CLICK my AD

Sunday, August 9, 2009

Jadi Pangacau

Semalam saya jadi pengacau lempok. Projek ulung 'lempok durian' idea dari isteri saya. Ceritanya begini. Pagi tu isteri memberitahu saya bahawa dia teringin nak buat lempok durian. Dapat mimpi kot malam tadi. Jadi kami pun pi cari durian bukan kat dusun tapi kat pasar BS, tapi takde la pulak. Tanpa putus asa isteri mencadangkan untuk menuju ke Rawang yang memang famous dengan gerai2 buah kat tepi jalan (dekat2 stesen Shell) yang menjual pelbagai buah2an tempatan dan luarnegara (standard le dari Siam). Pada musim durian terutamanya 3 minggu lalu memang berlonggok-longgok durian, fresh dengan harga murah. Pernah sekali tu isteri beli sebakul secara borong dengan RM20 dan dapat dalam 40 biji durian (bersaiz kecil). Puas hati beb sebab isinya best.

Jeng jeng sampai2 kat Rawang ni, alahai gerai tu belum bukak lagi. Ada tiga kawasan gerai besar di situ. Semuanya masih tutup. Ish ish pukul 10 baru bukak kot. Takkan nak patah balik. Bukan apa risau pulak kalau2 lauk-pauk yang di beli kat Pasar BS tadi seperti ikan, ayam dan santan tu rosak pulak. Isteri dah semangat nak teruskan projek lempok ni, so oklah we all round2 sat ke Pekan Rawang. End-up we all pi menyusur Jalan Rawang hingga ke Kg Melayu Batu 16 sebab saya teringat pada musim durian banyak dulu kat tepi2 jalan area situ pun banyak gerai2 durian yang muncul. Tapi hampa. No durian.

Ok so patah balik hala ke pekan Rawang. Gerai durian tu sudah bukak dan kelihatan pekerja sedang menyisihkan durian2 mengikut kategori masing2. Stok yang dua tiga hari atau yang sudah merekah kulit di asingkan. Stok yang baru sampai di tetapkan mengikut saiz dan gred. Saya dan isteri pun menyampaikan niat kami untuk mencari durian secara borong bagi dibuat lempok, bukan tempoyak. Maknanya isinya mestilah elok walaupun tidaklah se 'fresh' yang nak di makan terus. Penjual tu sangat memahami dan mula rekomen durian yang dalam ketegori itu. kebetulan pulak durian ni memang lah jangka hayatnya tak lama setakat dua hari gitu je. Kalau dah tiga hari start lah merekah. Kami pada mulanya tidak berapa setuju dengan longgokan durian yang penjual itu rekomenkan kerana tampak kualitinya out.

Isteri mengajak saya survey ke gerai yang ketiga di seberang jalan (gerai kedua takdak stok durian). Tapi setelah survey, harga dan kualitinya agak kurang memuaskan. Jadi balik semula ke gerai pertama tadi. Penjual tadi sudah mengasingkan buah2 yang berusia dua tiga hari tu ke dalam bakul besar dan offer kami RM30, sambil tu terus lagi menambah dalam 10 bijik lagi. Bila kami tengok buah2nya agak masih baik dan memang sesuai untuk dibuat lempok maka kami pun setujulah untuk beli secara borong. Memang berbaloi kerana setelah di kira2 ada dalam 40 bijik semuanya dan bersaiz besar.

Sesampainya kat rumah mintak anak kami Amir tolong keluarkan durian dari boot kereta. Proses kedua ialah mengopek dan mengasingkan ulas durian dengan kulitnya. Tiga bekas disediakan. Untuk lempok disediakan periuk bersaiz giant. Dua bekas lagi ialah untuk ulas2 durian bagi dibuat tempoyak dan satu bekas buah yang elok untuk dimakan 'fresh'.

Durian untuk lempok tadi di masukkan ke dalam kuali besar dan di panaskan atas dapur arang, tak guna dapur gas untuk jimat kos. Bermulalah proses mengacau lempok. Anak2 semua tolong mengacau. Lama le jugak saya ingat ada le 4-5 jam kot. Warnanya akan berubah dari kekuningan ke ke warna kecoklatan. Menjadi pengacau ni seronok la jugak. Ia dilakukan secara bergilir2 dan berkala, boleh la relax sat tapi tak boleh lama takut hangit kat bawah tu.

Satu jam yang terakhir tu sangat kritikal kerana satunya sebab 'para pengacau' dah sakit urat dan lengoh tapi kalau lalai maka lempok ni akan hangit dan pahit. Itu lah yang terjadi kepada lempok yang diberi olah kawan kami dua minggu lepas. Jadi isteri saya make sure final hour ni diberi perhatian lebih sikit. Last-last angkat kuali letak atas dapur gas bagi sumber bahanapi yang lebih power. Ok lah akhirnya masak dan disahkan 'seghing' oleh chef d mission. Seghing tu mengikut kamus dewan bahasa ialah masak kering yang sumpurna. Setelah cool down, maka mama dan anak2 mula pek elok2 supaya senang nak makan nanti. Anak2 pun boleh bekal ke hostel masing2.

Setelah masak dan selesai semuanya saya pun saja seronok dok atur dan kira berapa ulas durian yang telah digunakan dalam projek lempok ni. Nak tau? 298 ulas kesemuanya. Tak caya tengok susunan ulas durian kat sebelah ni. He he..

Untuk step by step proses buat lempok durian ini silalah lawati laman menu isteri saya ini.

Tahniah buat mama, kakak, iman dan abang kerana projek yang berjaya ini. Well done. Rasa lempok ni ni bukan macam dodol atau asyura. Rasanya sebijik macam lempok durian he he...best betul yang ori ni !!

2 comments:

amir acap said...

pergh pnat gle owh kacau lempuk smlm...
pengalaman yg indah..hehehe..

papa said...

Ya betul tu bang. Kenanglah saat ini di memori hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...