CLICK my AD

Sunday, February 23, 2014

Gotong Royong

Pagi ini berlangsung program gotong-royong di Masjid As-Salam bermula seawal pukul 8:00 pagi. Antara kerja2 yang dilaksanakan secara gotong royong ialah mencuci tempat ambil wudhuk, bilek air, lantai masjid, vacum carpet di ruang solat, menanam anak2 pokok, membuat garisan parking motor, membersih persekitaran dan mencantas pokok2 di sekeliling masjid. Mengikut Tn Nazir, tempat parking kereta juga akan diubahsuai untuk kemudahan jemaah. Sarapan pagi dan juadah makan tgh telah disediakan oleh pihak Masjid. Sukarelawan daripada Pulapol, MDHS, dan ahli khariah sekelian telah mengambil bahagian. Pihak MDHS juga menyediakan lori dan jentolak. Sumbangan anak2 pokok, tanah dan baja juga telah dibekalkan oleh para penyumbang sekelian. Majlis gotong royong ini telah selesai dengan jayanya sekitar pukul 12:30tgh. Alhamdulillah.















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...