Sunday, April 5, 2009

Usia Yang Makin Berkurang



























Usia ku makin setahun berkurang hari ini. Aku lahir tahun 1964 pada bulan April 5 hb, iaitu 45 tahun dulu. Happy birthday to me. Bukanlah untuk di nyanyi2kan atau seronok2kan. Tapi untuk mensyukuri kerana Yang Maha Kuasa masih meminjamkan usia kepadaku untuk hidup lagi. Tidak tahu sampai bila. Kerana ajal maut itu di tentu Illahi. Kalau mengikut sunnah Rasulullah yang wafat pada usia 63 tahun, maka kalau hendak dinisbahkan 63 - 45 jawabnya ada 18 tahun lagi sisa2 hidupku. Setiap ulangtahun kelahiran itu adalah melahirkan hakikat setahun lagi menghampiri titik tolak perjalanan ke alam barzakh pula. Seharusnya melahirkan rasa insaf atas segala dosa dan noda, dan sekaligus bertaubat memohon keampunan-Nya, dan meningkatkan usaha mencari jalan yang lurus, jalan yang mendapat redha Illahi. Semoga di penghujung perjalanan itu ada Syurga Allah menanti ku.

Alhamdulillah atas kesyukuran itu, hari ini isteri tercinta dan anak2 tersayang masing2 bergotong royong menyediakan juadah istimewa iaitu spaghetti special, cocktail delight, kek coklat moist, dan air kelapa muda fresh yang saya petik dari pokok di laman pagi ni. Dimulakan dengan doa yang dibacakan anak sulong Amir Asyraf, kami menjamu selera penuh berselera. Terima kasih, I love you all.

Dan biasalah birthday boy akan mendapat hadiah harijadi. Tahun ni special. Isteri dan 3 anak saya berkongsi wang membeli hadiah istimewa yang memang saya sudah hint kan sejak dua tiga menjak ini...he he. Seronok kerana hadiah idaman itu menjadi kenyataan. Isteri saya terutamanya sanggup mengorbankan wang yang agak banyak untuk membeli hadiah itu. Yes, penyembur racun rumpai untuk keperluan berkebun saya. Isteri memahami sungguh kegemaran suami tercinta nya. Maka dengan tool terbaru ini akan memudahkan saya untuk beroperasi dengan lebih profesional di kebun depan rumah. InsyaAllah ia akan membuahkan hasil yang berlipat ganda hendaknya. Jazakallah.

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...