Sunday, November 20, 2011
Nangka Madu Sudah Masak
Buah nangka madu yang sudah agak lama membesar kat dahan pokok depan rumah tu pagi ini aku telah potong untuk dapatkan hasilnya. Sejak beberapa minggu ini, aku sering check samada ia sudah masak atau belum, Namun tiada tanda seperti warna berubah atau bau masak, maka agak payah untuk aku menentukan samada ia sudah matang untuk dituai atau tidak. Pernah suatu ketika dulu aku petik buah yg terlalu muda. Walaupun telah di peram untuk beberapa lama tapi masih muda isinya, rugi sahaja.
Ada pula satu masa lain tunggu punya tunggu buahnya luruh sendiri, dan 80% daripadanya sudah membusuk dan rusak. Ada kawan kat surau bagitau tengok daun kat tangkai buah tu, kalau dah menguning maka itu tandanya buah dah masak. Cuma masalahnya kadang daun kat tangkai tu dah tak ada. Anyway buah yang aku petik hari ini alhamdulillah 75% daripadanya elok. Isinya memang first class. Segala puji bagi Allah.
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TRAVELOG UMRAH #2
Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
4 comments:
memang manis....padat isinya...jerami pun kurang ya...
TQ zul. Ya betul, memang manis, jerami tu pun ada yg boleh makan. Mula2 ulas tu kering macam dlm gambar. Memang first class. Tapi bila dah lama dia sudah lembab. Mungkin ada gas keluar kot. Tak boleh biar lama takut rusak. Malam tu terus bawak ke surau, bagi rasa ramai2.
Wah lama tak makan nangka fresh. Nampak manis betul tu.
TQ Malay-Kadazan girl. Memang sedap di makan fresh. Terlebih manis kerana hasil tanaman sendiri.
Post a Comment