Sunday, May 10, 2009

Projek Lada



Last week saya ronda2 kat Fasa Mawar. Saya tengok ada projek tanam lada dalam polybag yg di usahakan oleh Fikri. Sebelum ni Fikri usahakan di laman rumah sewanya. Tapi kini di usahakan secara besar2an. Katanya bagi setiap ekar modal yang diperlukan ialah RM70k kalau upah orang. Tapi dia usahakan sendiri jadi kosnya dapat dikurangkan kepada RM30k (bantuan modal oleh seorang pelabur).

Fikri juga menggaji 2 orang Bangla dengan gaji RM600 sebulan secara sepenuh masa. Pokok2 lada ini di suntik secara sistematik dengan air dan baja sebanyak 5 kali sehari dengan paip2 getah hitam yang disalur ke setiap polybag secara individu bagi menjamin dos yang seimbang.

Pokok2 yg berpenyakit contohnya yg daun menggerutu, daun2 lebar, dan tumbuhan terbantut akan di asingkan untuk di rawat. Pokok2 yng tak dapat diselamatkan perlu diganti baru. Untuk itu lah 1000 polybag disemai untuk standby menggantikan pokok2 berpenyakit tadi. Pekerja2 sepenuh masa pula perlu fokus membuang daun2 kecik, berkulat atau berulat.

Dalam perbualan singkatnya dengan saya petang itu dinyatakan terdapat 4000 polybag yang di bela di tapak berkenaan. Hasilnya boleh di tuai setelah 3 bulan selama 3 bulan berturut2. Jangka hayat pokok lada ini untuk tuaian maksima ialah 6 bulan sahaja. Setiap pokok boleh menghasilkan lada merah sekitar 3kg hingga 4kg dengan harga borong RM6 se kg di Pasar Bukit Sentosa.

Kalau nak di congak hasil maksima semusim 6 bulan itu ialah 4kg x 4000 x RM6 = RM96,000. Setelah tolak modal RM40k maknanya keuntungan lebihkurang RM56,000 iaitu RM9,100 sebulan. Hebat tu. Betul lah kata orang pertanian kini boleh menjana pendapatan yang lumayan kalau kena caranya dan dibuat dgn skala besar.

Untuk itu Fikri telah memohon dengan pejabat tanah Hulu Selangor untuk mengusahakan tanah tapak sekolah sebagai kawasan projek tanaman seterusnya. Saya telah meninjau kawasan itu. Dan ternyata sebahagian kawasan tapak telah diratakan, siap di pagar dan semain polybag juga telah dimulakan.

Tahniah Fikri. Saya juga berminat sebenarnya. Namun bak kata isteri saya fokus kepada tanaman serai dulu. Untuk itu tanah laman rumah kosong depan rumah saya akan saya kembangkan bagi tanaman serai sebanyak 200 rumpun lagi.

4 comments:

fzi said...

Eloklah tu pa, kita fokus buat projek serai dulu. Sekarang pun dah dapat 200 batang sekali tuai dari 5 rumpun, apalagi kali kalau papa tambah 200 rumpun lagi...hehe.. enjoy gargening!

Anonymous said...

Wah... seronoknya projek cili...

School Of Tots said...

Tu la dia...ada kawan ofis hari tu bagitau seekar boleh tanam 7000 rumpun serai. Satu rumpun boleh hasilkan 7kg dlm masa 6 bulan. Kalau kita congak 7000rumpun x 7kg x RM1.80 = RM88,200. Jadi dapat RM14,700 sebulan sebelum tolak modal. Hebat tu beb !!

Melayu Boleh said...

Bagus sekali ni. inilah semangat Melayu Boleh yang kita mahu!

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...