Sudah lama tidak posting perihal hasil tanaman. Dulu selalu jugak keluar cerita2 seni laman bersama hasil2 tanaman yg ada. Baiklah tadi saya ada snap gambar pisang tanduk dan pisang awak yg sedang berbuah lebat.
Anak pisang ni jiran saya yg bagi. Dah setahun rasanya baru mula mengeluarkan hasil. Pisang tanduk memang liat sikit nak berbuah, tapi skali berbuah memang best dan bergaya. Kali ni keluar dua sikat berjumlah dua puluh biji pisang. Rasanya dalam tiga empat minggu lagi, dah masak kot.
Pisang tanduk ni sesuai untuk di goreng, di buat pengat, atau di sigho. Ada orang gelarkan pisang tanduk ni raja sgala pisang. Mungkin sebab kecantekannya dan saiznya yg besar.
Ok nampaknya pisang awak di sebelahnya juga sedang berbuah. Buahnya bersaiz kecil, maka kelihatan begitu lebat. Rasanya ada 20 sikat setandan. Pisang awak ini untuk awak goreng. Goreng memang rangup dan sodap. Nak buat cikodok pisang, jejemput pisang, lempeng pisang atau kek pisang pun boleh kot.
Anyway, pisang kaya dgn vitamin dan zat besi. Tanamlah pisang di laman atau kebun anda. Sepohon pisang setakat ni memang tak berbuah dua kali. Tapi dia rajin beranak pinak. Memang tak putus-putus. Sekali-sekala bubuh la baja, beli kat kdai 2Ringgit pun ok.
Setakat itu pertemuan kali ini. Next saya akan cerita pokok mangga harum manis baka dari perlis yg mula kali pertama berbuah. Mungkin mencecah seratus biji. Besar-besar pulak tu saiznya.
#TanamanDiLaman
#SeronokDapatHasil
1 comment:
Maaf sebelah pokok pisang tanduk tu bukan pisang awak.
Rasanya pokok pisang 40 hari.
Post a Comment