CLICK my AD

Saturday, June 13, 2009

Tanam Tebu




Pagi ni rasa nak clear tebu2 yg mengelawang tanpa arah tu. Ada le dalam 12 batang menjadi mangsa. Yang tinggal batang2 tebu yang tegak dan kuat. Barulah nampak ok sikit rumpun2 tebu tadi. Setelah di potong dan di risik kulitnya dapat sebaldi penuh, ready untuk di mesin. Ingat petang ni nak keluar pergi mesin kat tempat biasa. Bahagian pucuk dan batang yang tua saya potong pendek2 nak buat benih. Dapat lah dalam 20 kerat gitu. So saya pun guna 'cok betul' buat lubang sikit kat tepi tembok di kebun depan umah. Letak dua keratan pada setiap lubang dan kambus dengan baja bakar. Bila saya kira, dapat 13 lubang semuanya. Mission accomplished. Kebetulan pulak petang tadi hujan. InsyaAllah suburlah tanaman kat kebun ni, termasuklah tebu2 yang baru di tanam tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...