Tuesday, July 23, 2013

Nangka Kuning

Nangka kuning ini agak special. Isinya kuning dan kering. Rasanya manis yang sederhana. Memang best. Pokok yg ada di laman saya ini tak sebesar mana pun. Ini kali kedua buahnya menjadi, namun saiz buahnya jauh lebih kecil berbanding dengan kali pertama dulu. Mungkin kekurangan baja atau tanah yang tidak subur sangat. Anyway walaupun kecil buahnya elok dan tiada bahagian yang rusak. 


Saiz Kecik Macam Buah Durian
 
Buah Elok Tidak Rusak

Isi Kuning Memang Best


Tuesday, July 16, 2013

Nangka Yang Enak

Pokok nangka sebatang kat depan rumah ni sangat rajin berbuah. Buah pertama yg masak sudah saya khabarkan pada posting terdahulu. Kini tiba masanya untuk buah yang kedua. Pada 5 Ramadan ia masak ranum. Saya tak perasan tapi baunya semerbak telah mendetikkan saya untuk pi check. Ya benar sudah masak. Malah satu suku sudah mula rusak. 

Anyway saya teruslah membelah dan meneroka sebiji nangka kurniaan Allah ini. Subhanallah hebat ciptaan Allah. Buahnya yang kuning keorenan itu tersusun elok di celah2 serat2 ibarat rumpai itu. Buahnya tidaklah besar sangat tapi isinya agak banyak juga. Bagi memudahkan proses memakan untuk para pemakan nanti dan mencetus selera untuk ngap maka saya dengan rela hati terus saja keluarkan bijiknya tika mengeluarkan buah2 nangka madu ini. Hasilnya marvellous. Semua suka. 

Sempena Ramadan yang mulia ini, isteri saya sedekahkan tiga tupperware buah nangka madu tanpa biji ini untuk di nikmati oleh tiga kelompok mahasiswa UIA yg sedang berjihad menutut ilmu Allah. Satu buat Iman di UIA PJ, satu buat Farihin di UIA Gombak, dan satu untuk anak sulong Amir juga di UIA Gombak Marhalah Farouk. 

Maka buah nangka kurniaan Allah ini telah dinikmati bersama-sama kawan sebilik masing2. Respon masing2 yang terpahat di SMS ialah "Sedap giler" @ "Manis bangat". Hebat ciptaan Mu ya Allah. Segar dan kering, manis sungguh dan enak benar buah nangka madu ini. Alhamdulillah. Kami syukur pada Mu.




 



Tuesday, July 9, 2013

Tebu oh Tebu

Yes sir air tebu time. Semalam 10 batang tebu telah ditumbangkan. Nak pi upah mesin hari ni. Akan di pek dalam bag plastik dan di simpan dalam freezer. Akan defrost ikut keperluan. Dapat lah buat bekalan untuk buka puasa sepanjang Ramadan ini. Alhmadulillah.



Pulut Durian

Beli durian hutan yang fresh di KKB semalam. Dah lama tak merasa keenakan durian ni. Sambil tu isteri sediakan juadah pulut durian. Memang ada class.




Tembikai Ice Blended

Pada hari minggu lepas beli tembikai dua biji di Tesco. Harganya cuma 99sen se Kg. Jadi dua biji tu cuma RM7.50 sahaja. Dalam suasana cuaca panas ni memang best makan hirisan buah tembikai. Sambil tu semalam saya blend hirisan tembikai ini untuk jadikan air tembikai yang sungguh sedap. Tambah sedikit gula, ketulan ais dan air sejuk. Blend secukup rasa dan nikmati kelazatan minuman ori yang semulajadi. Alhamdulillah.




Nangka Madu Enterprise

Alhamdulillah sebiji nangka madu antara enam biji yang bergayutan di dahan pokok telah dapat di tuai. Tanda masak ialah bila kita dapat bau aroma buahnya, maka itu tanda sudah masak dan boleh di ambil buahnya dari pokok. Lima biji yang lain tu belum ada bau lagi. Harapnya sepanjang bulan Ramadan ini masak satu persatu, jadi bolehlah di bawa ke masjid buahnya untuk dinikmati oleh ahli khariah.





Wednesday, July 3, 2013

Cucur Kodok

Don't worry no kodok inside. It is just a name of this very economical food or snack. I think it should solve world hunger problem. Just imagine one kilogram of flour cost about RM1.50 can actually produce maybe 200 pieces of cucur kodok. Eating 20 pieces each can really feed about 10 adult persons at one go. Wow breakfast or lunch for 10 adults that cost RM1.50 only with air kosong off course. Yes sir. My solution to world hunger !! No more starvation. Period.

Secret Recipe:
1. Stir flour with water till mix well and add a bit of salt.
2. Add slice of onions and ikan bilis/udang if you wish.
3. Fry it in hot cooking oil til well done.
4. Dry it on piece of paper and ready to serve.

Cucur Kodok Enterprise
Best Eat after dip in Chilli Sauce and Sugar

Monday, July 1, 2013

Ketupat Sotong

Weekend lepas isteri saya memenuhkan hajat saya yang sekian lama mengidam ketupat sotong @ pulut sotong. Ketupat sotong ini adalah dalam kategori snek atau desert, bukan main course atau lauk-pauk. Sotong yang bersaiz kecil menjadi peberet saya kerana boleh di ngap dengan sekali ngap bersama kuah pekat warna coklat itu. Tapi awas rasanya yang manis mungkin tidak manis untuk pesakit kencing manis. Namun begitu setakat nak menyantapnya sekali setahun atau dua kali setahun atau sekali sebulan rasanya tidak mendatangkan mudarat yang besar. Nasihat peribadi saya ialah makanlah apa jua hidangan yang terlintas di fikiran dengan kadar berpatutan tika mulut dan lidah boleh merasakan nikmat makan. Kerana akan tiba satu masa nanti apa pun tak boleh di makan atau di minum lagi. Apatah lagi jika sudah mati. Jadi saya amat berpantang orang yang berpantang. Makan je apa yg patut. Hidup bukan untuk makan tapi makan adalah salah satu nikmat hidup. Nikmat saya pada weekend lepas ialah dapat santap Ketupat Sotong. Jangan marah. Yami yami sedap giler..



Ketupat Sotong Yang Selamba Rock
Bersama Kuah Coklat Yang Manis Dan Lazat

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...