Saturday, August 15, 2020

LAMAN MERDEKA

 










Hari ini 15 Ogos 2020. Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan negara. Pagi ini saya spend masa untuk mesin rumput. Laman pun kelihatan bersih dan berseri. 

Di gate saya telah gantung jalur gemilang sejak bebarapa hari lalu. Kiranya sebagai sumbangan saya dlm meraikan bulan kemerdekaan negara. Itu juga yg saya buat pada  tahun lepas. Jalur gemilang terus berada di situ sepanjang tahun  sehingga mereput dek panas & hujan. Bukan apa, sekadar nak create & raikan suasana. Merdeka itu satu peristiwa yg besar. Wajar diraikan oleh semua anak bangsa, warga negara tercinta. 

Saya sudah berjalan ke banyak negara. Namun Malaysia tetap unik dan tidak boleh ditukar ganti. I belong here. Ini negara saya. Laman rumah yg indah ini kurniaan Allah untuk saya dan keluarga. Rumah freehold ini adalah rumah saya. Di sinilah anak2 dan cucu cicit saya akan berkumpul dan berhimpun sebagai satu keluarga besar. Ini lah rumah pusaka untuk kamu semua. Jagalah dan rapikan ia dgn penuh perasaan dan kasih sayang. Rumah kediaman rasmi Hisham AR ini bersama lamannya aku namakan Impiana Iman. Selagi upaya, aku akan terus maintain laman ini sendiri. Aku syukur atas segala kurniaan ini, ya Allah.

@@@

1 comment:

Warisan Petani said...

Selamat menyambut bulan kemerdekaan

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...