CLICK my AD

Sunday, March 22, 2009

Jom Look Around


Hari ni relax la kot setelah penat berkebun semalam. Sebenarnya saya memang looking forward nak relax kat umah sepanjang hujung minggu. Hari kerja tak ada peluang nak relax dan santai sangat. Terkejar2. Entah apa yang dikejar. Keluar 7 pagi balik 7 malam.

Kadang terfikir pulak, kerja ni sebenarnya kerana terpaksa. Kalau tak kerja tak berasap dapur, tak terbayar hutang dan bil, tak tertanggung belanja anak2 sekolah. Itulah hakikatnya. Kalau ditanya betul2 jauh di sudut hati memang nak dudok umah dan bebas membuat apa yang terasa nak dibuat. Mungkinkah hanya saya berperasaan begitu atau ramai lagi yang mungkin punyai keinginan begini?

Baiklah sementalah saya ada masa luang di pagi minggu ini, maka saya pun lepaklah kat laman umah. Jom look around. Saya perhatikan pokok bunga kantan yang subur mencacak, tapi yang di makan hanya pucuknya untuk masak asam pedas.

Saya lihat pokok longan pingpong yang tak berapa subur, mungkin kerana tanah keras dan berbatu kat bawah sana. Tapi ada la keluar jugak buahnya walaupun tak banyak. Pokok kelapa pandan tu pulak memang rajin berbuah, tak putus2.

Rambutan anak sekolah saya pun sama. Ada dua pokok. Daun jarang-jarang. Berbuah kadang-kadang. Tapi semenjak dua menjak tak nak berbuah dia (jadi tempat burung memadu asmara) Pokok rambutan gula batu ada le sebatang, lagilah tak pernah merasa lagi buahnya....belum baligh lagi kot.

Okid isteri saya memang banyak, saya agak dah mencapai ratusan pasu dari pelbagai spesis. Isteri memang minat okid semenjak di bangku sekolah lagi...opps semenjak kat zaman rumah sewa 15 tahun dulu lagi. Standard la kalau nak tengok okid kami klik Seri Orkid.



Saya perhati pokok dragon fruit. Nampak subur la jugak. Menjalar semacam. Tapi tak nak berbuah. Sebijik pun tak merasa lagi. Tak cukup matang ke? Tak cukup zat ke apa?

Namun betik pulak asyik berbuah tak pernah putus. Dua tiga hari sekali dapat le merasa sebijik. Spesis nya pulak memang first class...sedap dan tak ada biji.

Anggur. Yes makin lebat daunnya. Namun bila agaknya akan menghasilkan buah? Hanya Allah yang tau. Saya dambakan anggur hijau atau merah atau hitam yang bergugusan masak ranum dan manis rasanya. Semoga impian menjadi nyata tidak lama lagi.








OK lah....Jom Look Around !!

Keringat di Pagi Minggu


Sudah lama rasanya tidak kekebun saya di kaki bukit sana. Kawasan itu saya pagar elok. Tapi selalu diceroboh babi hutan. Habis pokok pisang dan tebu saya dimusnahkannya. Itu buat saya give-up. Last sekali yang tinggal hanya tanaman serai. Tanahnya berbatu dan tak subur. Saya pulak hanya mengharap air hujan sebagai jirusan. Manalah tanaman nak sihat.

Entah kenapa semalam rasa nak pi jengok kebun tu kejap. Jadi sambil menyorong kereta sorong untuk buang sampah di hujung sana, maka saya pun singgah le kat kebun tu. Memang penuh semak samun. Bangsal tempat berteduh yang saya bina dulu pun sudah ranap menyembah bumi kerana kayu dan papannya menjadi makanan anai2. Lorong ke kebun tu juga penuh lalang. Dengan bacaan berkat Ayat Kursi sebagai pelindung saya teruskan juga melangkah.

Tanpa berlengah saya benamkan mata cangkul ke perdu serai. Saya tarik keluar 5 rumpun serai. Tak berapa gemuk pun tapi bila di pilih2 cukuplah 100 batang tu. Setelah di leraikan dari rumpunnya saya gunakan cutter untuk potong secukup rasa. Haii dekat2 sejam jugak la dok fokus kepada tugasan itu.

Hari tu isteri saya dok pesan supaya jangan lagi masuk ke kebun tu, ye la takut ada binatang2 berbisa. Maka pagi tu memang betul lah, risau isteri saya dibuatnya. Maklumlah tadinya nampak menyorong kereta tolak untuk membuang sampah. Tapi kini sejam kemudian belum balik2 lagi. Air nescafe dan roti bakar untuk breakfast pun sudah sejuk. Macam2 andaian yang tidak baik bermain di kepalanya.

Sekejap tu bunyi skuter manyusul di jalan depan. Anak saya Amir datang menyusul. "Mama suruh balik, breakfast dah ready", laungnya dari atas. "Ok jap", jawab saya. Rumpun terakhir serai tu masih belum beres. Saya mesti cukupkan 100 batang barulah dapat dibawa ke kedai En Harun. Harga 100 batang serai En Harun ambik RM6. Sambil itu Amir parkir skuternya atas rumput di bahu jalan. Tanah tu bercerun, jadi parkir berdepan dengan pokok sebagai langkah berjaga2 takut meluncur turun...naya.

Melihat saya masih rancak memotong serai2 tu, Amir pun join sekali. Kereta tolak yang tadinya saya tinggal di bahu jalan, di tolak masuk ke kawasan kebun. Serai2 yang telah siap dipotong elok dimasukkannya ke dalam kereta tolak, sambil mengira jumlahnya.

Kejap tu terdengar deruan kereta dan bila saya menoleh ke atas kelihatan wira kelabu yang dipandu isteri saya sedang menuju kemari. "Hai, mama risau tu papa tak balik", "Hantar abang pun tak dapat khabar berita he he..". Memang betullah telahan saya. Isteri cukup risau takut apa2 terjadi kat dua beranak ni. "Mama dok terbayang, papa pengsan ke apa dan abang tak dapat nak angkat naik skuter, bla bla...".

Ok lah semua selamat. Sampai rumah setelah breakfast, saya pun terus membersihkan serai2 tadi. Dan di ikat dengan getah setiap sepuluh batang. Yang tak cukup saiz tu saya asingkan. Adalah dalam 20 batang yang lebih, jadi itu untuk kegunaan isteri kat dapur. Isteri pula bertugas menuai pegaga yang hidup subur dan sudah matang. Masalahnya rumput2 liar sama naik bersaing dengan pegaga. Jadi isteri saya terpaksa memakan masa yang lebih lama untuk tugasan mendapatkan daun pegaga itu.

Tugas saya pula ialah membersihkannya. Akhirnya hasil tuaian kami ialah 100 batang serai, sekilo lebih pegaga, sedikit daun kesum dan dua rumpun daun pandan. Sambil berkunjung ke kedai En Harun untuk membeli barang dapur, maka dapatlah hasil jualan berjumlah RM15.50 bersamaan dengan harga ayam 3 kg he he...seronok tu hasil keringat sendiri.

Sunday, March 8, 2009

Jogging Sikit


Weekend ni santai habis. Baca surat khabar dan ulangkaji kitab2 kat rak tu. Jadi petang semalam rasa nak bersenam la sikit. Ajak isteri dan anak2 pi jogging. Cuaca agak redup dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah. Anak2 nak cycling la pulak. Anyway saya dan isteri take a walk. Saya berlari2 anak, berjogging le konon. Boleh tahan jugak, berpeluh. Maklumlah area perumahan kami ni tanahnya berbukit bukau. Jadi satu workout yang menarik. Sambil menikmati kehijauan dan udara yang begitu segar. Pemandangan awan dan langit. Indah sungguh ciptaan Allah. Nikmat yang mana lagi hendak engkau dustakan? Teringat ungkapan2 yang kerap di ulang dalam Surah Al Rahman. Saya dan isteri menghabiskan jarak kurang lebih 1km. Dah sampai rumah tu saya sambung dengan bermain badminton di laman, bergilir2 sparring dengan isteri dan juga anak2. Alhamdulillah satu riadah yang berjaya membakar banyak kalori.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...