"Air kelapa muda kat Keramat RM3 segelas", jelas saya tempoh hari kepada anak2 dan isteri. Hmmm...mahal tu. Alhmadulillah pokok yang saya tanam 8 tahun yang lalu hidup subur dan terus berbuah saban masa. Ada sebatang pokok kelapa pandan dan sebatang lagi pokok kelapa gading. Kedua2nya tak putus2 berbuah.
"Cuaca panas 40 darjah sekarang ni, lebih panas dari Mekah", kata Abang Azhar, kawan ofis saya kat kantin pada hari Jumaat yang lalu. Memang cuaca panas kebelakangan ini. Jadi bila cuti hujung minggu ni, semalam dan hari ini, saya pun ambil tangga dan memulas buah2 kelapa yang sudah matang itu. Semalam saya petik 4 bijik kelapa pandan, dan hari ini 4 bijik kelapa gading. Masa petik kelapa gading kat depan rumah tadi, Hj Munir jiran saya lalu dengan skuternya balik dari surau. Saya pun menawarkan beberapa biji kelapa gading kepadanya. Alhamdulillah.
Air kelapa ini saya masukkan ke dalam jag. Kemudian saya belah buahnya, dan mengeluarkan isinya dengan sudu. Seterusnya campurkan beberapa sudu gula dan kacau. Sebahagiannya saya masukkan ke dalam koleh besi. Jag dan koleh berisi air kelapa segar itu saya masukkan dalam freezer sekadar satu jam. Kemudian saya hirup air kelapa sejuk itu....fuyooo!! Nik Mat bin Nik Leh.
No comments:
Post a Comment