CLICK my AD

Tuesday, June 16, 2009

Betik dan Kedondong


Jadi buah betik sulong hasil production pokok betik kat tengah2 kebun saya tu selamat dipetik, di kupas kulit, di belah, di slice, dan siap letak dalam peti ais kejap bagi sejuk untuk dinikmati bersama. Pokok2 betik yang saya tanam ni adalah dari species yang special, bijik nya kalau ada pun sikit sangat. Isinya memang manis gile, pejal dan tidak lembik macam kebiasaan. Buahnya pulak sederhana saiznya.

Dalam intai2 suasana sekitar dalam cuaca redup pagi ni, mata terpaku pula kepada pokok kedondong yang jarang saya ambil peduli. Bukan apa ianya selalu di serang serangga dan ulat. Tapi Alhamdulillah daya ketahanannya masih kuat. Walaupun satu masa dulu pokoknya nampak macam nak kong tapi daun2 dan pucuk2 baru terus berputik. Saya pulak kadang tu mencurah 'air ikan' dan baja hijau serta baja bakar sebagai penjana kuasa. Jadi nak ceritanya pagi ni terkejut saya melihat beberapa rumpun buah kedondong yang sudah besar. Saya petik 3 bijik dari kelompok buah yang sudah matured. Saya kopek kulitnya. Iris kecik2 dan masukkan dalam mangkuk. Letak kicap dan sedikit gula. Fuuh...memang best.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...