Sunday, April 13, 2014

Lamb Chop Cara Mudah




Alhamdulillah hari ini saya sekeluarga lunch homemade kombinasi lamb chop dan chicken chop hasil kretiviti dan skil memasak isteri tercinta. Resepi chicken chop boleh dirujuk ke blog FZ Menu yg kini sudah dikunjungi oleh 78,762 pengunjung utk posting resepi chicken chop sahaja. Ia menjadi posting terlajak popular daripada 186 resepi yang dikongsikan. 

Keseluruhan page view untuk FZ Menu sekarang sudah mencapai 952,358 visitors iaitu sudah dekat satu juta pengunjung. Wow...saya pun naik heran bin ajaib. Purata pengunjung ialah 850 orang sehari (meningkat 1,000 sehari di bulan Ramadan). 

Blog FZ Menu ialah wadah isteri saya untuk berkongsi ilmu memasak dan aneka resepi. Blog FZ Menu menemui pembaca di alam siber ini bermula semenjak 10/6/2009. Alhamdulillah. Semoga ia menjadi ilmu bermanfaat peninggalan isteri tercinta buat umat ini yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Dalam posting ini sesuai dengan tajuk yang tertera di atas, saya ingin kongsikan resepi homemade Lamb Chop bagi manfaat kita semua..

1. Daging Kambing (Lamb)


  • Sediakan 7 keping daging kambing. Boleh di beli di Hypermarket berdekatan. Basuh sampai bersih. Tos sampai sejat airnya. Lumurkan dengan sedikit garam. Perap seketika (1-2 jam). Sediakan tepung gandum digaul dengan lada hitam yang ditumbuk. Celup dan balik2kan daging kambing dalam tepung lalu digoreng dalam minyak yang penuh dengan api dapur sederhana. Bila sudah separa garing, boleh tos dan angkat. Masukkan dalam bekas berlapik kertas tisu untuk sejatkan minyaknya. 


2. Penyediaan Sos


  • Tumbuk bawang puteh dan halia. Tumiskan. Masukkan lada hitam yang ditumbuk diikuti dengan air masak. Kemudian tambahkan sos tomato serta sedikit kicap (fungsi kicap nak kasi kaler sos cantik supaya color nampak gelap sikit). Campurkan sedikit tepung gandum supaya sos jadi likat. Perasakan dengan garam dan gula.


3. Penyediaan Aksesori Hiasan


  • Kentang wedges - Goreng kentang kemudian gaulkan dengan sedikit margerin dan sos lada hitam
  • Cole Slaw
  • Whip Potato
  • Daun salad
  • Buah tomato
  • Sayur brocoli dicelur sekejap
  • Carrot -  ikut kreativiti masing2



Ok selamat mencuba, Anak lelaki saya yang sedang menuntut engineering di UIA itu pun dah terer buat, takkan Tuan2 atau Puan2 tak boleh try kot. Senang sahaja. Renung2kan dan selamat beramal.

Untuk resepi homemade yang lain jangan segan untuk klik blog fzmenu. Ada 151 resepi pilihan dari A to Z untuk di cuba. Masak dan usha sendiri lebih membawa berkat kepada keluarga tercinta.

@@@

Thursday, April 10, 2014

Aneka Bunga Kertas Di Laman

Wow.... meriah la pulak bunga kertas beraneka warna di laman ni. Mungkin cuaca panas kebelakangan ini yang di selangi dengan hujan renyai telah menyuburkan pokok2 bunga kertas yang isteri saya maintain sejak sekian lama. Rasanya tidak kurang daripada 20 species bunga kertas yang ada.

















Tapak Pejalan Kaki Refleksologi

Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan laman. Makanya pada hari minggu lepas tika berkunjung ke Sg Buloh isteri saya pun membeli 5 keping tapak simen berbatu refleksologi dari sebuah kedai kelengkapan nurseri yang memang kami sudah biasa berurusan. Kami memilih design dan bentuk batu yang sesuai supaya bila pijak nanti tidak tajam sangat. 

Setelah di susun di laman iaitu berdepan dengan area foyer bertentangan dengan buai kayu, maka saya pun mengambil cangkul 'cok betul' dan mula membuat petak sebagai tapak untuk di letak tapak pejalankaki tadi. Saya mebuat petak segi empat sama yang kedalamannya 1 inci saja, supaya tidak terlalu tenggelam dan di jalari rumput laman pula. Selepas setengah jam fokus maka wallaaa....satu hasil kerja yang boleh dibanggakan juga.









Baja Taik Ayam

Pada hari sabtu lepas saya dan isteri ke Sg Buloh dan singgah sat di nurseri sambil dok cari anak pokok bunga kertas untuk tambah koleksi, baja tahi ayam gred tinggi, tanah subur, dan item baru iaitu tapak pejalan kaki refleksologi...




Sunday, April 6, 2014

Pisang Abu@Kebatu dan Nangka Madu







Alhamdulillah setelah penantian yg agak lama maka semalam pokok pisang abu atau pisang kebatu ini telah ku tebang untuk mengambil hasil buahnya sebanyak 4 sikat yang berjumlah 34 biji pisang semuanya. Setelah sikat pisang di lerai daripada tandannya, maka pisang2 ini di bungkus dgn kertas surat khabar sebagai proses peram supaya cepat masak dalam tempoh dua tiga hari ini. Seronok menikmati hasil tanaman sendiri. Saya banyak juga tanam pisang pelbagai spesis di laman rumah.

Pokok nangka madu depan rumah berbuah sebanyak 8 biji. Memang pokok nangka yang saya tanam beberapa tahun lalu ini sangat rajin berbuah. Dua biji telah selamat di tuai hasilnya tempoh hari. Semalam bila saya check 6 biji lagi yang setia bergayut, di dapati sebiji sudah ada bau dan bila di picit kulitnya ada sedikit lembut. Sah sudah masak. Maka Alhamdulillah rezki lagi yang Allah kurniakan. Nangka madu ini memang baka baik punya. Apa tidaknya, dia punya isi fuyooo memang manis tahap gaban. Isinya kental dan sedap.

@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...