Saturday, June 18, 2011

Update Laman

Limau Kasturi

Tebu Kuning Sedia Di Tuai

Lemon Rajin Berbuah

Lada Hijau Masih Bertahan

Kelapa Pandan

Dah lama benau rasanya tak berbloging di sini. Laman rumah pun tak berapa terurus, Cuma sekali sebulan kenalah mesin rumput, kalau tak kemuncup bermaharajalela. Pagi ni lepas balik dari pasar, singgah sat dan tinjau2 kat laman rumah. Sambil tu snap beberapa keping gambar buat update terkini apa yang ada. Antara buah yang ada kat pokok ialah buah lemon, limau purut, limau kasturi, kelapa pandan, lada hijau, dan tebu.


Deretan pokok pisang di kiri rumah masih stagnent, tak mau berbuah dia. Walaupun di awal dulu iaitu dalam 6 bulan dulu pertumbuhannya agak mendadak. Mungkin sudah tak ada baja. Sudah sampai masa di kayai dengan baja agar berbuah. Ikut logiknya dah sampai umur.



Beberapa bulan lepas saya tanam lagi sebaris tebu kuning kat tepi pagar sebelah kiri rumah. Nampak baru nak tumbuh elok. Dulunya kawasan ini dipenuhi pokok hiasan pagar. Kemudian bila dak menyemak saya pun buangkan semua dan diganti dengan semaian tebu ini.


Transformasi Pokok Kedondong

Pokok kedondong yang saya transfer dari tapak asal kat depan rumah dan bawak masuk tanam sebelah rumah okid tu pun nampaknya mula tumbuh balik.

@@@

6 comments:

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum,
xsangka blog ni pasal tanam menanan ni.

wahh, mard suka betul kalau bab2 pokok ni.

share lah lg pasal update ape2 pokok y ditanam ye.

Penglipur Lara said...

Salam tuan..
Terima kasih sudi singgah blog saya...

Di rumah saya (M'sia) ada kami tanam pokok limau..pokok tu da besar tinggi 2.5 meter tp tak berbuah pon lagi. ada cadangan baja tak? Sebab pokok tu sehat sgt, jd kami tak pernah membaja pon lagi..
Jazakallah khair.

School Of Tots said...

TQ ukhti mardiah, tak rugi berbudi pada bumi. Cuma jgn biarkan mereka kelaparan & kehausan, terutamanya yg ditanam dlm pasu.

School Of Tots said...

TQ Penglipur Lara. Saya ada masalah yg sama dgn pokok limau nipis saya. Dah tinggi 7 kaki tapi bayang2 buah pun tak nampak. Daun sikit punya lebat. Saya selalu bubuh baja 1515. Kalu nak try tahi lembu atau tahi kambing kering boleh jugak.

HAJI said...

seronok tengok hasil-hasil tanaman tuan...pokok pisang tu tak berbuah sebab iannya mungkin baka hybrid tissue culture. pokok hybrid akan terhenti berbuah setelah beberapa kali mengeluarkan hasil...

School Of Tots said...

TQ Haji. Pokok pisang masih gagal berbuah hingga ke saat ini. InsyaAllah tak lama lagi berbuah la tu. Namun buah rambutan mulai memasak. Ada 3 pokok dan kesemuanya berbuah tahun ni, Alhamdulillah. Pokok longan pingpong pun berbuah juga beberapa tangkai, tapi belum sempat matang sudah dirembat tupai2 jalanan, memang rezki dia. Pokok nangka depan rumah tu pun rajin berbuah, cuma masalah tak tau bila nak di tuai, sebab picit2 keras lagi, bau pun takde, last2 tergolek jatuh & busuk. Dapat makan beberapa ulas sahaja...ish ish. Tu ada 3 bijik lagi kat pokok. Ada apa2 petua Tuan2 ?

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...