Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit catatan saya secara travelog sebagai rekod kami.
Ahad 8/1/2023
Anakanda, menantu, cucu2 send us off at klia on 8/2/2023 around 2:30pm. We spend around 2.5 hrs together. Then kita pun berpisah around 5:15pm bila kami kena masuk boarding area. Tukar pakai ihram di surau gate 24 around 6:30pm & solat sunat ihram. Flight MH156 sepatut grak pk 7:00pm tapi delay, pk 8:00pm baru take-off. Jenuh menunggu dlm flight. Landing di king abdul aziz airport 12:30am waktu jeddah. Then grak dgn bas #4 ke mekah. Sampai dimekah around 3:30am. Selesai checkin Hotel Tower 3 dekat dgn waktu subuh. So solat subuh kat dataran masjidil haram. After breakfast mutawif mintak berkumpul di lobi hotel at 7:30am bagi memulakan misi umrah. Sgala 13 pantang larang mesti dijaga bermula niat dlm flight di miqat qanul manazir masa dlm flight 1hr sebelum mendarat tadi.
Isnin 9/1/2023
Mutawif ust idham membimbing kami ke dataran kaabah bagi tawaf umrah 7 pusingan. Usai tawaf saya mendirikan solat sunat tawaf & minum air zam zam. Seterusnya grup kami seramai 39 org berkumpul utk ke laluan saei. Maka ibadah saei bermula di bukit safwa. Berlari2 anak di lampu hijau. Halfway saya exit ke tandas. Isteri meneruskan perjalanan saei. Saya kembali namun rasanya sudah terpisah sebanyak dua pusingan drp isteri dan grup. Saya memulakan semula saei saya fresh dari bukif safa. Kemudian setelah tamat 7 pusingan, saya mencari2 isteri di bukit marwa namun tidak berjumpa. Saya assume isteri sudah selesai bertahlul dan pulang ke hotel. Rupanya ada drama @ujian berlaku bila isteri sesat dan tidak jumpa jln pulang. Namun setelah mendapat bantuan drp insan2 prihatin maka akhirnya dia selamat sampai ke destinasi. Emosinya sedikit tercalar dgn rasa sedih. Itulah ujian di tanah haram yg menguji sabar. Manakala saya menjadikan clock tower sebagai landmark utk mencari arah pulang. Saya terus menuju ke lorong bersebelahan hotel safwa utk bercukur. Ramai agen2 barber mencari customer utk ofer servis cukur kepala dgn fee R10. Selesai bertahlul dgn bercukur. Alhamdulillah tertunai sudah ibadah umrah saya.
Selasa 10/1/2023
Hari ini ziarah ke kawasan berdekatan mekah. Melalui mina, mulzalifah, dan arafah. Kemudian singgah ke jabal rahmah, titik pertemuan antara adam dan hawa. Dan nabi dikatakan menyampaikan khutbah terakhirnya di sini, usai mengerjakan haji. Kemudian kami singgah di miqat jaranah utk berniat umrah. Selepas lunch kami dibimbing oleh mutawif utk mengerjakan umrah ke-2. Kali ini kami menaiki skuter di tingkat 3 utk tawaf dan saei. Sewa skuter ialah R230 utk dua org.
Rabu 11/1/2023
Hari ini adalah free day. Saya turun ke dataran kaabah sekitar pukul 3:45am. Dimulai dgn tawaf sunat 7 pusingan. Usai habis pusingan ke-7 berkumandang azan pertama subuh iaitu sejam awal drp waktu masuk subuh. Maka saya pun beransur ke bhg blkg mengadap hijr ismail dlm sof2 yg mula terbentuk. Maka saya pun mendirikan solat2 sunat mlm yg disudahi dgn solat witir. Selepaa bersarapan saya dan isteri pun ronda2 kat kedai2 di kompleks hotel safwa. Isteri beli 10 + 3 tasbih kayu koka berharga R200. Kemudian isteri beli jubah hitam 3 helai utk diri sendiri & 3 helai utk anak2 dan menantu perempuan berjumlah R600 kesemuanya. Saya pula membeli dua helai jubah puteh premium R100 & R90. Kemudian kami layan minum teh tarik yg mmg best di kedai D'Saji di level 3 komplek hotel safwa.
Khamis 12/1/2023
Alhamdulillah saya dan semua roomates bangkit dan bersiap sekitar 2:00am dan turun ke dataran kaabah sekitar 2:30am utk melakukan tawaf wada bagi menzahirkan ungkapan selamat tinggal mekah bermusafir ke bumi hijrah nabi SAW yg pertama iaitu Taif, iaitu melebihi jarak dua marhalah. Perjalanan dgn bas mengambil masa kurang lebih 2 jam.
Jumaat 13/1/2023
Alhamdulillah dpt masuk melalui gate 90 pagi ini utk solat fardu subuh. Gate 90 mmg direct dgn pintu lobi hotel Tower 3, sekitar 50m. Kaki dan tumitku yg agak sakit slps tamat saei bagi umrah ke-3 mlm tadi seolah healing bila memijak karpet di dewan solat. Tenang dan mendamaikan. Saya ambil peluang utk lepak2 beriktiqaf bersama jemaah yg lain. Pengisian zikrullah, istighfar, doa, baca quran, dan disudahi dgn solat dhuha. Saya beransur utk sarapan di tingkat 6 hotel sekitar pukul 7:15am. Lif hotel mmg slow bangat & merupakan satu kekurangan yg ketara di hotel Tower 3. Masya-Allah. Selepas asar melusuri kedai2 di safwa tower, juga pekena teh tarik & roti canai R30.
Sabtu 14/1/2023
Melakukan tawaf wada pada pk 9:00am. Checkout hotel pukul 12:30pm dan bertolak ke madinah pk 2:30pm. Sampai 10:00pm. Stay di AlRawda Royal. Nice hotel cuma bilek agak kecil. Food kat M floor pun quite variety and good. Short distance je ke masjid nabawi via gate 330, direct to entrance 17 & 18. My wife bagitau tadi rupanya lorong dan gate yg sama kami guna last time masa stay di hotel Hotel Elaf Grand Al Majdee ni rupanya telah di take over oleh hotel Taiba. Dulu gate 330 tu dinamakan gate 18. Kami dilorongkan di lorong yg sama. Di depan hotel kami ialah Taiba Front Hotel & Taiba Suites Hotel.
Ahad 15/1/2023
What happen? Tak ingat apa yg dibuat. Yang pasti solat di masjid nabawi utk setiap solat fardu. Time free byk berehat & tidur kat bilek utk recover penat travel 8 jam dari mekah.
Isnin 16/1/2023
Hari ni ziarah masjid quba, masjid khandaq, kebun kurma, & bukit uhud. Kat kebun kurma saya beli kurma, pistachio, & buah tin R135. My wife beli kurma & buah tin R105. After zohor sempat melontar lagi. My wife beli jubah utk 4 cucunya. Saya beli kacang R15. Dok pusing2 cari kedai ahmad albab yg direkomen oleh tiram last time. Rupanya dah tutup kedai, bankrap kot. Then balik tu siap kemas2 bag sikit, luggage tu dah settle packing. Looks & feel good. Petang tadi hantar baju kotor guna khidmat laundry hotel, 1kg R15. Time byr kena R30, 1kg lebih la tu. Kalau dia tipu takpe saya niat sedeqah. After isyak terus dinner kat M level with wife. Then balik bilek rehat, sebab nanti pk 1:30am kena pi Q for raudah visit ke-2 yg di book guna app nusuk.
Selasa 17/1/2023
Ada ziarah tambahan dgn fee R60, tapi I dont feel like going. Badan dah penat lain macam. Alhamdulillah bersiap utk ke raudhah kali ke-2, turun dari hotel pk 2:00am. Permit via app nusuk ialah pk 3:00-3:30am. Q agak panjang dan melepasi chekpoint sekitar 2:40am. Ramai juga yg di usir kerana tiada permit. Menunggu di area karpet hijau sekitar 30min. Alhamdulillah dpt solat sunat di raudhah 12 rakaat. Aku mohon diberi syafaat Nabi di akhirat nanti. Keluar dari raudhah sekitar 3:40am. Itiqaf di ruang depan bawah payung iaitu sempadan masjid nabawi yg ori.
Rabu 18/1/2023
After subuh breakfast with wife at M floor. Then pi round2 sekitar hotel. Beli jubah sehelai utk abg. Mama beli cermin solek cute utk anak2 & kwn2 masjid. Tambah beli buah tin 1kg. Saya beli aiskrim & pepsi. Cuaca sejuk 12°c. Time maghrib saya rasa nak demam, mungkin sebab solat dlm cuaca sejuk kat luar. Time isyak terus masuk kat dlm masjid. Dinner pun skadar alas perut sebab tak selera. Balik bilek telan ubat demam & kemam ubat sakit tekak. Tidur pk 10:00am. Besok bangun solat mlm & subuh terakhir di masjid nabawi.
Khamis 19/1/2023
Luggage dah kena ready for pickup at 8:00am di tingkat 3. Then lunch at 11:00am before checkout at 12:00pm. Then solat zohor jamak with asar di masjid. Ambk bag kat lobi pk 3:00pm & naik bas to airport. Flight schedule to takeoff at 7:00pm. Goodbye madinah. Bertolak pulang ke Malaysia.
Jumaat 20/1/2023
Sampai malaysia, plannya anakanda and cucunda tunggu kat klia around 12:00pm. Namun satu bagasi kami missing. Pihak mutawif telah mengambil tindakan menghantarnya dlm next flight, and hand delivered to us. TQ ustaz idham. Badan masih deman. Anakanda dah bwk ke klinik. Rest & recovery time for a few days.
***
EXPENSES - R1,480
Jubah R90
Jubah R100
Jubah 5xR20=R100
D saji R10 ...R300
D saji R30
Madu R50
BinDawood R50
Kurma R135
Skuter R115
Kacang R15
Dobi R30
Infaq sabil R40
Infaq mekah R50
Simkad R50
Kopi thoif R30
Jubah abg R90
Fee bag airport R30 ...R1000
Mama R150
Shawarma R40 ...R1190
Kufiah R30 ...R1220
Kufiah R12 ...R1232
Minyak wangi R45 ...R1247
Cukur R10 ...R1272
#TravelogUmrahDanZiarah
#AndalusiaTravel
No comments:
Post a Comment