CLICK my AD

Saturday, May 29, 2010

Buah Naga





Alhamdulillah pagi semalam sambil dok clear laman, isteri dengan gumbiranya memberitahu, "Pa, tengok ni, pokok dragon fruit sudah keluar buah." Memang benar, kelihatan beberapa kelopak muda buahnya mula berputik. Setelah lebihkurang dua tahun penantian, empat batang pokok dragon fruit ini kami tanam, akhirnya menampakkan hasil buahnya. Mungkin juga berkat khasiat baja bio compost keluaran jabatan pertanian yang saya bubuh sebulan lepas. Harap2 melekat menjadi buah yang subur, bukan gugur di tengah jalan. Maklumlah buah sulong, apa2 kemungkinan boleh berlaku.

Pokok longan ping-pong juga berbuah walaupun tidak lebat. Isinya manis bak gula. Kelihatan beberapa bijik sudah menjadi santapan si tupai yang kadang2 bekunjung mencari rezki. Isteri berbisik, "Ya Allah, tinggalkan baki sedikit kepada kami untuk dinikmati, jangan semuanya menjadi habuan si tupai."

Saya juga sempat menanam pokok mangga harum madu di tapak rumpun tebu yang sudah dilupus hayat. Benih mangga saya semai beberapa lama dulu dan terbiar dalam poly bag kat belakang rumah. Jadi sementelah ada ruang tu, saya pun tanam je lah. Tak rugi berbudi pada tanah.

Saya mengemburkan tapak tanaman itu dan mengeluarkan batu2 dan tanah2 ko
ntang. Kebetulan pula dua minggu lepas, saya buat projek mengeluarkan bahan2 buangan dari longkang2 sebelah kanan rumah, yang 90% nya terdiri dari tanah2 subur. Dapat satu tong besar, jadi saya ambil peluang menggunakan tanah ini untuk menanam benih mangga harum madu ini. Semoga tumbuh dan membesar dengan sihat. Ditakdirkan tidak sempat menikmati hasil buahnya, saya niatkan sebagai sedekah jariah kalau tidak ditebang orang nanti.

Pisang emas sudah menampakkankan jantungnya dan pokok lada hijau pun nampaknya rajin berbuah. Oh ya lemon yang besar itu, seronok beb. Dan macam biasalah saya dan isteri mencantas apa yang patut dan membuang semak
samun demi melapangkan sedikit suasana dan mencantekkan laman rumah. Ini sebahagian dari riadah mingguan dan cara yang baik untuk mengeluarkan peluh menggantikan senaman biasa.

S
empat juga memetik 3 biji kelapa pandan dan 2 biji kelapa ganding untuk dinikmati kelazatan air dan isinya. Syukur banyak2 atas segala nikmat yang dikurniakan Allah ini. Amiin.

@@@

Friday, May 7, 2010

Ekspedisi Gunung Ledang


Anak jantan kenalah lasak sikit. Jadi bila dikhabarkan kepada saya oleh Amir kat UIA tu bahawa hari Isnin ni dia dan kawan2nya merancang untuk mendaki Gunung Ledang, saya menerimanya dengan terbuka. Dia orang ni cuti semesta 3 minggu. Ini adalah pengalaman kedua untuk Amir dalam mendaki gunung setelah Gunung Angsi di N9 dua bulan lalu.

Ekspedisi kali ini sudah tentu lebih mencabar kerana ketinggian Gunung Ledang ni ialah 4,187' berbanding dengan Gunung Angsi yang ketinggiannya hanya 2,702' dari paras laut. Kumpulan mereka seramai 10 orang ini di jadualkan memulakan pendakian pada hari Isnin 10/5/10 dengan di bantu oleh seorang penunjuk arah professional.

Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan masyarakat hingga kini. Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Penjajah British pula mengelar gunung ini Mt. Ophir kerana keindahannya yang tersendiri. TrailTrail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:- Ayer Panas Trail Lagenda Trail Asahan Trail Ulu Jementah Trail Telekom Tower Road. Rujuk blog.

Semoga ekspedisi ini akan berjaya dan dapat pula memberikan pengalaman berguna kepada Amir & the gang. Mulakan dengan doa dan hiasi langkah ke puncak dengan zikrullah. Buatlah persediaan secukupnya seperti fitness, bekalan makanan dan minuman, peralatan, dan khemah. Semangat tidak putus asa dan terus berusaha ke puncak mestilah dihayati oleh team members, jika tidak akan ada yang give-up dan cuba mempengaruhi yang lain untuk give-up sama. Sebagaimana ekspedisi pertama dulu di mana dari 30+ peserta, cuma 8 org saja berjaya sampai ke puncak.

Hayatilah keindahan alam dan penciptaan Allah SWT agar rasa kecil seorang hamba berdepan dengan kebesaran Allah SWT pada setiap masa dan keadaan. Bergantung harap tiada pada yang lain melainkan pada Allah SWT semata pada setiap detik, setelah bersedia, berusaha, dan bertawakal pada-Nya. Jaga solat dan akhlak. Papa doakan anakanda selamat pergi dan pulang dengan membawa jatidiri mantap dan pengalaman berharga. Mulakan langkah dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.

@@@

Monday, May 3, 2010

Bio Organic Compost

Wow sudah agak lama tidak ada posting baru di sini. Aktiviti di laman hanya terbatas sekali sekala untuk mesin rumput. Cuaca agak panas dan kemalasan untuk ber aktiviti di luar rumah semenjak dua menjak ini kerana lebih suka duduk di sofa membaca buku2 yang di pinjam dari library pada setiap kelapangan. Lebih2 lagi dua minggu lepas asyik sibuk dengan demam pilihanraya kecil Hulu Selangor membataskan idea untuk posting baru di blog Keringat.

Weekend baru ni sempatlah menjenguk sebentar ke laman bersama menteri perumahan dan kerajaan tempatan iaitu isteri tercinta. Pokok gajus pun sudah berbuah. Sambil dok tinjau2 ni, maka isteri mencadangkan beberapa perkara iaitu:
  1. Membaja pokok2 terpilih dengan baja 'bio organic compost' yang ada dalam stok, yang isteri saya telah dapat free dari jabatan pertanian beberapa bulan yang lampau. Pokok2 terpilih itu ialah pokok limau nipis, pokok lemon, pokok mata kucing, pokok longan ping-pong, pisang berangan dan pokok cempedak. Habis sekampit baja.
  2. Kemudian clearkan kawasan persekitaran pokok limau nipis untuk memberi raung ia bernafas dan membesar dengan lebih subur hingga mampu menghasilkan buah sulong idaman bersama.
  3. Seterusnya trim dan 'housekeep' apa yang patut terutamanya semak samun dan lalang termasuklah juga pelepah pisang dan batang2 pokok kantan. Tapi belum sempat di nyah buang kat kaki bukit lagi, kerana sudah habis stamina dan keletihan. Sambung lagi weekend depan.
  4. Tanam pokok kenanga dalam pasu. Anak pokok ini dibeli oleh isteri dengan harga RM5 di sebuah nurseri di KKB minggu lepas. Bau bunganya wangi semerbak.
Semoga aktiviti outdoor akan diteruskan demi gaya hidup sihat menggantikan masa lepak atas sofa, berbaring santai, menonton TV, atau mengadap PC. Nikmat kesihatan yang Allah bagi pinjam ini wajib di syukuri, hargai dan dijagai sebelum di tarik balik atau tamat tempohnya.

Hari2 mendatang akan terus dipenuhi dengan langkah positif dan bersemangat, sebelum jasad ini menjadi 'bio organic compost'. Kurangkan tidur dan banyakkan aktiviti berfaedah,
insyaAllah.

@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...