Saturday, May 24, 2025

LAMAN IMPIANA IMAN

Saya sangat bersyukur atas segala nikmat yg tidak terhitung banyaknya yg telah Allah kurniakan utk saya sekeluarga.


Begitu juga laman rumah saya ini. Saya dan isteri yg membuat A to Z secara DIY, tidak pernah upah orang hatta utk ratakan top soil dan tanam rumput masa mula2 pindah dulu, back at the end of 2002. Keringat kami menjadi saksi.


Ada rumah okid, ada pergola, ada kawasan lapang dgn rumput hijau, dan pelbagai spesis bunga kertas dlm pasu2 besar.


Pokok2 pisang pun banyak daripada spesis pisang lemak manis, pisang awak, pisang nangka, pisang tanduk, pisang lang, pisang kebatu, pisang abu. Rasanya tak kurang drp 30 pokok.


By the way sepohon klapa pandan dan sepohon klapa gading yg sangat berjasa kpd kami lebih 20 tahun itu sudah menjadi tinggi dan sukar utk menjolok buahnya. Lalu tahun lepas kalau tak silap saya upah orang tebang. Memberi transisi laman menjadi agak lapang, krana satu drp 3 pokok rambutan juga ditebang. So skrg tanam dua anak klapa pandan utk ganti, baru setinggi 5'.


Antara pokok lain yg sudah saban tahun berbuah ialah pokok mangga harum madu, dan dua pokok rambutan anak sekolah.


Saya juga tanam dua pokok betik yg satunya sudah mula berbuah. Edisi terbaru saya tanam last month dua pokok durian D99, katanya boleh mula berbuah dlm masa dua tahun.


Pokok2 lain ialah pokok kantan yg memang berbunga (bunga kantan) tak ikut musim. Ada sepohon pokok lemon, sepohon limau kasturi, sepohon limau barli, sepohon limau purut, sepohon belimbing buluh, dan tiga pohon mangga, sepohon pokok dokong, sepohon kedondong yg berbuah tidak bermusim, sepohon ciku.


Pelbagai spesis pokok hiasan, ni specialty isteri saya. Siap dibuat cenderahati kpd tetamu anak2 pokok yg disemai dlm pasu2 kecik.


Terdapat juga pelbagai jenis pokok ulam2an termasuklah pokok pegaga, belalai gajah, serai kayu, sambung nyawa, beluntas, hempedu bumi, bayam brazil, serai, daun pandan, pokok kari, bunga telang, pucuk gajus, pucuk ubikayu.


Saya abadikan beberapa imej laman di blog ini untuk rekod kami. Jazakallah.


@@@




























No comments:

LAMAN IMPIANA IMAN

Saya sangat bersyukur atas segala nikmat yg tidak terhitung banyaknya yg telah Allah kurniakan utk saya sekeluarga. Begitu juga laman rumah ...