Monday, February 22, 2010

Gunung Batu Puteh


Gunung Batu Puteh adalah gunung ke-8 tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2,131m (6,993 kaki) dari aras laut. Ia terletak di sempadan negeri Perak dan dapat di masuki melalui Pusat Rekreasi Kuala Wok, 10km dari Tapah. Pendaki selalunya bermalam di tapak perkhemahan Gunung Batu Kok pada aras ketinggian 1,440m.

10 Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia:

1. Gunung Tahan (2,190m)
2. Gunung Korbu (2,183m)
3. Gunung Yong Belar (2,181m)
4. Gunung Gayong (2,173m)
5. Gunung Chamah (2,171m)
6. Gunung Yong Yap (2,168m)
7. Gunung Ulu Sepat (2,158m)
8. Gunung Batu Putih (2,131m)
9. Gunung Irau (2,110m)
10. Gunung Benom (2,107m)

Memetik pengalaman Sdra Maswafi pada blog beliau dapat menggambarkan suasana di Gunung Batu Puteh.


“Selepas sejam perjalanan bentuk muka buminya lebih banyak kepada batu-batu besar hingga menyukarkan pendakian kerana terpaksa berpaut pada kayu dan tali yang ditinggalkan oleh pendaki terdahulu. Terdapat juga sebuah batu besar yang betul-betul terletak di sebelah gaung yang cukup bahaya mengingatkan aku kepada Batu Hampar di Ledang. Sampai di Puncak Batu Kak kami singgah sekejap melihat puncak Gunung Batu Putih mengikut masyarakat asli dan mengikut peta (tentera). Bagi aku unjuran Gunung Batu Putih yang diberikan oleh masyarakat asli lebih menepati maksudnya kerana ia tersergam seperti batu putih yang licin disekelilingnya sebesar banglo Siti Nurhaliza. Apapun permandangan 360 darjah dari Puncak Batu Kak sangat indah jika mahu melihat Gunung Batu Putih, samala indahnya melihat Everest dari puncak Kala Pattar.”


Anak sulong kami Amir Asyraf mengikut perancangannya, akan menyertai ekspedisi pendakian ini buat pertama kalinya bersama kumpulan 40 orang ahli Kelab Adventure UIA. Rombongan mereka dijangka bertolak pada pagi Selasa 23 Feb 2010 dari Kampus UIA, PJ. Semoga latihan ringkas yang diberikan oleh pihak penganjur termasuklah ‘fitness test’ dan latihan masak dapat membantu.


Kasut trekking baru telah dibeli. Dan‘backpack’ yang dipinjam daripada Ust Roseam itu pula harapnya dapat melengkapkan peralatan sesuai untuk aktiviti lasak ini. Selamat menempuh pengalaman baru ini dan semoga mendapat pengajaran dalam meneliti kehebatan ciptaan Allah. Semoga pengalaman berguna ini akan membantu dalam melengkapkan diri dalam ekspedisi seterusnya di semesta 4 nanti. Selamat berjaya !!

@@@

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...