Ketupat Sotong Yang Selamba Rock Bersama Kuah Coklat Yang Manis Dan Lazat |
Monday, July 1, 2013
Ketupat Sotong
Weekend lepas isteri saya memenuhkan hajat saya yang sekian lama mengidam ketupat sotong @ pulut sotong. Ketupat sotong ini adalah dalam kategori snek atau desert, bukan main course atau lauk-pauk. Sotong yang bersaiz kecil menjadi peberet saya kerana boleh di ngap dengan sekali ngap bersama kuah pekat warna coklat itu. Tapi awas rasanya yang manis mungkin tidak manis untuk pesakit kencing manis. Namun begitu setakat nak menyantapnya sekali setahun atau dua kali setahun atau sekali sebulan rasanya tidak mendatangkan mudarat yang besar. Nasihat peribadi saya ialah makanlah apa jua hidangan yang terlintas di fikiran dengan kadar berpatutan tika mulut dan lidah boleh merasakan nikmat makan. Kerana akan tiba satu masa nanti apa pun tak boleh di makan atau di minum lagi. Apatah lagi jika sudah mati. Jadi saya amat berpantang orang yang berpantang. Makan je apa yg patut. Hidup bukan untuk makan tapi makan adalah salah satu nikmat hidup. Nikmat saya pada weekend lepas ialah dapat santap Ketupat Sotong. Jangan marah. Yami yami sedap giler..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TRAVELOG UMRAH #2
Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
No comments:
Post a Comment