Thursday, December 26, 2013

Lepok Durian

Beli Durian Borong Di Rawang
RM35 = 35 Biji

Kacau Lempok Durian Dalam Kuali
macam kacau dodol

Pada hari Rabu lepas on the way balik selepas menghantar anak ke UIA, lalu kot Rawang. Depan Shell tu ada gerai durian. Nampak boleh tahan banyaknya. Jadi kami pun berhenti nak survey2 kot dapat harga patut. Saya serah urusan ni kat isteri kerana dia pandai deal dengan penjual tu. Towkey tu letak harga RM50 sebakul besar. Tawar punya tawar, end up dapat beli sebakul besar dengan harga RM35. Saya kira2 ada 35 bijik semuanya. Wow agak menarik, jatuh ke harga RM1 sebijik. Saiz besar2 jugak. Rezki betul la kan.

Balik rumah projek mengopek bermula. Isteri yang mengopek. Saya tolong sikit2 yang jenis payah nak kopek. Not bad, sebab semua buah baru. Pelbagai species termasuklah beberapa biji jenis D24. Alhmadulillah. Puas hati. 

Kami bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu makan terus fresh, nak buat lempok durian, dan buat tempoyak. Petang tadi isteri telah siap kacau lempuk dan siap packing untuk senang makan. Habis sakit urat seluruh badan katanya. Takpe dapat pahala, in shaa Allah. Saya pulak makan durian jenis tak boleh brek. Panas semacam seluruh badan. Inilah nikmat yang Allah kurniakan. Tak semua orang mendapatnya. Segala puji bagi Allah.

Cara2 nak buat lempok di sini. Resepinya: Isi durian, campur gula semangkuk, dan satu sudu kecil garam. Di kacau sehingga kering dalamkuali atas dapur gas yang api sederhana. Bila dah agak kering, api kena kecil takut hangit. Selamat mencuba. Rasanya sangat sedap.

@@@

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...