Sunday, October 17, 2010

Jenguk Di Laman Lihat Keindahan Alam

Kembangkan Kebun Pisang Dengan 6 Anak Pisang Lagi

Subur Dan Menjadi Nampaknya Anak2 Pisang Ni

Kombinasi Pisang Tanduk, Pisang Berangan dan Pisang Emas


Minggu ni kembangkan lagi kebun pisang kat sisi rumah dengan menambah 6 anak pisang lagi. Mula2 kena clearkan 6 pokok hiasan pagar yang besar2 tu yang tingginya melebihi 6 kaki. Kalau kat nurseri saya ingat mau harganya sampai puluhan atau ratusan ringgit. Dua pokok jenis daun hijau tu saya pindahkan ke pasu besar. Harap dapat hidup subur. Dah tak ada ruang yang sesuai untuk tapak baru bagi 4 pokok lagi. di laman rumah.


Jadi fikir punya fikir berpakat dengan anak saya Amir untuk tanam kat atas bukit sana besebelahan taman permainan. Berpeluh la jugak menggali empat lubang sebagai tapak kerana tanah berbatu. Tapi akhirnya berjayalah juga menanamnya. Sebagai mengganti tanah elok di bubuh baja bakar dari tapak bakaran Hj Khairi. Harapnya dapat hidup subur. Cumanya sekarang cuaca agak panas dan hari tak hujan. Nasiblah ye.


Pokok Limau Nipis - Subur Namun Belum Berbuah


Berbalik kepada tujuan asal untuk menambah koleksi pokok pisang kat tapak tepi pagar di sisi kanan rumah, tanahnya kenalah digembur baik punye. Akar2 pokok lama di buang semuanya. Kemudian di buat lubang dan dimasukkan tanah subur yang di sodok dari longkang sekeliling rumah. Seterusnya anak2 pisang baka pisang tanduk dan pisang berangan telah dipindahkan dan di tanam di tapak ini. Semoga serasi dan dapat tumbuh subur.


Itu cerita dua minggu lepas. Minggu ni tinjau-tinjau laman cuci mata...



Cantek Itu Pada Mata Yang Memandang


Minggu ni, saya tinjau2 kat laman. Musim panas agaknya, banyak daun2 kering berguguran. Sambil tu sempat snap beberapa gambar dari pelbagai sudut. Seronok melihat ciptaan Allah ini. Lawa dan ada seni tersendiri pada setiap ciptaannya. Kita hanya mengolah dan mengaturnya sahaja. Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Akukah Jauhari itu?


Kelapa Gading Rajin Berbuah

Bunga Kertas Merah Cili Penyeri Foyer


Kata orang minat dan keinginan adalah permulaan kepada sesuatu usaha yang indah. Itulah agaknya yang berlaku antara kami berdua sang suami dan isteri. Apabila mengolah dan mengatur laman ini bermula sekitar 8 tahun yang lalu. Maka kini terbitlah suatu pemandangan ciptaan Allah yang ada keunikan dan mendatangkan keseronokan tersendiri buat sang suami dan isteri tadi. Turut juga mendapat pujian sekali sekala dari tetamu yang mengenal keindahan atau cendorong kepada keindahan seni taman.
Merenung Keindahan Alam - Kehijauan Dan Kesegaran


Di pinggiran bukit ini jauh dari hiruk pikuk kota sambil menghirup udara segar pada panorama kehijauan, santai di hujung minggu menjadi satu episod kepuasan, kerehatan dan ketenangan. Syukur seorang hamba kepada Pencipta nya. Alhamdulillah.

@@@

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...