Monday, June 21, 2010
Pisang Tanduk
Apabila tuan rumah (kosong) kat depan rumah kami mula membersihkan laman rumah mereka mungkin untuk menarik minat pembeli atau penyewa, maka segala tanaman serai, tebu, dan pisang yang saya tumpang tanam sementara itu telah di 'clear' kan. Jadi anak2 pisang yang tumbuh tu saya rasa sayang la pulak. Maka terfikir untuk tanam semula di tapak baru.
Laman rumah sudah penuh dengan pelbagai tanaman buah, dan hiasan. Kami masih mantain konsep terbuka dengan susun atur tanaman yang masih menyerlahkan tanah lapang. Dalam mencongak strategi maka terpandang sisi rumah sebelah kiri yang nampaknya di dominasi oleh pokok 'pagar' (tak tau nama) yang memanglah elok untuk tujuan menjadi pagar untuk blok pengantara dengan rumah jiran, tapi yang tak syoknya ialah jenis akar serabutnya sangat mengganas hingga ruang tanah semua di penuhi oleh akarnya. Tambahan lagi saya lihat akarnya mula memecah masuk longkang untuk mencari bekalan air. Pokok lain yang di tanam di situ gagal untuk tumbuh subur.
Jadi mengikut firasat dan wawasan saya, setelah berbincang dengan penasihat landskep iaitu isteri tercinta, maka sebulat suara dipersetujui iaitu ruang sisi kiri ini perlu di tebus guna. Maka kami berdua pun mula mencantas, menebang dan menggali hingga ke akar umbi. Tanah pula di gembur kembali dan di buang segala akar2 serabut yang ada. Projek yang bermula selepas asar semalam berjaya dibereskan sekitar pukul 1 tgh tadi.
Anak2 pokok pisang tanduk kat depan rumah telah berjaya dipindahkan dan saya berjaya menanam di lima tapak. InsyaAllah semoga diizinkan Allah untuk tumbuh dengan subur. Untuk sementara waktu ini ruang pagar yang memisahkan rumah dengan rumah jiran nampak togel. Yang seronoknya pula deruan angin tidak terhalang lagi. Selesai segalanya, hujan mula turun renyai2, mungkin merestui projek pisang tanduk kami ini. Amiin.
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TRAVELOG UMRAH #2
Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
No comments:
Post a Comment