CLICK my AD

Saturday, August 1, 2009

Gembur Tanah













Sudah lama benar tidak update blog Keringat ni. Mungkin keringat tidak keluar sangat kebelakangan ni. Asyik dok indoor je kot. Jadi Alhamdulillah pagi ni keluar keringat memercik di dahi kerana awal2 lagi setelah solat subuh dan merayau di laman maya sekejap, terus rasa nak pi gembur tanah kat pokok limau kasturi tepi umah. Isteri dok remind dah beberapa kali.

Jadi pagi ni saya ambik 'cok betul' kat bawah pergola dan memulakan operasi. Tanah kat keliling pokok limau kasturi dah keras rupanya setelah di monopoli oleh akar2 pokok "apanama" yang memang memenuhi sepanjang pagar tepi umah ni. Saya terus menghancur leburkan tanah2 keras tu dan mencongkel keluar akar2 serabut yang padat itu. Segala daun2 kering dan akar2 saya buang.

Kebetulan pulak baki baja bakar masih ada kat tong tepi dinding. Kira2 ada la dalam suku tong lagi. Jadi baja bakar ni saya lambakkan di pangkal pokok dan gemburkan bersama tanah yang sedia ada itu. InsyaAllah semoga subur baliklah pokok limau kasturi ini yang dulunya begitu lebat mengeluarkan buahnya.

Setelah keringat membasahi tubuh saya pun ambik hos air dan mula menyiram pokok2 di sekitar sebelah kiri umah ini yang memang kehausan dan kekeringan kerana hujan yang agak liat turun semenjak dua menjak ini. Kemudian relax sambil menikmati view belakang umah, merenung awan dan bukit di kejauhan. Syukur atas segala kurniaan Allah ini dan nikmat mata yang masih boleh melihat segala keindahan ciptaan Allah ini. Alhamdulillah.

@@@

2 comments:

mama said...

At-last... sempat pun gembur...hehe..siap buh baja bakar lagi.. tak lama lagi mintak2 kuar lah buah limau kasturi ni balik kan pa...dah lama tak dapat makan hasil...dulu sekali kutip buahnya... dapatlah dalam 10 - 15 biji... :)

School Of Tots said...

nanti papa buboh taik lembu kering next week...bagi power sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...