CLICK my AD

Sunday, August 16, 2009

Ambik Angin

Pagi semalam saya dan isteri pagi2 bersiap untuk take a walk around taman perumahan kami ini. Satu rutin yang sudah agak lama tidak dilakukan.

Selalunya saya akan berjogging slow & steady, isteri akan brisk walking, dan anak akan cycling. Objektifnya ialah exercise untuk keluarkan peluh, disamping menghirup udara segar dan menikmati pemandangan bukit-bukau dan kehijauan.

Cumanya semalam saya juga hanya take a walk kerana kaki sakit. Anak kami Iman pula tidak ikut serta kerana lebih suka meneruskan bacaan novel cinta di bileknya. Setelah menghabiskan perjalanan santai sejauh 2km, maka sampailah balik ke rumah.

Dalam beriadah tadi, isteri terasa nak menjeruk mangga katanya. Hmmm kata saya mangga tak ada la pulak. So saya cadangkan jeruk buah kedondong, yang kalau tak silap memang ada buahnya kat pokok depan rumah tu. Betul bagai disangka ada la sikit. Kemudian tambah dengan betik muda sebijik yang juga boleh dibuat jeruk.

Seterusnya kami menikmati nasi berlauk, pulut pagi dan nescafe O untuk sarapan selepas 'ambik angin' tadi. Alhamdulillah sedap dan kenyang.

Projek saya di pagi minggu diteruskan dengan membaca buku biografi Tan Sri Mokhtar Ahmad bekas menteri besar Terengganu yang saya pinjam dari perpustakaan KKB beberapa hari lepas.



1 comment:

mama said...

pa, esok papa boh baja kedondong tu ya... baja bakar kot, power sikit..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...