Weekend baru ni sempatlah menjenguk sebentar ke laman bersama menteri perumahan dan kerajaan tempatan iaitu isteri tercinta. Pokok gajus pun sudah berbuah. Sambil dok tinjau2 ni, maka isteri mencadangkan beberapa perkara iaitu:
- Membaja pokok2 terpilih dengan baja 'bio organic compost' yang ada dalam stok, yang isteri saya telah dapat free dari jabatan pertanian beberapa bulan yang lampau. Pokok2 terpilih itu ialah pokok limau nipis, pokok lemon, pokok mata kucing, pokok longan ping-pong, pisang berangan dan pokok cempedak. Habis sekampit baja.
- Kemudian clearkan kawasan persekitaran pokok limau nipis untuk memberi raung ia bernafas dan membesar dengan lebih subur hingga mampu menghasilkan buah sulong idaman bersama.
- Seterusnya trim dan 'housekeep' apa yang patut terutamanya semak samun dan lalang termasuklah juga pelepah pisang dan batang2 pokok kantan. Tapi belum sempat di nyah buang kat kaki bukit lagi, kerana sudah habis stamina dan keletihan. Sambung lagi weekend depan.
- Tanam pokok kenanga dalam pasu. Anak pokok ini dibeli oleh isteri dengan harga RM5 di sebuah nurseri di KKB minggu lepas. Bau bunganya wangi semerbak.
Hari2 mendatang akan terus dipenuhi dengan langkah positif dan bersemangat, sebelum jasad ini menjadi 'bio organic compost'. Kurangkan tidur dan banyakkan aktiviti berfaedah, insyaAllah.
@@@
1 comment:
hahha silah,abg, papa mcm perli kite jek pasal tido...hahahhaha
ok2...insyalah pasni berubah...hahhaha
Post a Comment