Saya sekeluarga menduduki rumah ini pada tahun 1998-2002 iaitu kira2 15 tahun lalu selama 4 tahun. Amir anak sulong kami sempat bersekolah hingga darjah 5 di daerah ini. Amir kini mahasiswa tahun 3 di UIA Gombak. Selepas itu kami sewakan rumah ini kepada tiga penyewa berlainan. Sehingga bulan Ogos yang lalu pabila penyewa terakhir kami tamat tempohnya. Kini rumah ini kembali kosong dan saya berpeluang untuk kembali ke sini pada setiap kesempatan.
Tidak banyak perubahan di sini. Tetap tenang, hijau dan segar. Pada peminat alam yang indah permai bebas daripada hiruk pikuk kota, inilah tempat anda. Saya mengiklankan rumah ini untuk dijual di mudah.com sekiranya ada yang berminat bolehlah mencarinya di sana. Itu pun sebelum saya mengubah fikiran. Kerana sebenarnya saya sangat sayang rumah kami ini. InsyaAllah mungkin saya jadikan weekend house kami sekeluarga buat sementara ini. Atau kembali mengundang penyewa yang berhemah dan penyayang untuk menyewanya. Lembah Beringin sebuah daerah cinta kami.
Kanak2 Riang Bermain Di Playground Depan Rumah Kami |
Rumah No.9 Jalan Kenari 22C |
Kawasan Lapang Depan Rumah |
Tenang dan Aman Sejahtera |
Depan Rumah Ada Playground |
3 Bilek Tidor 2 Bilek Air - 22'x65' |
4 comments:
Saya dan suami tgh survey rumah utk kami beli, di kawasan lembah beringin. Kami terjumpa blok puan. kami ini bertanya jika puan masih berminat jual rumah puan di lembah beringin. Berapa harga yang puan dan suami puan fikirkan utk harga jualan.
e-mail saya: fazni542 at salam dot uitm dot edu.my (anti-spam)
or faznisusila at yahoo dot com
Rumah saya Sold already. Yang tinggal hanya kenangan indah. Saya memang rekomen beli rumah di LB. Lokasi tenang jiwa dan damai hati.
kalau tiada keberatan, boleh x tuan beri nama & no tel kawan2 yg beli rumah disitu.tetapi yg tidak tinggal disitu
Assalamualaikum tuan, minta whatsapp kami di nombor 0139025678 sy ingin tahu cara untuk menjual rumah kami juga di LB jalan kenari 12e. Harap dapat tuan betkongsi cara. Terima kasih
Post a Comment