Tuesday, October 8, 2013

Pisang Nangka

Penantian selama 3 tahun telah berakhir. Pokoknya sikit punya besar macam kayu balak. Tunggu punya tunggu. Daunnya yang lebat. Tapi akhirnya minngu lepas ku lihat di sana ada jantung pisang tergantung di pokok ini. Yahooo....syukur ya Allah. Pisang nangka yang di tunggu akhirnya membuahkan hasil dengan izin Mu. Amiiin.

Jantung Bersaiz Besar Pisang Nangka

Batang Pisang Ini Sungguh Besar Dan Buahnya 4 Sikat

Pisang Dua Biji

Pisang yang satu lagi ini agak pelik. Batangnya kurus macam kena penyakit TB. Saya siap ikat kat pagar takut tumbang. Memang tunggu masa nak KO. Tapi kuasa Allah telah melahirkan sesuatu yang luarbiasa. Batang pisang yang tampak berpenyakit dan hampir gugur merebah bumi itu berjaya menghasilkan buah pisang sebanyak dua bijik yang sihat. Alhamdulillah. It's a miracle. Nampaknya macam pisang nangka jugak. Atau mungkinkah pisang tanduk versi saiz kecik? Entah lah Labu.

@@@

Laman Bersih

Pada hujung minggu lalu, Alhamdulillah sempat buat apa yang patut. Cantas daun pisang, clearkan rumpai perosak, pelepah daun tebu dan akhirnya daun2 pokok nangka di luar sana. Sarat kereta tolak oren tu. Minggu sebelumnya sudah membaja dan mesin rumput. Kebetulan pula beberapa menjak ini hujan turun, maka tanaman tampak subur. Yang penting hasil usha keringat sendiri membuahkan kepuasan yang lebih kalau nak bandingkan dengan mengupah orang maintain laman. Di samping dapat jimat belanja. Maklumlah kalau upah orang tidak kurang RM100 per sesi rasanya.

Kelompok Bunga Kertas Ini Tampak Meriah Berwarna Warni

Sudut Buaian Yang Mengundang Santai

Pokok Rambutan Sudah Memutikkan Buah

Setiap Kali Buat Maintenance Sarat Kereta Tolak

Sudut Santai Bawah Pokok Kelapa Pandan

Bunga Kertas Pink Rajin Berbunga Bila Di Bubuh Baja Paksa Bunga

Santai Lagi Kita Di Ruangan Bawah Pergola

Sunday, October 6, 2013

Ikan Percik Special

"Yang, masak ikan percik boleh?" pinta saya pada isteri setelah berkunjung ke pasar pada pagi nya. Sudah agak lama teringin nak makan ikan percik. Dipendekkan cerita hajat ini telah dipenuhi. 

Isteri saya telah menggunakan kepakarannya dalam menyediakan ikan kembong percik bersaiz sederhana yang delicious dan special ini. Kebetulan pula petang nanti ada program ziarah dua anak kami di UIA Gombak. Jadi kami akan menjamu selera 'homemade' ini bersama anak2 di sana. 


Kami memilih satu nice spot di tepi anak sungai di tengah2 kampus UIA Gombak ini iaitu di Cafe' Econs. Suasana sunyi hujung minggu dan ketenangan aliran air dan keindahan pemandangan serta deruan angin sepoi2 bahasa telah menyerlahkan santai dan memanafaatkan masa berkualiti kami sekeluarga. 


Resepi istimewa ikan percik Kelantan ini boleh didapati pada pautan Fzmenu. Selamat mencuba kepada anda pencinta ikan percik sekelian.


Sungguh Lazat Ayam Percik Kelantan Ini

Panggang Ikan Dengan Api Kecik Atas Dapur Gas
Menggantikan Bakaran Menggunakan Bara Panas

Gravy Percik Mestilah Power Baru Kesedapannya Terserlah

Sejuk Mata Memandang Di Cafe' Econs UIA
Lebih Berseri Dengan Hidangan Yang Berselera


RESEPI IKAN PERCIK 
  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping

Caranya:


  1. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  2. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  3. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  4. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  5. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan kuah semasa menghidang.

@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...