Sunday, June 23, 2013

Cili Hijau Besar

Cili hijau besar ini rajin berbuah. Last week bubuh baja tahi ayam. Cahaya matahari yg cukup memberikan suasana yg kondusif. Hari tu tak lebat sangat cilinya, tapi minggu ini saya lihat berjebak-jebak keluar cili besar ini. Salah satu kegunaan cili besar ini ialah di potong nipis2 dan di goreng bersama daging garam kunyit yg juga di potong nipis. Bila daging yg di goreng sudah agak garing barulah di masukkan hirisan cili besar ini bersama hirisan bawang besar. Godek2 sekejap dalam kuali dan siap untuk dihidang dalam pinggan.






2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum SOT

Cantiknya buah dan suburnya pokok cili itu. Masalah Pak Temuk masa menanam cili dalam beg plastik dulu ialah serangan benda-benda putih di bawah daun. Daun juga jadi berkerinting. Pak Temuk amat teruja betul melihat pokok dan buah lemon hijau SOT dalam entri bulan Mei lepas.

School Of Tots said...

Wa'alaikumussalam Pak Temuk. Terimakasih kerana sentiasa sudi singgah diblog saya dan meninggalkan komen yg sungguh bermakna. Semoga Pak Temuk sejahtara dan berbahagia selalu.

Alhamdulillah menjadi dan tumbuh subur pokok cili saya ini. Sebenarnya isteri yang tanam. Mungkin cahaya matahari yg cukup amat sesuai untuk pokok cili ini. Disamping itu baja tahi ayam gred premium juga mungkin digemarinya. Apapun semua milik Allah belaka. Setakat ini masih selamat dari serangan serangga putih itu.

Berkenaan pokok lemon itu pula, saya perhatikan ia gemar suasana yg agak redup sedikit. Bajanya juga baja tahi ayam gred premium dan air kepam, air basuhan ikan, air beras dsb.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...