Tuesday, July 16, 2013

Nangka Yang Enak

Pokok nangka sebatang kat depan rumah ni sangat rajin berbuah. Buah pertama yg masak sudah saya khabarkan pada posting terdahulu. Kini tiba masanya untuk buah yang kedua. Pada 5 Ramadan ia masak ranum. Saya tak perasan tapi baunya semerbak telah mendetikkan saya untuk pi check. Ya benar sudah masak. Malah satu suku sudah mula rusak. 

Anyway saya teruslah membelah dan meneroka sebiji nangka kurniaan Allah ini. Subhanallah hebat ciptaan Allah. Buahnya yang kuning keorenan itu tersusun elok di celah2 serat2 ibarat rumpai itu. Buahnya tidaklah besar sangat tapi isinya agak banyak juga. Bagi memudahkan proses memakan untuk para pemakan nanti dan mencetus selera untuk ngap maka saya dengan rela hati terus saja keluarkan bijiknya tika mengeluarkan buah2 nangka madu ini. Hasilnya marvellous. Semua suka. 

Sempena Ramadan yang mulia ini, isteri saya sedekahkan tiga tupperware buah nangka madu tanpa biji ini untuk di nikmati oleh tiga kelompok mahasiswa UIA yg sedang berjihad menutut ilmu Allah. Satu buat Iman di UIA PJ, satu buat Farihin di UIA Gombak, dan satu untuk anak sulong Amir juga di UIA Gombak Marhalah Farouk. 

Maka buah nangka kurniaan Allah ini telah dinikmati bersama-sama kawan sebilik masing2. Respon masing2 yang terpahat di SMS ialah "Sedap giler" @ "Manis bangat". Hebat ciptaan Mu ya Allah. Segar dan kering, manis sungguh dan enak benar buah nangka madu ini. Alhamdulillah. Kami syukur pada Mu.




 



No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...