Friday, September 17, 2010

Syawal Ini

Juadah istimewa - homemade dari FZI

Sedia untuk 63 tetamu

Geng SAMTKKB (batch Abang)

Menikmati juadah seadanya

Kawan2 bekas pelajar SAMTKKB (Batch Kakak)

Ukhwah Persaudaraan - Semoga Berkekalan


Syawal ini menanda pergi sudah Ramadhan itu. Segala amalan baik di Ramadhan itu harus sangatlah di istiqamah ke Syawal ini. Biar jiwa tenang dan hati bersih mendamba redha Illahi. Syawal ini menjadi penentu sebuah produk yang di usahakan sepanjang Ramadhan, apakah berkualiti atau sekadar produk biasa-biasa saja? Bertahan berpuasa seluruh pancaindera hingga munculnya Syawal atau sudah kecundang di hari-hari akhir Ramadhan menjelang Syawal itu? Hanya diri sendiri yang bisa mencongakkannya. Kerana Allah tidak bisa di tipu. Hanya diri sendiri yang tertipu.

Syawal ini, ada ibadah Puasa 6. Rasanya bila kah akan dimulakan? Apabila hari-hari minggu di penuhi undangan jamuan raya, yang sudah menjadi sebahagian dari budaya di ibukota, maka 'weekdays' adalah period terbaik. Semoga ibadah ini mampu dilaksanakan sekali lagi di Syawal ini.

Setelah dua tahun berhari raya di rumah sendiri di Lembah Klang ini, maka pada tahun ini Alhamdulillah kami sekeluarga di izin Allah untuk berkunjung ke negeri tumpah darah untuk berhari raya selama 5 hari di sana bersama orang tua, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Bertolak dari Gombak sekitar 5 ptg, di perjalanan sepanjang 500km ke Kelantan itu menempuh panorama hijau bersama-sama kumpulan trafik balik kampung yang lain, hujan lebat sekali sekala, dan kegelapan malam selepas maghrib. Setelah berbuka puasa di pekan Raub perjalanan banyak di selang seli dengan berhenti rehat dan tidur sekejap apabila rasa mengantuk. Di penghujung nya singgah di Bazar Malam Wakaf Che Yeh sekitar 4 pagi. Agak menarik juga melihat banyak nya gerai dan ramai nya pengunjung walau sudah pagi menjelang subuh. Para peniaga yang banyak terdiri dari anak-anak muda sudah menyambut raya dengan bermain mercun secara terbuka. Mercun yang 'power-power' banyak kedapatan di sini.

Seterusnya kami mendirikan solat subuh di masjid Kota. Kemudian terus ke rumah keluarga di WB, bersiap untuk solat sunat raya. Alhamdulillah dapat bertakbir raya di masjid sekitar 30 minit. Solat bermula pada 8:40 pagi. Imam muda yang membimbing solat dan membaca khutbah sangat baik dan bertenaga. Setelah bersalam-salaman saya di sapa oleh kenalan lama, Sdra Mat Yie. Ukhwah persaudaraan masih kekal dan banyak kisah dan perkhabaran yang dapat dikongsikan. Beliau mempelawa ke rumahnya, yang saya penuhi. Terasa di raikan pada kunjungan itu, Alhamdulillah.

Pada Hari Raya ini, dengan waktu yang terluang saya cuba cover sebanyak yang termampu. Antaranya rumah Ciksu bersama anak mereka Roslee dan Eddy, Kak Ma, Kak Moh, dan rumah Mamat. Seterusnya berkunjung ke rumah Ngah, rumah Mak, Kak Paei, jiran tetangga sekitar rumah Mak di TS iaitu rumah Cikgu Fauziah, Kak Nab, Cikgu Nor, dan Kak Yah. Sempat berkunjung ke rumah Abg Ki, Kak Zan, Angah, dan ke Kampung CB iaitu rumah Kak Na, Che Doh, dan Abg Shafie. Seterusnya ke kampung Abg Udin dan isterinya Che Yah. Sempat juga membeli serba sedikit rempah ratus, beras pulut, keropok, dan kuih muih di Pasar WB dan Pasar SK sebagai bekalan balik KL.

Pada hari isnin iaitu Hari Raya ke 4, berbekal nasi sumatera Hoover sebagai bekalan untuk makan tengahari, kami bertolak meningggalkan KB sekitar pukul 12 tgh. Namun macam tahun-tahun lepas, masalah kesesakan trafik berlaku lagi antara KB - Machang - K.Krai. Sekitar 4 jam di bazirkan di situ. Makan malam di medan selera Bentung, merupakan makan malam yang paling 'tak sedap' membuatkan hati rasa agak terkilan, tapi itu mungkin ujian. Alhamdulillah selamat sampai di rumah sekitar 1 pagi. Home sweet home. Esoknya digunakan untuk berkemas dan berehat. Kami juga menerima kunjungan sepupu saya iaitu Eddy sekeluarga yang dalam perjalanan balik ke kampung isterinya di Sabak Bernam.

Pada Hari Raya Ke-6, mula menerima kunjungan tetamu iaitu kawan2 Amir dari Seremban, Sabak Bernam, Teluk Intan dan Putrajaya. Roslee sekeluarga juga singgah dalam perjalanan dari Teluk Kinta. Isteri menyediakan juadah nasi minyak, gulai ayam, acar, dan aneka biskut raya.

Pada Hari Raya Ke-7, kelompok kawan-kawan Amir dari SAMTKKB, mula berkunjung seramai 35 orang, kawan-kawan Kakak seramai 12 orang, keluarga Kak Ani (7 org), keluarga En Zul (6 org) dan kelurga Izati seramai 3 orang. Alhamdulillah juadah yg disediakan mencukupi walaupun tetamu seramai 63 orang. Isteri menyediakan menu - nasi minyak, nasi puteh, gulai ayam, daging masak hitam, kacang panjang berlada, kek carrot, cocktail, kueh beke, agar2, aneka biskut raya, lempok, dodol, air sirap dan snek.

Hari ini saya mula bekerja. Segala puji bagi Allah kerana Syawal ini.

@@@

Sunday, August 8, 2010

MTAA & Jom Halal


Weekend ni anak2 balik dari UIA. Hari sabtu ada karnival Jom Halal anjuran JAIS di perkarangan Masjid As-Salam. Isteri dan Amir anak sulong kami, menyertai pertandingan menterjemah tulisan rumi ke tulisan jawi. Syabas kerana meneyertainya. Saya awal2 lagi tarik diri walaupun sudah mendaftar kerana pada mulanya ingatkan terjemah tulisan jawi ke rumi. Amir mendapat hadiah saguhati.

Saya pula memenuhi undangan Mudir Madrasah Tahfiz Ar-Rahmaniah (MTAA) dalam majlis Khatam Al-Qur'an dan Penyampaian Sijil. Alhamdulillh tiga lagi graduan mereka berjaya menjadi Hafiz 30 juzuk. Para tetamu di hidangkan dengan jamuan buffet termasuklah gulai kambing yang sangat sedap. Saya siap buat satu posting khas buat MTAA.

Paginya saya sempat mesin rumput dan membuat maintenance di laman rumah. Alhamdulillah laman nampak bersih dan terurus. Weekend je lah masanya untuk melakukan segala kerja ini kerana hari2 lain disibukkan dengan urusan kerja ofis dan masa di jalanan pergi dan balik dari tempat kerja di ulu klang.

Petangnya sempat meluangkan masa bersantai bersama kelurga menonton VCD siri kegemaran isteri dan anak2 perempuan kami. Inilah antara masa2 kualiti yang dapat diluangkan bersama keluarga.

Maghribnya saya dan Amir mendirikan solat di surau Al-Faaizeen. Kemudian kami sekelurga ke Masjid As-Salam dan sempat mendengar kuliah maghrib dan mendirikan solat Isyak berjemaah. Seterusnya berkunjung ke Karnival Jom Halal di perkarangan bersebelahan dengan Masjid As-Salam. Kami makan malam di salah satu gerai yang terdapat di situ.

Kemudian persembahan Hijazz bermula sekitar pukul 9:30 sehingga 11:00 mlm. Kami sekeluarga adalah peminat setia Hijazz sejak awal penubuhan mereka. Pada saya Hijazz merupakan salah satu kumpulan yang punyai mesej dakwah yang ikhlas dalam aktiviti dan hiburan mereka. kandungan mesej mereka dalam lagu, zikirullah, persembahan, CD, dan penampilan sangat positif dan punyai karisma. Mereka juga banyak membantu kumpulan2 lain dalam penerbitan album dan penentuan konsep. Zikrullah alunan Munif lead singer Hijazz saban pagi berkumandang di radio IKIM mengejutkan umat untuk bangun solat subuh. Saya doakan mereka diberikan kekuatan dan keberkatan oleh Allah SWT untuk meneruskan usaha baik mereka.

Pagi ini saya sempat menelek majalah Solusi #20, yang punyai banyak artikel menarik. Kami memiliki koleksi 10 volume majalah ini, namun kadang tu sungguh payah atau tiada disiplin untuk membacanya dari laman ke laman. Antara mukadimah oleh editor yang dipaparkan ialah, "Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan. Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan. Yang di tangan itulah yang sebenar. Yang dalam angan-angan itu masih samar. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang telah menjadi memori; masa depan yang masih ilusi. Hidup hakiki ialah hari ini. Itulah relaliti."

Atas semangat itulah, saya sentiasa cuba memenuhi aktiviti berfaedah yang termampu pada setiap keluangan waktu bersama keluarga terutamanya di hujung minggu begini. Terasa kepuasan apabila berjaya menjalani atau menyiapkan banyak perkara yang dirancang atau tidak dirancang sepanjang berhujung minggu ini, Alhamdulillah.

@@@

Sunday, July 18, 2010

Family Trip to Penang


Alhamdulillah berpeluang bersama keluarga tercinta untuk makan angin ke Penang. Cuma anak kedua kami tidak cuti dari UIA kerana exam mid-sem. Kami bertolak sekitar pukul 7:15 pagi dan sampai di Penang sekitar pukul 10:30 pagi. Cuaca sungguh nyaman sepanjang perjalanan.

Sudah
beberapa kali ke Penang tapi masih belum puas kerana coverage yang agak terhad, di sekitar Komtar dan Penang Road sahaja. Maka kali ini saya berazam untuk lebih adventerous. Masih banyak peribadi Penang yang tersembunyi.








Kali ini rasanya ingin mencuba menyeberang dari Butterworth ke Georgetown menggunakan Feri. Ternyata pengalaman yang menarik. Tiket yang dikenakan untuk kereta ialah RM7.70 not bad mengambil kira tiada bayaran dikenakan untuk trip balik nanti. Kereta tersusun dalam tiga barisan sekitar 30 bijik di tingkat bawah manakala tingkat atas pula dipenuhi penumpang. Ada juga Feri yang khas yang hanya mengangkut kenderaan sahaja.

Setelah parking kereta depan Masjid Jamek Benggali berdekatan Penang Road, kami pun ronda2 dan pekena nasi kandar Line Clear, iaitu kedai nasi kandar no.3 terbaik di Malaysia (selepas Restoran Kayu dan Restoran Brahimsha). Saya pekena lauk ayam goreng dan telor ikan. Isteri lauk kari ikan dan telor ikan, anak2 lauk ayam. Total kena RM42, Amir anak sulong yang baru dapat biasiswa UIA yang belanja. Alhamdulillah.


Kemudian
survey cari hotel untuk penginapan. Mula2 singgah kat Hotel Townhouse kadar sewanya RM92 untuk bilek 4 orang. Kemudian singgah Hotel Cititel dengan kadar sewa Superior Room RM188. Seterusnya menyeberang jalan ke Hotel Malaysia yang setinggi 10 tingkat itu, ada offer RM138 untuk Family Room plus 4pax buffet breakfast dan free parking, kalau kadar biasa RM230. Setelah ditimbangkira, kami mengambil keputusan menginap di Hotel Malaysia. Hmmm...memang selesa.
Petangnya kami mena
han bas RapidPenang No.502 untuk meneroka Balik Pulau. Tiketnya RM13.60 untuk 4 orang. Ini pertama kali saya mula mengenali mukabumi Pulau Mutiara ini secara lebih dalam. Laluan bas merentasi pekan dan desa, dusun durian, tepian pantai dan lereng bukit. Pemandangan yang menarik.

Dinner malam tu kami try Restoran Sup Hameed yang lokasinya berhadapan dengan Hotel Malaysia tempat penginapan kami. Saya pekena sup ayam, nasi puteh dan teh tarik. Isteri saya order sup kambing dan roti. Amir order sup perut dan nasi puteh manakala anak bongsu kami Iman order roti nan satu set. Total: RM26.50. Seterusnya ronda2 mengambil angin malam.

Pag
inya setelah buffet breakfast, kami pun berjalan2 menerokai banyak kedai2 dan bazar di sepanjang Penang Road terutamanya kawasan berhadapan Mydin. Kami singgah di Kedai Nasir Jeruk yang menjual aneka jeruk dengan harga RM4 untuk 1/2 kg. Alhamdulillah kerana kali ini dapat memborong jeruk di kedai muslim. Anak2 dan isteri pula membeli beg utiliti, cantek dengan harga yang berpatutan.

Setelah chekout dari hotel, kami drive ke Feringgi, singgah di Tg Bungah dan pantai2 indah sepanjang perjalanan. Lunch makan laksa penang Tg Bungah yang memang kauw (RM13.20).

Seterusnya berkunjung ke Botanical Garden dan bersantai di Plaza Gurney. Sebelum balik ke KL singgah sekali lagi untuk dinner nasi kandar di Line Clear (RM28.50).
Menyeberang dari Gergetown ke Butterworth sekali lagi menggunakan perkhidmatan Feri. Suasana dan pemandangan malam sangat indah.


Bertolak dari Butterworth melalui PLUS sekitar pukul 9 mlm. Namun kerap berhenti untuk berehat kerana mengantuk termasuklah di R&R Sg.Perak, R&R Tapah dan R&R Ulu Bernam. Hanya berjaya sampai di rumah sekitar 6 pagi. Biar lambat asal selamat. Jumlah duit minyak sekitar RM110 dan tol sekitar RM75. Keletihan yang berbaloi dengan trip percutian yang best.

@@@

Sunday, June 27, 2010

MIHAS 2010



Semalam kami pi MIHAS, Malaysian International Halal Showcase 2010 di perkarangan Matrade, Jln Duta, KL. Last year pun kami pergi. Tahun ni rasanya lagi besar dengan empat khemah mega untuk pemeran. Orang bersesak-sesak saya tengok. Terdapat lebih dari 500 penyertaan dari lebih dari 30 negara mengambil bahagian dengan pelbagai jenama terkenal dan produk Islamik dan halal. Biasa la kan sample makanan dan minuman memang banyak, tak payah lunch kami semalam. Shopping punye shopping sampai tak menang tangan - pilihan kami kurma bertangkai, aneka biskut, coklat, barangan makeup, aneka snek, pelbagai minuman, dan macam2 lagi lah. Seronok. Hari ni last day, jadi bawalah keluarga berkunjung ke sana.

@@@

Monday, June 21, 2010

Pisang Tanduk


Apabila tuan rumah (kosong) kat depan rumah kami mula membersihkan laman rumah mereka mungkin untuk menarik minat pembeli atau penyewa, maka segala tanaman serai, tebu, dan pisang yang saya tumpang tanam sementara itu telah di 'clear' kan. Jadi anak2 pisang yang tumbuh tu saya rasa sayang la pulak. Maka terfikir untuk tanam semula di tapak baru.

Laman rumah sudah penuh dengan pelbagai tanaman buah, dan hiasan. Kami masih mantain konsep terbuka dengan susun atur tanaman yang masih menyerlahkan tanah lapang. Dalam mencongak strategi maka terpandang sisi rumah sebelah kiri yang nampaknya di dominasi oleh pokok 'pagar' (tak tau nama) yang memanglah elok untuk tujuan menjadi pagar untuk blok pengantara dengan rumah jiran, tapi yang tak syoknya ialah jenis akar serabutnya sangat mengganas hingga ruang tanah semua di penuhi oleh akarnya. Tambahan lagi saya lihat akarnya mula memecah masuk longkang untuk mencari bekalan air. Pokok lain yang di tanam di situ gagal untuk tumbuh subur.

Jadi mengikut firasat dan wawasan saya, setelah berbincang dengan penasihat landskep iaitu isteri tercinta, maka sebulat suara dipersetujui iaitu ruang sisi kiri ini perlu di tebus guna. Maka kami berdua pun mula mencantas, menebang dan menggali hingga ke akar umbi. Tanah pula di gembur kembali dan di buang segala akar2 serabut yang ada. Projek yang bermula selepas asar semalam berjaya dibereskan sekitar pukul 1 tgh tadi.

Anak2 pokok pisang tanduk kat depan rumah telah berjaya dipindahkan dan saya berjaya menanam di lima tapak. InsyaAllah semoga diizinkan Allah untuk tumbuh dengan subur. Untuk sementara waktu ini ruang pagar yang memisahkan rumah dengan rumah jiran nampak togel. Yang seronoknya pula deruan angin tidak terhalang lagi. Selesai segalanya, hujan mula turun renyai2, mungkin merestui projek pisang tanduk kami ini. Amiin.

@@@

Tuesday, June 15, 2010

Jambu Batu



Weekend lepas kami ke Tg Malim. Singgah di Pasar Malam cari makanan. Isteri berjumpa kawan lamanya seorang apek tua penjual anak2 pokok. Setelah bertegur sapa dan bertanya perihal pokok ciku dan jambu, maka pokok jambu jadi pilihan dengan harga RM8.

Hari ni kebetulan saya cuti. Maka pokok jambu ini pun di tanam dengan harapan menggunung agar 9 bulan lagi akan berbuah, sebagaimana jangkaan apek tua penjual anak pokok dari Tg Malim itu. Buah2 itu akan dipetik segar dari dahan pokok. Di basuh dan di makan rangup atau di cicah kicap dan gula bersama hirisan lada hijau, yahoo !!

Sedang saya sibuk menggali dan menanam, isteri pula buat housekeeping area pokok pandan dan bunga kantan. Saya pun membuang segala bahan buangan atas kereta tolak ke hujung sana. Letih tapi rasa seronok melihat taman dan laman yang berseri.

@@@

TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...