regular. Namun sesi pagi rupanya sudah tamat. Maka balik kembali dengan hampa. Mungkin lepas asar karang boleh join depa balik. Well terasa nak pekena 'health food & drink" la pulak. So blend sebijik oren sunkist dengan sehiris tembikai ditambah gula secukup rasa. Hmmm...sejuk dan lazat. Seterusnya saya potong sengkuang dan sebijik epal, di bubuh sos rojak, kicap dan sedikit gula. Yes rojak segera....sedap gille.

@@@

Tuesday, December 1, 2009

Ibadah Korban Di Hari Ke 3

Aku Redha Di Korbankan - Pemergianku Usah Ditangisi

Jom Kita Mulakan - Nak Tunggu Apa Lagi?

Misi Kita - Ikat Kaki & Perebah Ke Tanah

Berjaya di Rebahkan - Bumi ini Jadi Saksi

Aku Pasrah...Allah Hu Akbar

Jom Melapah - Antara Belulang, Lemak & Daging

Toreh Dengan Pisau Sampai Tinggal Tulang

Potong & Timbang Daging Untuk Agihan

Ustaz pengetua menjemput ahli khariah ke majlis korban di pusat didikan akhlak Darul Iman pada pagi Raya ke 3. Darul Iman ini terletak dalam kawasan perumahan kami. Ada tiga lembu yang akan di korbankan. Pak Nor jiran sebelah rumah pagi2 lagi memanggil nama saya untuk mengingati misi pagi ini untuk sama2 membantu di majlis korban itu.

Itulah antara hikmah ibadah korban ini iaitu mendambakan semangat kerjasama ahli masyarakat setempat. Cuba bayangkan macamana agaknya hendak ditumbangkan tiga ekor lembu sasa tanpa bantuan ramai. Saya bersama anak saya Amir mengunjungi Darul Iman sekitar jam 8:45 pagi itu.

Saya sebenarnya tidak berapa sihat, namun di kuatkan semangat. Niat dalam hati kalau tak dapat bantu yang berat2 pun sekurang-kurangnya dapat tolong potong dan timbang daging untuk agihan.

Semoga dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi Hari Raya Korban pada tahun hadapan. Hayatilah ibadah korban ini yang menuntut keikhlasan mengharapkan penerimaan ibadah kita di hadapan Allah. Maka bersedialah kita untuk berkorban apa saja dalam perjalanan hidup kita demi menegakkan tuntutan dan perintah Allah. Carilah redha Allah dalam setiap pengorbanan kita.

@@@

Saturday, November 21, 2009

Keringat Kering Di Anjung Surau

Lama dah saya tak update blog Keringat ni. Jadi hari ni apa kata saya buat posting baru.

Baiklah hari Sabtu ialah hari santai, hujung minggu la katakan. Selesai solat subuh tadi saya bersama isteri tercinta mengadap TV9 program "Tanyalah Ustaz". Hari ni tajuk nya perihal solat dan disampaikan oleh Ustaz Nizam Ab Rahman pensyarah UIA. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi. Antaranya ialah berkenaan masalah qada solat fardhu.

Sekiranya kita ada meninggalkan solat fardu katalah ketika berumur 20 tahun dulu dan kini apabila sudah berumur 40 tahun ini kita berhajat qada kan balik segala solat fardu yang kita tinggalkan dulu. Maka ada dua pendapat iaitu satu ialah adalah dituntut untuk qada solat fardhu itu sehinggalah habis semuanya dan selagi belum habis maka tidak harus untuk mendirikan solat2 sunat. Ada timbul persoalan iaitu solat fardu 5 kali sehari x 30hari x 12bulan x 2tahun = 3,600 solat fardu yang mesti di qadakan, untuk 2 tahun kita tidak solat di zaman jahiliyyah itu.

Jadi mampukan kita mengqadakan semuanya? Maka ada satu lagi pendapat ulama iaitu tidak wajib kita qada solat2 fardu itu. Memadailah dengan memohon taubat dan keampunan dari Allah untuk dosa dan kesalahan meninggalkan solat dengan sengaja itu. Ustaz itu menyarankan iaitu sekiranya kita ada kemampuan maka qadakan solat itu mengikut kemampuan tadi. Jika tidak mampu, kerana banyak sangat atau sebagainya maka mohonlah keampunan Allah dengan taubat yang sungguh2 iaitu taubat nasuha. Wallahu'alam.

Seterusnya saya keluar membersihkan laman rumah. Cuaca mendung pagi ini. Saya potong dahan rambutan yang tumbuh melilau ke tengah laman. Saya cantas beberapa pelepah pokok kelapa yang agak tua. Kemudian saya potong pelepah2 daun pisang dan membuang kelopak2 daun tebu. Seterusnya membuangnya di lereng bukit 80m dari rumah. Ooops baru teringat hari ni ada gotong royong di surau Al-Faaizeen.

Ok isteri mintak saya tukar t-shirt yang elok sikit, nak jaga imej di mata masyarakat la tu. takpe niat baik. Saya pun berlepas ke surau dengan skuter Ego dan membawa bersama 'cok betul' untuk tujuan menggali lubang untuk program Qurban Aidil Adha minggu depan. Di sana sudah kelihatan Hj Jo & Hj Pak Nor dan dua orang pemuda Indon sedang menggali lubang. Standard le Hj Jo & Hj Pak Nor tukang supervice. Nasib baik saya bawak 'cok betul' besi. Senanglah sikit menggali lubang di tanah berbatu tu. Lubang ni sebenarnya untuk menanam bahan2 buangan majlis qurban tu nanti termasuklah belulang dan isi2 perut lembu qurban.

Setelah selesai semuanya kami pun duduklak berehat di anjung surau sambil minum teh O dan makan karipap dan donat. Sambil tu doklah borak2. Tajuk2 perihal kerja kerajaan dibincangkan maklumlah depa2 ni orang pencen gomen. Kira saya ni batch muda la sikit. Kemudian tajuk perihal di akhir zaman ini kelompok mana sebenarnya yang akan selamat. Ada hadis Rasulullah mengatakan bahawa terdapat 73 kelompok manusia di akhir zaman ini. 72 kelompok berada dalam kesesatan dan hanya satu kelompok saja yang selamat. Maka Hj Sharudin membangkitkan siapa yang selamat ini? Kenapa kita menuduh sesetengah golongan itu tak betul sedangkan mereka mengamalkan rukun Islam yang lima itu. Perbincangkan panjang berlangsung, saya hanya mendengar. Niat saya nak pulang tak kesampaian bila hujan mulai turun.

Di akhirnya saya mencelah iaitu golongan yang selamat ialah golongan berpegang kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah tidak kiralah dari kelompok manakah dia, Ahli Sunnah Wal Jammah kah, Wahabbi kah, PAS kah, Ikhwan Muslimin kah, Tabligh kah, Abim kah, JIM kah. Yang penting ialah manusia yang ber Taqwa kepada Allah. Bukankah Taqwa itu yang membezakan kita di sisi Allah?

Saya menambah dalam agama ini kita hendaklah tahu membezakan yang mana perkara pokok dan yang mana permasalahan cabang atau ranting. Selain membaca kita kenalah berguru untuk mengelak kesesatan atau menjadi gila. Selagi mana perkara pokok iaitu perihal aqidahnya betul iaitu mentauhidkan Allah maka Alhamdulillah selamat. Yang selalu kita dok bergaduh tu sebenarnya soal cabang atau perihal feqah, qunut ke tak qunut, tahlil ke tak tahlil dan sebagainya. Perbezaan pendapat dalam agama itu hikmah, semuanya betul jika berlandaskan nas. Maka itu semua mazhab feqah dalam ahli sunnah wal jamaah itu betul tidak kiralah mazhab Shafie, Hambali, Hanafi atau Maliki.

Tetapi jika mazhab aqidah maka akan tergelincir iman seseorang contohnya Mazhab Syiah yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Hj Pak Nor mencelah terdapat kelompok dalam puak Syiah ini yang betul aqidahnya. Dalam kes fahaman Wahabbi pula, sekiranya betullah Wahabbi berpegang kepada pendapat Allah itu bertempat iaitu di Arash dan mengatakan kaki Allah di Kursi iaitu menyamakan Allah dengan sifat makhluk maka itu sudah menjadi permasalah aqidah (perkara pokok), dan bukan lagi persolan feqah (perkara cabang) semata.

Setelah hujan reda, tibalah masa saya untuk memacu skuter pulang ke rumah membawa 'cok betul' saya dan buah2 hasil perbincangan 'majlis ilmu' di anjung surau Al-Faaizeen bersama Hj Jo, Hj Sharudin, Hj Pak Nor, dan Zakri. Semoga ada keberkatannya, insyaAllah.

@@@

Sunday, November 1, 2009

Serai Giant


Isteri mintak ambik serai semalam nak masak cili api LaLa peberet anak2. Jadi saya bawak la 'cok betul' pergi kat kebun depan umah, yang dah lama tak terurus tu. Cari rumpun2 serai yang subur. Gali satu rumpun. Potong elok2 guna cutter, dapatlah dalam 20 batang. Besar gile. Dah masuk tahap serai Giant ni. Terkejut la pulak isteri sambil tersenyum hepi. Anak2 pun semalam berselera betul lunch. Hari ni dua anak dah balik hostel, tinggal la kami bertiga bersama serai2 Giant ini.


Saturday, October 24, 2009

Rambutan Sudah Masak
















































Yah
ooo!!!!!!!!!! rambutan sudah masak. Syok nye. Petik dan makan fresh, no preservative...he he.

Alhamdulillah ketiga-tiga pokok rambutan yang ada di laman ni berbuah agak lebat dan kini sudah mula masak. Ada yang sudah masak ranum, merah pekat. Ada yang nampak kekuning-kuningan. Masak secara berperingkat. Elok la tu, tak rusak dan sempat adjust. Dapat le petik buah segar pada jangka masa yang lebih panjang.

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini dua pokok rambutan 'anak sekolah' merah tu dah beberapa musim berbuah, jadi saya dah tau bentuk dan citarasanya. Tapi pokok rambutan yang ketiga ni belum pernah berbuah sebelum ni, kiranya ini baru belajar berbuah le kan. Mengikut teori dan tuan nurseri tempat saya beli anak pokok ni iaitu kira2 4 tahun dulu, katanya ini anak rambutan kuning atau orang Kelantan selalu panggil rambutan 'gula batu'. Maka harapan di hati teori menjadi realiti. Tapi semenjak keluar buah tempoh hari saya dah perasan dah ni nampak macam rambutan merah 'anak sekolah' jugak ni. Hmmm maka setelah buah dah masak ranum ni, memang sah without reasonable doubt rupenya yang kita dok kata rambutan kuning tu, sebenarnye ialah dari species rambutan merah. Nak buat macamana, dah rezki kite. Alhamdulillah.

Jadi pagi ni sempena hari minggu, ada le masa saya dok meninjau laman rumah di kesegaran udara pagi. Wow kelihatan buah2 rambutan bergayutan. Yang syoknye dapat di petik di hujung jari dan terus di kupas untuk dirasa kesegaran dan
kerangupannya. Nikmat tu. Sementelah itu saya snap le bebrapa keping gambar dari pelbagai sudut sebagai kenang-kenangan dan tatatpan pengunjung blog Keringat ini.

Saturday, October 10, 2009

Rambutan Berbuah

Rambutan anak sekolah ni nampaknya menjadi pulak tahun ni. Lebat la jugak berbuahnya. InsyaAllah sebulan lagi masak la tu. Saya ada tanam dua pokok rambutan anak sekolah dan satu pokok rambutan kuning atau 'gula batu'. Pokok anak sekolah yang pertama tu dah beberapa musim berbuah. Namun kali pertama untuk pokok anak sekolah yang kedua dan pokok rambutan kuning tu. Pokok kelapa pandan tu pulak biasalah tak putus-putus berbuah. Kalau beli kat kedai RM2.50 sebiji tu. Alhamdulillah. Maka betullah tak rugi kalau rajin berbudi pada tanah.

Bidai Buluh


Bidai buluh ini di jadikan penyeri untuk cover pagar dawai antara rumah saya dengan rumah jiran sebelah. Nak buat tembok nanti angin tak dapat lalu pulak, rasa lemas. Jadi bidai buluh ni jadi pilihan. Nampak seni dan agak klasik. Di sulami dengan pasu2 okid. Bidai2 buluh ni saya beli di sebuah nurseri kat depan ofis saya di Keramat. Dapat harga special RM12 sekeping. Bila dah reput kena lah ganti dengan yang lain. Tapi dapat bertahan setahun lebih la jugak, ok la tu.

Time nak raya hari tu, saya beli 7 keping untuk ganti yang dah reput. Anak saya Amir tolong vanish bagi kalis air sikit, baru tahan lebih lama. Ruang depan rumah area pergola tu nampak berseri dengan bidai buluh ni. Sebelum ni saya guna bidai kayu yang saya beli di Tanjung Malim semasa baru pindah rumah pada tahun 2002 dulu. Maknanya dapat bertahan 7 tahun rupanya bidai kayu tu, memang berbaloi.

Laman belakang dekat dengan pintu dapur sebelah kiri juga saya hiasi dengan bidai buluh ni. Nampaklah berseri sikit, sambil relax kat atas buaian tu ambik angin. Konsep santai ala-ala bali ni menjadikan suasana sekeliling menyenangkan dan refreshing. Ini sangat penting bagi saya setelah penat bekerja seharian, dapat pulang ke rumah untuk berehat terutamanya pada hujung minggu.

Tuesday, September 22, 2009

Raja Longan




Sempena Raya ni, Raja Longan kami menunjukkan taringnya. Berbuah tidak lebat tapi cukup untuk memapamerkan potensi dalaman. Maklumlah spesis Longan Ping Pong. Mengikut lagenda baka sebenarnya ialah membesar hingga ke saiz bola ping pong. NikMat bin NikLeh betul bila memetik dengan jari sendiri dan membelah kulit mudanya dengan gigi kapak di pagi raya kedua. Seterusnya merasakan kemanisan melampau isinya....adus. Kebetulan kawan datang ziarah raya tengahari tu...terus saya petik sebijik buat anakanda bongsunya sebagai penawar.

Friday, September 18, 2009

Rumah Okid Baru





Sempena Hari Raya biasanya orang tukar langsir baru, sofa baru, dsb tapi kami tukar rumah okid baru. Sebenarnya kerana terpaksa. Rumah okid lama yang berbakti kepada kami selama 7 tahun telah rebah menyembah bumi kerana reput di telan usia. Maklumlah dibuat dari kayu biasa bukan kayu cengal tua seperti pergola kami tu. Cuma enam tiang batu yang menyokong bumbung kayu rumah okid itu je yang masih bertahan dan masih boleh diguna khidmatnya.

Setelah berfikir hampir sebulan tentang design baru rumah okid ini maka di minggu ketiga ramadhan hari tu kami membuat keputusan mutlak untuk membuat design 'iron rod' pulak. Supaya lebih tahan kepada dedahan cuaca panas dan hujan itu. Kami anggarkan mungkin ia boleh bertahan hingga sepuluh tahun sebelum di makan karat dan turut menyembah bumi.

Jadi pada hari rabu minggu lepas tempahan kami siap di pasang. Hmmm....agak menarik dan unik. Tukang yang memasang yang bernama Alex itu pun mengaku ini adalah first time dia membuat rumah okid. Isteri saya terpaksa memantau pemasangan 'netting double layer' bagi memastikan kekemasan finishing nya.

Dan minggu ini barulah isteri saya siap memindahkan okid2 dan sekali lagi menyerlahkan kretivitinya untuk menyusun atur puluhan orkid kami ke rumah barunya. Tidak terlalu padat supaya ada laluan lapang untuk rasa 'inviting' untuk di lalui di bawahnya.

Kami paparkan beberapa snapshot untuk memberi gambaran sebenar rumah okid baru ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...