CLICK my AD

Saturday, June 18, 2011

Nangka Madu Depan Rumah



Pokok Nangka Madu depan rumah belajar berbuah. Harap dapat mekar dan masak buahnya, tidak gugur atau busuk di tengah jalan. Asalnya saya semai biji dari biji nangka madu yang saya beli di tepi jalan kat Rawang. Selalu kita tengok orang berniaga nangka madu dengan harga RM2 satu pek atau RM5 untuk tiga pek. Apabila di semai dalam poli beg tumbuh la pulak. Kemudian saya tanam kat depan rumah seberang jalan. Rasanya dah 5 tahun berlalu. Pokoknya dah tinggi 12 kaki. sebelum ni rajin berbunga tapi buah2 kecil yang beru nak menjadi habis buruk. Jadi saya cuba bungkus dan Alhamdulillah dua bijik ni nampaknya nak membesar elok. Harap dapat merasa la isinya yang manis tu.

@@@

2 comments:

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum,
mard ada semai jugak biji nangka madu y abah beli tepi jalan, bila semuanya dah tinggi paras betis, abah mard buang, abah kata, pokok nangka tu, kacuk, dia x bo berbuah dari biji macam tu ja.

tp, knapa nangka tuan ni, berbuah?
terkilannya, dalam 5 ke 6 batang ada masa tu.

School Of Tots said...

TQ ukhti mardhiah. Ingatkan dulu tak nak berbuah. Pokok dah lama besar. Tup tup berbuah la pulak. Alhamdulillah. Semuanya Allah punya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...