Pagi ini cuacanya yang agak mendung mengundang saya untuk membersihkan laman rumah apa yang patut. Biasalah daun2 kering yg jatuh, potong daun2 pisang tua, dan daun2 bunga kertas. Penuhlah satu troli dan selamat dibuang.
Dalam dok buat kerja2 maintenance tu isteri saya menagih tumpuan saya kepada dua tompok tanah di dataran rumput kami. Setelah memerhati dengan lebih dekat, maka nyatalah ianya adalah kota sarang semut. Kelihatan barisan semut2 yang sedang bekerja kuat. Setiap dari mereka membawa seketul bahan binaan, yang berupa seketul tanah yang bersaiz sebesar biji sawi. Mereka bekerja dalam sebuah sistem yang sistematik. Team work mereka agak terserlah. Hasilnya kota yang mereka dirikan itu sudah setinggi enam inci di atas tanah.
Dalam sebuah artikel berkenaaan semut, ada diceritakan...... Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Saya kini dalam dilema, apakah harus saya biarkan kota sarang semut ini membusut di tengah laman hijau ini atau mengikut hukum alam iaitu terpaksa memusnahkan sebuah projek mega kelompok makhluk Allah yang berupa semut2 hitam ini. Sebanyak mana pun saya mengagumi usaha kuat mereka, namun rasanya pilihan saya agak jelas. Semoga Allah menagampuni saya. Bukan niat untuk menganiaya sesama makhluk.
@@@
No comments:
Post a Comment