CLICK my AD

Saturday, October 24, 2009

Rambutan Sudah Masak
















































Yah
ooo!!!!!!!!!! rambutan sudah masak. Syok nye. Petik dan makan fresh, no preservative...he he.

Alhamdulillah ketiga-tiga pokok rambutan yang ada di laman ni berbuah agak lebat dan kini sudah mula masak. Ada yang sudah masak ranum, merah pekat. Ada yang nampak kekuning-kuningan. Masak secara berperingkat. Elok la tu, tak rusak dan sempat adjust. Dapat le petik buah segar pada jangka masa yang lebih panjang.

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini dua pokok rambutan 'anak sekolah' merah tu dah beberapa musim berbuah, jadi saya dah tau bentuk dan citarasanya. Tapi pokok rambutan yang ketiga ni belum pernah berbuah sebelum ni, kiranya ini baru belajar berbuah le kan. Mengikut teori dan tuan nurseri tempat saya beli anak pokok ni iaitu kira2 4 tahun dulu, katanya ini anak rambutan kuning atau orang Kelantan selalu panggil rambutan 'gula batu'. Maka harapan di hati teori menjadi realiti. Tapi semenjak keluar buah tempoh hari saya dah perasan dah ni nampak macam rambutan merah 'anak sekolah' jugak ni. Hmmm maka setelah buah dah masak ranum ni, memang sah without reasonable doubt rupenya yang kita dok kata rambutan kuning tu, sebenarnye ialah dari species rambutan merah. Nak buat macamana, dah rezki kite. Alhamdulillah.

Jadi pagi ni sempena hari minggu, ada le masa saya dok meninjau laman rumah di kesegaran udara pagi. Wow kelihatan buah2 rambutan bergayutan. Yang syoknye dapat di petik di hujung jari dan terus di kupas untuk dirasa kesegaran dan
kerangupannya. Nikmat tu. Sementelah itu saya snap le bebrapa keping gambar dari pelbagai sudut sebagai kenang-kenangan dan tatatpan pengunjung blog Keringat ini.

4 comments:

amir acap said...

pergh....bez gle tgk tige2 pokok rmbutan berbuah lebat..petik, trus mkn je..hehehe..

fzi said...

syukur alhamdulillah....best, sedap....ada dua tiga orang kawan mama yang datang hari tu tegor rambutan kat laman tu...masa tu belom ada yang masak lagi.... nampaknya kena bawak satu plastik pegi surau Rabu nanti makan ramai2... :)

School Of Tots said...

InsyaAllah kita akan bagi jiran2 dan kawan2 rasa buah rambutan ini. Walaupun kat pasar malam harga RM2 sekilo je, tapi nikmat bin nikleh bila dapat merasa dari hasil tanaman sendiri. Alhamdulillah.

mrGHA said...

best..makan rambutan yg dipetik dr pokok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...