Saturday, July 21, 2012

Lemon Power



Pokok lemon saya ni rajin bebenau dia berbuah. Mungkin sebab kawasan redup dan tanah yang subur. Lokasinya di tepi rumah saya sebelah dapur. Segala air beras dan yang sewaktunya di buang di pangkal pokok, maka agak bervitamin tanahnya. Alhamdulillah buahnya tak putus2, ada je di sebalik daun yang rimbun.


@@@










Saturday, July 14, 2012

Maintenance Work



Sudah lama kami suami isteri tak berkebun membersih laman rumah. Maka pagi tadi sampai seru agaknya, maka buatlah kerja2 maintenance sikit. Habis luka2 kecil di tangan kena duri ranting bunga kertas. Harapkan anak2 memang liat belaka. Anak jantan pulak tak balik minggu ni kerana menyertai perhimpunan oren di Jalan Duta dan perhimpunan hijau di Kuala Selangor, katanya. Anyway dua muatan yang overflow dalam kereta tolak yang sangat berjasa walaupun sudah cacat sebab rodanya tak bertayar sempurna, telah berjaya dinyahkan di tepi bukit sana.



@@@

Kelapa Gading Rajin Berbuah





Sungguh artistik buah2 kelapa gading ini. Kuningnya lain macam, agak keorenan sikit. Kulitnya licin dan gebu. Sungguh cantek. Hebat sungguh ciptaan Allah ini. Pernah tak anda fikirkan macamana air kelapa itu boleh berada dalam buah kelapa? Kerja Allah belaka. Tak tercapai fikir dek akal manusia yang cetek.


@@@

Pokok Tanduk Rusa Hidup Subur







Pokok tanduk rusa nampaknya hidup subur di batang kelapa pandan, kini sudah cukup satu lilitan penuh. Mungkin keredupan daripada sinar sang suria menggamit kesuburan itu. Mungkin juga sisa-sisa reput tandan buah kelapa menjadi penyuntik vitamin dan baja yang berkesan. Apa pun yang penting pokok tanduk rusa ini makin hari makin sedap mata memandang. Itulah satu lagi kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah untuk sama2 kita renung dan fikir.



@@@

Bunga Kertas Kembang Di Taman












Bunga Kertas kembang dengan agak meriah dan berwarna-warni. Ada species ynag durinya mak datuk mengalahkan jarum tilam, sangat bahaya untuk perahu2 kecil. Pagi tadi pulang dari pasar, saya dan isteri buat aktiviti outdoor mencantas ranting2 bunga kertas yang sudah overflow. Kira maintenance work untuk memantau ranting2 yang melilau hingga menggaggu lalulintas. Penat la juga kami berdua. Di samping tu ambil peluang la juga untuk clearkan pokok2 lain yg juga sudah lama terabai.


@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...