Sunday, October 6, 2013

Ikan Percik Special

"Yang, masak ikan percik boleh?" pinta saya pada isteri setelah berkunjung ke pasar pada pagi nya. Sudah agak lama teringin nak makan ikan percik. Dipendekkan cerita hajat ini telah dipenuhi. 

Isteri saya telah menggunakan kepakarannya dalam menyediakan ikan kembong percik bersaiz sederhana yang delicious dan special ini. Kebetulan pula petang nanti ada program ziarah dua anak kami di UIA Gombak. Jadi kami akan menjamu selera 'homemade' ini bersama anak2 di sana. 


Kami memilih satu nice spot di tepi anak sungai di tengah2 kampus UIA Gombak ini iaitu di Cafe' Econs. Suasana sunyi hujung minggu dan ketenangan aliran air dan keindahan pemandangan serta deruan angin sepoi2 bahasa telah menyerlahkan santai dan memanafaatkan masa berkualiti kami sekeluarga. 


Resepi istimewa ikan percik Kelantan ini boleh didapati pada pautan Fzmenu. Selamat mencuba kepada anda pencinta ikan percik sekelian.


Sungguh Lazat Ayam Percik Kelantan Ini

Panggang Ikan Dengan Api Kecik Atas Dapur Gas
Menggantikan Bakaran Menggunakan Bara Panas

Gravy Percik Mestilah Power Baru Kesedapannya Terserlah

Sejuk Mata Memandang Di Cafe' Econs UIA
Lebih Berseri Dengan Hidangan Yang Berselera


RESEPI IKAN PERCIK 
  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping

Caranya:


  1. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  2. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  3. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  4. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  5. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan kuah semasa menghidang.

@@@

Saturday, September 21, 2013

Lembah Beringin

Hari ini saya dan isteri berkunjung ke rumah lama kami di Lembah Beringin. Alhamdulillah terasa tenang jiwa di sulami kenangan tika kami bertapak di sini dulu. Kami adalah antara pioneer iaitu penduduk terawal di daerah ini. Sticker Lembah Beringin yang masih tertampal di cermin depan kereta kami itu sebagai buktinya. Tidak ramai yang masih punyai sticker ini. 

Saya sekeluarga menduduki rumah ini pada tahun 1998-2002 iaitu kira2 15 tahun lalu selama 4 tahun. Amir anak sulong kami sempat bersekolah hingga darjah 5 di daerah ini. Amir kini mahasiswa tahun 3 di UIA Gombak. Selepas itu kami sewakan rumah ini kepada tiga penyewa berlainan. Sehingga bulan Ogos yang lalu pabila penyewa terakhir kami tamat tempohnya. Kini rumah ini kembali kosong dan saya berpeluang untuk kembali ke sini pada setiap kesempatan. 

Tidak banyak perubahan di sini. Tetap tenang, hijau dan segar. Pada peminat alam yang indah permai bebas daripada hiruk pikuk kota, inilah tempat anda. Saya mengiklankan rumah ini untuk dijual di mudah.com sekiranya ada yang berminat bolehlah mencarinya di sana. Itu pun sebelum saya mengubah fikiran. Kerana sebenarnya saya sangat sayang rumah kami ini. InsyaAllah mungkin saya jadikan weekend house kami sekeluarga buat sementara ini. Atau kembali mengundang penyewa yang berhemah dan penyayang untuk menyewanya. Lembah Beringin sebuah daerah cinta kami.

Kanak2 Riang Bermain Di Playground Depan Rumah Kami
Rumah No.9 Jalan Kenari 22C
Kawasan Lapang Depan Rumah
Tenang dan Aman Sejahtera
Depan Rumah Ada Playground
3 Bilek Tidor 2 Bilek Air - 22'x65'


Thursday, August 15, 2013

Ria Cameron Hotel

Cameron Highland still a nice place to take a break from the hustle and bustle of city life. Plenty of reasonable hotels to choose from. We choose Ria Cameron Hotel on our recent trip simply because it is located at convenience area, free parking right at the doorstep, comfortable family room for 5 of us, friendly owner, neat and clean room, with affordable fee of RM200 per night. By the way got Astro at touch of a button for my son and me to watch Barca vs Harimau Malaya that night. The Hotel is just a walking distance to the famous Brinchang pasar malam, the mosque at the back, surrounding shops and amenities.

Jot down the number: 05-4901 777 just in case. @@@









Wednesday, August 14, 2013

Cameron Highland

Kalau nak cari hotel yang tak ada aircond maka Cameron Highland jawabnya. Tapi shower kena ada heater la kan. Kalau tak memang tak mandi la jawabnya. Pusat peranginan Cameron Highland ini memang terkenal dengan cuaca yang dingin dan nyaman. Pemandangan yang indah dan udara yang segar. Maka ia menjadi destinasi popular untuk rehat dan santai. Ladang2 teh menjadi tarikan utama. Kebun2 sayur yang banyak di lembah2 dan lerengan bukit menjadikan tempat ini menarik dan unik. Terdapat juga banyak strawberi park, rose farm dan bee farm untuk di terokai. Kedai2 souvenior yang banyak dan pasar malam di Berincang pada setiap hari sabtu memang popular. Anyway yang best bagi saya ialah aneka sayur2an yang terdapat di sini. Harganya juga sangat berpatutan.
















Breathtaking Views
Fresh and Cool Air
Vegetable Delights
Tea & Strawberry
Corn & Roses
and the Bees..

Steamboat Segera

Fuyoo agak segar dan sedap hidangan steamboat ini. Satu juadah yang penuh khasiat. Tak heran lah ia menjadi kegemaran terutamanya bagi kaum Tionghua. Pada kunjungan ke Cameron Highland tempoh hari sesuai dengan sayur2 segar yang banyak di sana maka isteri saya telah menyediakan juadah steamboat ini for dinner di bilek hotel. Ringkas dan padat. Memang best. 

Resepinya untuk dicuba:

  1. Masukkan air ke dalam rice cooker & didihkan.
  2. Masukkan bawang puteh yang di ketuk dua ulas. 
  3. Masukkan perencah tomyam (atau kiub perasa kegemaran anda).
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan irisan fish-ball dan yang sewaktu dgnnya.
  6. Last sekali baru masukkan hirisan sayur2an.
  7. Then ready untuk di makan.
  8. Serve fresh & jangan over cook.


 








Hidangan Steamboat
Kuahnya Sedap Di Hirup
Nikmat Makan
Di Kedinginan Malam





Tuesday, July 23, 2013

Nangka Kuning

Nangka kuning ini agak special. Isinya kuning dan kering. Rasanya manis yang sederhana. Memang best. Pokok yg ada di laman saya ini tak sebesar mana pun. Ini kali kedua buahnya menjadi, namun saiz buahnya jauh lebih kecil berbanding dengan kali pertama dulu. Mungkin kekurangan baja atau tanah yang tidak subur sangat. Anyway walaupun kecil buahnya elok dan tiada bahagian yang rusak. 


Saiz Kecik Macam Buah Durian
 
Buah Elok Tidak Rusak

Isi Kuning Memang Best


Tuesday, July 16, 2013

Nangka Yang Enak

Pokok nangka sebatang kat depan rumah ni sangat rajin berbuah. Buah pertama yg masak sudah saya khabarkan pada posting terdahulu. Kini tiba masanya untuk buah yang kedua. Pada 5 Ramadan ia masak ranum. Saya tak perasan tapi baunya semerbak telah mendetikkan saya untuk pi check. Ya benar sudah masak. Malah satu suku sudah mula rusak. 

Anyway saya teruslah membelah dan meneroka sebiji nangka kurniaan Allah ini. Subhanallah hebat ciptaan Allah. Buahnya yang kuning keorenan itu tersusun elok di celah2 serat2 ibarat rumpai itu. Buahnya tidaklah besar sangat tapi isinya agak banyak juga. Bagi memudahkan proses memakan untuk para pemakan nanti dan mencetus selera untuk ngap maka saya dengan rela hati terus saja keluarkan bijiknya tika mengeluarkan buah2 nangka madu ini. Hasilnya marvellous. Semua suka. 

Sempena Ramadan yang mulia ini, isteri saya sedekahkan tiga tupperware buah nangka madu tanpa biji ini untuk di nikmati oleh tiga kelompok mahasiswa UIA yg sedang berjihad menutut ilmu Allah. Satu buat Iman di UIA PJ, satu buat Farihin di UIA Gombak, dan satu untuk anak sulong Amir juga di UIA Gombak Marhalah Farouk. 

Maka buah nangka kurniaan Allah ini telah dinikmati bersama-sama kawan sebilik masing2. Respon masing2 yang terpahat di SMS ialah "Sedap giler" @ "Manis bangat". Hebat ciptaan Mu ya Allah. Segar dan kering, manis sungguh dan enak benar buah nangka madu ini. Alhamdulillah. Kami syukur pada Mu.




 



Tuesday, July 9, 2013

Tebu oh Tebu

Yes sir air tebu time. Semalam 10 batang tebu telah ditumbangkan. Nak pi upah mesin hari ni. Akan di pek dalam bag plastik dan di simpan dalam freezer. Akan defrost ikut keperluan. Dapat lah buat bekalan untuk buka puasa sepanjang Ramadan ini. Alhmadulillah.



NURSERI KERINGAT

Bermula bulan ogos iaitu kiranya satu bulan lalu saya mulakan satu projek, iaitu menyemai dan mengembang biak spesis terpilih. Pelbagai spes...