Tuesday, July 9, 2013

Pulut Durian

Beli durian hutan yang fresh di KKB semalam. Dah lama tak merasa keenakan durian ni. Sambil tu isteri sediakan juadah pulut durian. Memang ada class.




Tembikai Ice Blended

Pada hari minggu lepas beli tembikai dua biji di Tesco. Harganya cuma 99sen se Kg. Jadi dua biji tu cuma RM7.50 sahaja. Dalam suasana cuaca panas ni memang best makan hirisan buah tembikai. Sambil tu semalam saya blend hirisan tembikai ini untuk jadikan air tembikai yang sungguh sedap. Tambah sedikit gula, ketulan ais dan air sejuk. Blend secukup rasa dan nikmati kelazatan minuman ori yang semulajadi. Alhamdulillah.




Nangka Madu Enterprise

Alhamdulillah sebiji nangka madu antara enam biji yang bergayutan di dahan pokok telah dapat di tuai. Tanda masak ialah bila kita dapat bau aroma buahnya, maka itu tanda sudah masak dan boleh di ambil buahnya dari pokok. Lima biji yang lain tu belum ada bau lagi. Harapnya sepanjang bulan Ramadan ini masak satu persatu, jadi bolehlah di bawa ke masjid buahnya untuk dinikmati oleh ahli khariah.





Wednesday, July 3, 2013

Cucur Kodok

Don't worry no kodok inside. It is just a name of this very economical food or snack. I think it should solve world hunger problem. Just imagine one kilogram of flour cost about RM1.50 can actually produce maybe 200 pieces of cucur kodok. Eating 20 pieces each can really feed about 10 adult persons at one go. Wow breakfast or lunch for 10 adults that cost RM1.50 only with air kosong off course. Yes sir. My solution to world hunger !! No more starvation. Period.

Secret Recipe:
1. Stir flour with water till mix well and add a bit of salt.
2. Add slice of onions and ikan bilis/udang if you wish.
3. Fry it in hot cooking oil til well done.
4. Dry it on piece of paper and ready to serve.

Cucur Kodok Enterprise
Best Eat after dip in Chilli Sauce and Sugar

Monday, July 1, 2013

Ketupat Sotong

Weekend lepas isteri saya memenuhkan hajat saya yang sekian lama mengidam ketupat sotong @ pulut sotong. Ketupat sotong ini adalah dalam kategori snek atau desert, bukan main course atau lauk-pauk. Sotong yang bersaiz kecil menjadi peberet saya kerana boleh di ngap dengan sekali ngap bersama kuah pekat warna coklat itu. Tapi awas rasanya yang manis mungkin tidak manis untuk pesakit kencing manis. Namun begitu setakat nak menyantapnya sekali setahun atau dua kali setahun atau sekali sebulan rasanya tidak mendatangkan mudarat yang besar. Nasihat peribadi saya ialah makanlah apa jua hidangan yang terlintas di fikiran dengan kadar berpatutan tika mulut dan lidah boleh merasakan nikmat makan. Kerana akan tiba satu masa nanti apa pun tak boleh di makan atau di minum lagi. Apatah lagi jika sudah mati. Jadi saya amat berpantang orang yang berpantang. Makan je apa yg patut. Hidup bukan untuk makan tapi makan adalah salah satu nikmat hidup. Nikmat saya pada weekend lepas ialah dapat santap Ketupat Sotong. Jangan marah. Yami yami sedap giler..



Ketupat Sotong Yang Selamba Rock
Bersama Kuah Coklat Yang Manis Dan Lazat

Sunday, June 23, 2013

Cili Hijau Besar

Cili hijau besar ini rajin berbuah. Last week bubuh baja tahi ayam. Cahaya matahari yg cukup memberikan suasana yg kondusif. Hari tu tak lebat sangat cilinya, tapi minggu ini saya lihat berjebak-jebak keluar cili besar ini. Salah satu kegunaan cili besar ini ialah di potong nipis2 dan di goreng bersama daging garam kunyit yg juga di potong nipis. Bila daging yg di goreng sudah agak garing barulah di masukkan hirisan cili besar ini bersama hirisan bawang besar. Godek2 sekejap dalam kuali dan siap untuk dihidang dalam pinggan.






Thursday, June 20, 2013

Musim Bunga

Musim bunga di Impiana Iman. Keindahan itu nikmat Allah jua. Bersyukur kita atas segala nikmat-Nya. Nikmati musim bunga ini dengan penuh kesyukuran pada Yang Esa.











Wednesday, June 12, 2013

Keladi Hiasan

Keladi ada keunikan tersendiri dalam seni laman. Keladi memberi perpektif berbeza yang penuh santai dan ketenangan. Awas miang keladi.







Buah Nangka

Pokok nangka madu depan rumah saya rajin berbuah. Saya kira enam bijik semuanya. Rasanya dalam dua minggu lagi akan masak ranum. 





Seni Laman

Seni laman adalah anugerah. Setiap insan ada citarasa tersendiri. Kecantekan pada sudut pandangan mata tidak mungkin sama gambaran pada sebuah fotografi atau lukisan cantek. Anugerah mata dan seni adalah nikmat Allah yang maha hebat.

















NURSERI KERINGAT

Bermula bulan ogos iaitu kiranya satu bulan lalu saya mulakan satu projek, iaitu menyemai dan mengembang biak spesis terpilih. Pelbagai spes...