Saturday, February 20, 2010

Tanam Limau Kasturi


Pagi ni selepas ke pasar, saya dan isteri pun keluar berkebun di laman. Projek hari ini ialah menanam pohon limau kasturi. Pohon ini di beli oleh isteri pada program bersama Jabatan Pertanian yang di adakan di Surau Al-Bayan semalam. Setelah membuat tinjauan awal di dapati tak ada kawasan yang sesuai, maklumlah semua ruang sudah di tanam pelbagai pokok. Macamana ni?

Isteri saya mengesyorkan supaya di alih pokok salak yang di tanam kat depan tu kerana pokok itu berduri 'jarum tilam' dan merbahaya kepada makhluk bernyawa, terutamanya pembaca meter air Syabas. Sayang la pulak. Kerana pokok salak baka baik ini sudah subur. Saya tanam berpasangan kerana mengikut teori orang kampung, kena berpasangan baru beranak, maksud saya berbuah.

Setelah dipertimbangkan maka dibuat keputusan iaitu pokok salak ini akan di gali dan dipindahkan ke tempat lain. Berkemungkinan besar akan di tanam di kawasan surau Al-Faaizeen. Kalau berbuah besok, kira niat sedekah jariah untuk orang ramai. Maka saya pun ambik 'cok betul besi waja' dan terus bertindak. Dua rumpun pohon salak ini berjaya di keluarkan tanpa cacat cela.

Kemudian saya membuat lubang berukuran 2'x2' di tapak pohon salak tadi. Di buang batu-batan yang ada di dasar lubang. Saya masukkan air dari paip air untuk menguji ketelusan laluan air di dasar lubang. Kerana mengikut teori, jika air tersekat oleh lapisan keras hingga tak dapat terserap ke bawah maka anak pokok akan sakit kerana akarnya akan terendam air. Ok setelah lulus ujian ini maka saya pun memasukkan sekampit tanah baik bercampur dengan tanah yang saya kikis dari parit sekitar rumah. InsyaAllah subur ni.

Kemudian di masukkan air ke dalam poly bag anak pohon limau kasturi supaya mudah dikeluarkan solid bersama akar2 dan tanahnya. Ok berjaya. Di tanam dengan kalimah Bismillah dan doa agar ia akan tumbuh dan hidup subur. Memandangkan lokasinya di luar pagar, maka saya berdoa supaya ia rajin berbuah dan sekiranya ada orang ramai yang sudi memetiknya nanti maka saya niatkan sedekah, insyaAllah.


@@@

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...