Saturday, July 14, 2012

Maintenance Work



Sudah lama kami suami isteri tak berkebun membersih laman rumah. Maka pagi tadi sampai seru agaknya, maka buatlah kerja2 maintenance sikit. Habis luka2 kecil di tangan kena duri ranting bunga kertas. Harapkan anak2 memang liat belaka. Anak jantan pulak tak balik minggu ni kerana menyertai perhimpunan oren di Jalan Duta dan perhimpunan hijau di Kuala Selangor, katanya. Anyway dua muatan yang overflow dalam kereta tolak yang sangat berjasa walaupun sudah cacat sebab rodanya tak bertayar sempurna, telah berjaya dinyahkan di tepi bukit sana.



@@@

2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Izinkan saya singgah. Maaf, saya telah pun sebenarnya mampir ke beberapa paparan sdr yg memang menyeronokkan. Apa pun mengenai alam, hidup2annya, apatah lagi tumbuh2annya, memang amat saya gemari.

Pasti bahagia dapat berganding bahu dgn suri rumah membersihkan kawasan. Saya agak mesti luas kawasan sdr itu. Tentulah sentiasa ada saja ruang yang berterusan boleh menjadi tempat mengeluarkan peluh dan menabur budi. Di manalah agaknya sdr.... Saya di Bdr Baru Bangi. ketemu lagi!

School Of Tots said...

Wa'alaikumussalam. TQ Pak Temuk sudi singgah kemari. Teruja bila melihat hasil usha sendiri menghijau subur dan terjaga. Cuma kadang tu agak lama lekanya hingga tidak terurus. Sesekali mengamuk maka kembali menyejuk mata dan mendamai rasa, apatah lagi bila suri di sisi menemani memnatau laman ini. Kami di daerah hulu selangor.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...