Sunday, March 22, 2009

Keringat di Pagi Minggu


Sudah lama rasanya tidak kekebun saya di kaki bukit sana. Kawasan itu saya pagar elok. Tapi selalu diceroboh babi hutan. Habis pokok pisang dan tebu saya dimusnahkannya. Itu buat saya give-up. Last sekali yang tinggal hanya tanaman serai. Tanahnya berbatu dan tak subur. Saya pulak hanya mengharap air hujan sebagai jirusan. Manalah tanaman nak sihat.

Entah kenapa semalam rasa nak pi jengok kebun tu kejap. Jadi sambil menyorong kereta sorong untuk buang sampah di hujung sana, maka saya pun singgah le kat kebun tu. Memang penuh semak samun. Bangsal tempat berteduh yang saya bina dulu pun sudah ranap menyembah bumi kerana kayu dan papannya menjadi makanan anai2. Lorong ke kebun tu juga penuh lalang. Dengan bacaan berkat Ayat Kursi sebagai pelindung saya teruskan juga melangkah.

Tanpa berlengah saya benamkan mata cangkul ke perdu serai. Saya tarik keluar 5 rumpun serai. Tak berapa gemuk pun tapi bila di pilih2 cukuplah 100 batang tu. Setelah di leraikan dari rumpunnya saya gunakan cutter untuk potong secukup rasa. Haii dekat2 sejam jugak la dok fokus kepada tugasan itu.

Hari tu isteri saya dok pesan supaya jangan lagi masuk ke kebun tu, ye la takut ada binatang2 berbisa. Maka pagi tu memang betul lah, risau isteri saya dibuatnya. Maklumlah tadinya nampak menyorong kereta tolak untuk membuang sampah. Tapi kini sejam kemudian belum balik2 lagi. Air nescafe dan roti bakar untuk breakfast pun sudah sejuk. Macam2 andaian yang tidak baik bermain di kepalanya.

Sekejap tu bunyi skuter manyusul di jalan depan. Anak saya Amir datang menyusul. "Mama suruh balik, breakfast dah ready", laungnya dari atas. "Ok jap", jawab saya. Rumpun terakhir serai tu masih belum beres. Saya mesti cukupkan 100 batang barulah dapat dibawa ke kedai En Harun. Harga 100 batang serai En Harun ambik RM6. Sambil itu Amir parkir skuternya atas rumput di bahu jalan. Tanah tu bercerun, jadi parkir berdepan dengan pokok sebagai langkah berjaga2 takut meluncur turun...naya.

Melihat saya masih rancak memotong serai2 tu, Amir pun join sekali. Kereta tolak yang tadinya saya tinggal di bahu jalan, di tolak masuk ke kawasan kebun. Serai2 yang telah siap dipotong elok dimasukkannya ke dalam kereta tolak, sambil mengira jumlahnya.

Kejap tu terdengar deruan kereta dan bila saya menoleh ke atas kelihatan wira kelabu yang dipandu isteri saya sedang menuju kemari. "Hai, mama risau tu papa tak balik", "Hantar abang pun tak dapat khabar berita he he..". Memang betullah telahan saya. Isteri cukup risau takut apa2 terjadi kat dua beranak ni. "Mama dok terbayang, papa pengsan ke apa dan abang tak dapat nak angkat naik skuter, bla bla...".

Ok lah semua selamat. Sampai rumah setelah breakfast, saya pun terus membersihkan serai2 tadi. Dan di ikat dengan getah setiap sepuluh batang. Yang tak cukup saiz tu saya asingkan. Adalah dalam 20 batang yang lebih, jadi itu untuk kegunaan isteri kat dapur. Isteri pula bertugas menuai pegaga yang hidup subur dan sudah matang. Masalahnya rumput2 liar sama naik bersaing dengan pegaga. Jadi isteri saya terpaksa memakan masa yang lebih lama untuk tugasan mendapatkan daun pegaga itu.

Tugas saya pula ialah membersihkannya. Akhirnya hasil tuaian kami ialah 100 batang serai, sekilo lebih pegaga, sedikit daun kesum dan dua rumpun daun pandan. Sambil berkunjung ke kedai En Harun untuk membeli barang dapur, maka dapatlah hasil jualan berjumlah RM15.50 bersamaan dengan harga ayam 3 kg he he...seronok tu hasil keringat sendiri.

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...