Sunday, September 26, 2010

16 Syawal






Pada 16 Syawal ini, isteri sibuk menyiapkan pesanan kek coklat dan biskut raya buat jiran yang membuat tempahan. Seterusnya di siapkan 'belda merah' dan kek coklat untuk di bawa ke 'open house' persatuan penduduk yang bermula pukul 10pagi. Petang nanti rombongan anakanda Amir bersama kawan2nya dari UIA akan berkunjung, jadi di sediakan juadah nasi tomato, gulai ayam, sambal lada & acar mentah, bersama kueh-mueh yang lain.


Alhamdulillah sekitar pukul 11tgh kami berkunjung ke rumah terbuka persatuan penduduk yang di adakan di hadapan Surau Al-Faaizeen, dihadiri seluruh penduduk taman Fasa Anggerik. Menu utama ialah Nasi Beriani hidangan Siti Catering yang di taja oleh salah seorang ahli khariah. Seterusnya segala juadah lain disumbangkan secara 'potluck'. YB Md Isa, Adun Batang Kali juga sempat meluangkan masa bersama isteri untuk menghadiri majlis.


Kemudian kami bergegas ke Majlis Kenduri anak pasangan Ustaz Hassan Basri dan Ustazah Jamilah yang diadakan di Dewan Orang Ramai bersebelahan dengan SMK BB. Kami yang sudah kekenyangan mengambil sedikit lauk-pauk untuk dinikmati bersama dessert dan minuman. Majlis di serikan dengan iringan lagu2 persembahan dari kumpulan Raihan.

Seterusnya kami pulang untuk mengemas rumah dan isteri ke dapur memulakan masakan. Sekitar pukul 2ptg sahabat saya Sdra Bakar sekeluarga tiba dari Rawang, kerana sms jemputan raya yang saya hantar kepadanya sebenarnya untuk hari sabtu depan tapi telah di anggap jemputan untuk minggu ini. Silap saya kerana menghantar sms itu awal sangat...he he. Maka kelam kabutlah buat apa yang patut. Juadah kering raya saja yang sempat disediakan. Jemput datang lagi untuk hidangan nasi dagang minggu depan ye Bakar.



Amir dan sahabat2nya tiba sekitar pukul 5ptg. Maka meriahlah suasana di rumah kami. Hidangan nasi tomato bersama gulai ayam itu licin di nikmati tetamu sekelian, Alhamdulillah. Dessert special iaiatu 'cocktail' sebagai pembasuh mulut. Mereka juga mendirikan solat berjemaah asar dan maghrib di ruang tamu.


@@@

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...