CLICK my AD

Monday, November 29, 2010

Natural Air Freshner

Daun Pandan

Di Hiris Halus

Natural Air Freshner

Freshness In A Bowl



Pokok daun pandan yang ada di laman masih hidup subur, terus dominan di celah2 pokok tebu dan pokok limau nipis. Dah nampak macam bonzai. Salah satu fungsi daun pandan yang keharumannya semerbak itu selain dari menjadi penyeri apabila memasak nasi lemak, air sirap dan kueh mueh (e.g. sira & pengat pisang) ialah sebagai 'natural air freshner'.
Cara membuatnya:
  • Ambil 10-20 helai daun pandan
  • Basuh dengan air paip supaya bersih
  • Potong nipis-nipis
  • Jemur sekejap supaya kering
  • Masukkan dalam sarung dan digantung dlm kereta
  • Atau letakkan dlm bekas dan diletakkan dlm bilek air.

Baunya semerbak dan boleh tahan sehingga dua minggu. Baunya sebijik macam bunga rampai yang kita gunakan dalam majlis bercukur jambul atau selawat nabi. Boleh juga di letak dalam almari dan kabinet. Ia juga boleh menghalau lipas. Selamat mencuba. Go green !!

@@@

4 comments:

zul permatang badak said...

Bunga rampai, dibahagi bahagikan dalam majlis Maulidul Rasul, majlis cukur kepala. Biasanya saya simpan, wangiannya dapat bertahan agak lama juga....

School Of Tots said...

Betul tu Zul. Ni kiranya tradisi orang melayu. Harapnya dapat bertahan mengharung zaman.

mamawana said...

Mawana suker sangat daun pandan...masak nasi setiap hari kalu buleh nak buh daun pandan. harum dan menyelerakan.

School Of Tots said...

TQ Mamawana sudi singgah. Daun pandan ni memang harum dan sesuai di guna sebagai pewangi masakan. Buat air sirap pun elok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...