@@@
Sunday, February 28, 2010
Cantek Berseri
@@@
Posted by School Of Tots at 6:21 PM 0 comments Links to this post
Labels: Laman
Tuesday, February 23, 2010
Gunung Angsi
"Papa, tkar plan, grak kul 2.30...abg nak trun da ni...nak b'kumpul kat bas..."
Itulah mesej SMS yg diterima sekejap tadi. Anak saya Amir telah bagitau semalam bahawa plan asal untuk ekspedisi Gunung Batu Puteh kat Perak telah dibatalkan oleh pihak menganjur kerana sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. Khabarnya gunung itu telah ditutup untuk pendakian oleh pihak berkuasa buat masa ini. Jadi plan itu telah di ganti dengan pendakian Gunung Angsi di N9. Katanya akan bertolak pada pagi Rabu.
Saya dan isteri dok merungut buang masa je abang ni, sebabnya plan hari tu Isnin malam akan bertolak ke Perak, tapi sekarang pagi Rabu baru nak bertolak ke N9...ish, ish. Dah 2 hari wasted semenjak balik ke UIA pada petang Ahad lalu (Amir sedang cuti semesta selama 3 minggu). Cuma diam2 tu bersyukur juga kerana bila saya tengok profil Gunung Batu Puteh kat internet, boleh tahan mencabar dan merupakan gunung ke-8 tertinggi di Semenanjung. Rasanya bahaya tu untuk first timer macam Amir ni. Tup tup tak jadi, bagus la tu, ada hikmahnya.
Pendakian gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan sepanjang 4.5 kilometer sepanjang sungai Batang Terachi. Dari gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti gunung Telapak Buruh, gunung Berembun, gunung Dato dan gunung Tampin.
Terdapat tiga trek untuk mendaki gunung ini, yang ke dua adalah mendaki daripada puncak laluan bukit putus, iaitu, penamat kepada jalan bengkang-bengkok sekiranya pendaki datang dari arah Seremban. Trek dari sini adalah lebih kecil kerana trek ini jarang di gunakan. Trek yang ke tiga adalah mula mendaki dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan Taman Tasik ).
Pendakian tidaklah sesukar gunung2 lain kerana Gunung Angsi ini tidaklah tinggi dan hanya sesuai menjadi tempat berlatih saha
ja. Perbandingan yang di buat diantara trek Ulu Bendul dan Trek Bukit Putus ini adalah trek Ulu Bendul adalah lebih jauh kerana pendaki terpaksa melalui beberapa bukit dari pondok Guard ke Jeram Kak Lang manakala pendakian dari Bukit Putus adalah lebih dekat dan landai.Amir dan 30 rakannya kini on the way dengan bas ke sana. Katanya pendakian akan bermula petang nanti. Dan akan bermalam di pertengahan gunung. Besoknya akan meneruskan pendakian dan bermalam di puncak. Pada hari khamis akan berangkat balik. Semoga ekspedisi ini dapat berjalan dengan jaya dan memberi pengalaman berguna buat seluruh ahli Kelab Adventure UIA yang mengambil bahagian. Ianya akan menjadi latihan yang berguna untuk ekspedisi yang lebih mencabar pada masa depan.
Posted by School Of Tots at 3:30 PM 4 comments Links to this post
Labels: Hobi
Monday, February 22, 2010
Gunung Batu Puteh
10 Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia:
1. Gunung Tahan (2,190m)
2. Gunung Korbu (2,183m)
3. Gunung Yong Belar (2,181m)
4. Gunung Gayong (2,173m)
5. Gunung Chamah (2,171m)
6. Gunung Yong Yap (2,168m)
7. Gunung Ulu Sepat (2,158m)
8. Gunung Batu Putih (2,131m)
9. Gunung Irau (2,110m)
10. Gunung Benom (2,107m)
Memetik pengalaman Sdra Maswafi pada blog beliau dapat menggambarkan suasana di Gunung Batu Puteh.
“Selepas sejam perjalanan bentuk muka buminya lebih banyak kepada batu-batu besar hingga menyukarkan pendakian kerana terpaksa berpaut pada kayu dan tali yang ditinggalkan oleh pendaki terdahulu. Terdapat juga sebuah batu besar yang betul-betul terletak di sebelah gaung yang cukup bahaya mengingatkan aku kepada Batu Hampar di Ledang. Sampai di Puncak Batu Kak kami singgah sekejap melihat puncak Gunung Batu Putih mengikut masyarakat asli dan mengikut peta (tentera). Bagi aku unjuran Gunung Batu Putih yang diberikan oleh masyarakat asli lebih menepati maksudnya kerana ia tersergam seperti batu putih yang licin disekelilingnya sebesar banglo Siti Nurhaliza. Apapun permandangan 360 darjah dari Puncak Batu Kak sangat indah jika mahu melihat Gunung Batu Putih, samala indahnya melihat Everest dari puncak Kala Pattar.”

Anak sulong kami Amir Asyraf mengikut perancangannya, akan menyertai ekspedisi pendakian ini buat pertama kalinya bersama kumpulan 40 orang ahli Kelab Adventure UIA. Rombongan mereka dijangka bertolak pada pagi Selasa 23 Feb 2010 dari Kampus UIA, PJ. Semoga latihan ringkas yang diberikan oleh pihak penganjur termasuklah ‘fitness test’ dan latihan masak dapat membantu.
@@@
Posted by School Of Tots at 2:47 PM 0 comments Links to this post
Labels: Hobi
Saturday, February 20, 2010
Tanam Limau Kasturi

Pagi ni selepas ke pasar, saya dan isteri pun keluar berkebun di laman. Projek hari ini ialah menanam pohon limau kasturi. Pohon ini di beli oleh isteri pada program bersama Jabatan Pertanian yang di adakan di Surau Al-Bayan semalam. Setelah membuat tinjauan awal di dapati tak ada kawasan yang sesuai, maklumlah semua ruang sudah di tanam pelbagai pokok. Macamana ni?
Isteri saya mengesyorkan supaya di alih pokok salak yang di tanam kat depan tu kerana pokok itu berduri 'jarum tilam' dan merbahaya kepada makhluk bernyawa, terutamanya pembaca meter air Syabas. Sayang la pulak. Kerana pokok salak baka baik ini sudah subur. Saya tanam berpasangan kerana mengikut teori orang kampung, kena berpasangan baru beranak, maksud saya berbuah.
Setelah dipertimbangkan maka dibuat keputusan iaitu pokok salak ini akan di gali dan dipindahkan ke tempat lain. Berkemungkinan besar akan di tanam di kawasan surau Al-Faaizeen. Kalau berbuah besok, kira niat sedekah jariah untuk orang ramai. Maka saya pun ambik 'cok betul besi waja' dan terus bertindak. Dua rumpun pohon salak ini berjaya di keluarkan tanpa cacat cela.
Kemudian saya membuat lubang berukuran 2'x2' di tapak pohon salak tadi. Di buang batu-batan yang ada di dasar lubang. Saya masukkan air dari paip air untuk menguji ketelusan laluan air di dasar lubang. Kerana mengikut teori, jika air tersekat oleh lapisan keras hingga tak dapat terserap ke bawah maka anak pokok akan sakit kerana akarnya akan terendam air. Ok setelah lulus ujian ini maka saya pun memasukkan sekampit tanah baik bercampur dengan tanah yang saya kikis dari parit sekitar rumah. InsyaAllah subur ni.
Kemudian di masukkan air ke dalam poly bag anak pohon limau kasturi supaya mudah dikeluarkan solid bersama akar2 dan tanahnya. Ok berjaya. Di tanam dengan kalimah Bismillah dan doa agar ia akan tumbuh dan hidup subur. Memandangkan lokasinya di luar pagar, maka saya berdoa supaya ia rajin berbuah dan sekiranya ada orang ramai yang sudi memetiknya nanti maka saya niatkan sedekah, insyaAllah.
@@@
Posted by School Of Tots at 3:13 PM 0 comments Links to this post
Labels: Berkebun
Tuesday, February 16, 2010
Round2 Ngan Moto
Weekend tahun baru cina ni, kami anak beranak cuba penuhi masa dengan aktiviti berfaedah dan riadah. Semalam saya main badminton kat laman dengan shilah & kakak, berpeluh la jugak. Pastu ajak maam pi round2 ngan skuter sekitar taman perumahan kami yang berbukit-bukau dan penuh panorama ini. Best bila badan yang berpeluh di terpa angin begitu.
Posted by School Of Tots at 10:34 AM 0 comments Links to this post
Labels: Alam Semesta





















