CLICK my AD

Tuesday, June 15, 2010

Jambu Batu



Weekend lepas kami ke Tg Malim. Singgah di Pasar Malam cari makanan. Isteri berjumpa kawan lamanya seorang apek tua penjual anak2 pokok. Setelah bertegur sapa dan bertanya perihal pokok ciku dan jambu, maka pokok jambu jadi pilihan dengan harga RM8.

Hari ni kebetulan saya cuti. Maka pokok jambu ini pun di tanam dengan harapan menggunung agar 9 bulan lagi akan berbuah, sebagaimana jangkaan apek tua penjual anak pokok dari Tg Malim itu. Buah2 itu akan dipetik segar dari dahan pokok. Di basuh dan di makan rangup atau di cicah kicap dan gula bersama hirisan lada hijau, yahoo !!

Sedang saya sibuk menggali dan menanam, isteri pula buat housekeeping area pokok pandan dan bunga kantan. Saya pun membuang segala bahan buangan atas kereta tolak ke hujung sana. Letih tapi rasa seronok melihat taman dan laman yang berseri.

@@@

2 comments:

Mohd Hazaruddin said...

salam,

seronok bile kita dapat pungut hasil yang kita tanam ...
sayangnyer saya belum ada tanah sendiri ...

selamat berkebun!

sot said...

TQ Mohd Hazaruddin sudi singgah. Berbakti pada tanah ni tak rugi. Seronok tengok pokok subur dan mengeluarkan buah. InsyaAllah bila ada peluang berkebun nanti, silakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...